Saturday, December 19, 2009

Tepis dakyah orientalis barat: Yusuf Al-Qardawi

PUTRAJAYA: Dakyah orientalis Barat yang masih berdegil menganggap jihad sebagai jalan untuk menyebar agama Islam ke merata tempat di seluruh dunia perlu ditangani semua umat Islam di dunia, kata Pengerusi Ulama Sedunia, Profesor Dr Yusuf Abdullah Ali Al-Qaradawi. Dr Al-Qaradawi berkata, justeru itu, umat Islam perlu memahami konsep jihad dalam ajaran Islam yang sebenar supaya dapat membantu mereka mempertahankan hujah berkaitan penyebaran agama Islam. Katanya, selain kefahaman mengenai konsep jihad, pelbagai cara lain pada zaman moden sekarang boleh digunakan untuk menyebarkan ajaran Islam seperti media cetak dan elektronik serta internet.

"Sememangnya Islam mengajar umatnya untuk menyebar ajaran Islam dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan. Adalah rosak jika ia dibuat sebaliknya dan untuk mengetahui kebenaran sesuatu perkara mestilah terlebih dulu difahami perbandingannya," katanya. Ketika menyampaikan ceramah perdana bertajuk “Fiqh Jihad” pada majlis Muhadharah Perdana 2009 di sini, hari ini, Dr Al-Qaradawi yang juga Pengerusi Fatwa di Eropah berkata, malahan ajaran Islam tidak pernah disebarkan kepada umat manusia secara kekerasan walaupun jihad adalah satu kewajipan. "Sememangnya kekerasan bukan jalan paling bijak untuk menyampaikan syiar Islam. Peperangan menggunakan pedang bukan bertujuan untuk membuka negeri saja. Sebenarnya pedang tidak dapat membuka minda manusia," katanya.

Ulama tersohor dunia Islam yang turut disegani Barat itu yang juga dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan semalam, berkata pemahaman dan pendapat yang kurang tepat mengenai syiar Islam terbukti apabila hotel di sebuah negara jiran hanya meletakkan kitab Injil di setiap bilik kerana merasakan orang bukan Islam tidak boleh memegang kitab suci Al-Quran. Majlis Muhadharah (syarahan ilmiah) itu bertujuan berkongsi pengetahuan dan maklumat Tokoh Maal Hijrah 1431H dengan masyarakat Islam di Malaysia, meningkatkan kesatuan fikrah dan perpaduan serta menjana pemikiran umat Islam di negara ini supaya lebih dinamik dan progresif. - Bernama

Peristiwa Hijrah

HIJRAH RASULULLAH SAW MELALUI NEGARA MADINAH

Kita sememangnya wajib bersyukur kepada Allah SWT. Yang telah memberikan banyak kenikmatan kepada kita. Yang seandainya kita diminta menghitungnya, pastinya kita tak akan mampu melakukannya. Bahkan, kenikmatan yang terbesar yang diberikan kepada kita, iaitu Islam. Dan kewujudan kita sebagai orang yang beragama Islam. Sebab, ramai orang yang diberi nikmat hidup, tetapi tidak semuanya mahu memeluk Islam. Tetapi, kenikmatan yang lebih besar lagi, yang diberikan kepada kita adalah wujudnya dakwah Islam dan orang-orang yang memikulnya, sehinggalah Islam ini menjalar sampai kepada kita. Dua perkara inilah yang tidak semestinya kita lupakan. Iaitu, dakwah Islam dan orang-orang yang memikulnya, sehinggalah Islam ini sampai kepada kita. Oleh itu, sangat munasabah apabila Hijrah baginda Rasulullah saw. diperingati sebagai suatu peristiwa sejarah yang paling penting dalam kehidupan dakwah Rasulullah saw. Yang di sini, kita peringati setiap tahunnya dengan nama Maal Hijrah. Mengapa peristiwa Hijrah baginda Rasulullah saw. ini merupakan peristiwa yang sangat penting? AJ ingin mengajak para pembaca untuk menhayati erti sebenar Hijrah Rasulullah.
Pertama, dakwah Rasulullah saw. apabila masih berada di Makkah, telah melalui masa-masa yang sangat sulit terutama setelah Rasulullah saw diperintahkan oleh Allah untuk menyampaikan Islam secara terbuka kepada masyarakat Makkah dan menunjukkan bahawa baginda tidak lagi bersendirian, melainkan ada jamaah yang menyertainya, setelah Allah menurunkan surat Al-Hijr: 94:
Maka sampaikanlah secara terbuka apa yang diperintahkan kepada kamu, dan tentanglah orang-orang musyrik itu.
Setelah ayat ini turun, tepatnya setelah Umar bin Khattab dan Hamzah bin Abdul Muthallib memeluk Islam, maka Rasulullah memulakan dakwah secara terbuka. Baginda, kemudian melakukan tawaf mengelilingi Kabah, yang diikuti oleh para sahabat. Sejak itu, para sahabat dan pengikut baginda, termasuklah baginda sendiri, setiap hari menerima penyiksaan daripada penguasa Makkah, dan orang-orang kafir Quraisy.
Pernah baginda sedang solat berhampiran Kabah, leher baginda diikat oleh Uqbah bin Abi Muait, sehingga baginda tidak dapat bernafas, sampai akhirnya baginda ditolong oleh Abu Bakar. Pada masa yang lain, apabila baginda sedang solat, tengkuk leher baginda dipukul oleh Uqbah bin Muait, sehingga baginda pengsan, dan akhirnya ditolong oleh Fatimah. Puteri baginda itu menangis, sedih, melihat nasib ayahanda tercintanya dianiaya oleh orang-orang kafir. Bukan baginda sahaja yang mengalami nasib buruk seperti itu, malahan keluarga Yasir telah disiksa, sehingga Sumayyah meninggal dunia sebagai syahidah pertama.
Setelah penganiayaan secara fizikal tidak mampu menggoyahkan keteguhan para pemikul dakwah ini, maka orang-orang kafir itu telah merancang untuk mengasingkan baginda saw. dan para pengikutnya. Maka, terjadilah rancangan jahat itu selama kurang lebih tiga tahun. Baginda dan para sahabat hidup di sebuah lembah dalam keadaan kekurangan makanan, pakaian, pekerjaan, rumah dan diusir dari Makkah. Dan setelah itulah, baginda meminta para sahabat untuk meninggalkan Makkah menuju ke Habbasyah (Ethopia-Afrika) untuk mencari perlindungan kepada Raja Najasyi, dengan maksud untuk mempertahankan agama mereka dari serangan secara berterusan yang dilakukan oleh orang-orang kafir.
Maka, orang-orang kafir juga tidak mahu tinggal diam, sehinggalah mereka menyampaikan maklumat-maklumat yang mengelirukan di luar negeri, untuk mengusir kembali kaum muslimin yang berhijrah ke sana. Orang-orang kafir tersebut berusaha untuk mengadu domba Raja Najasyi dengan kaum muslimin, yang akhirnya tidak berjaya.
Sedangkan baginda Rasulullah saw. dan beberapa sahabat masih duduk di Makkah. Natijahnya menjadikan tindakan orang-orang kafir semakin biadab kepada baginda saw. Sehingga baginda berfikir untuk mencari perlindungan, kerana dakwah Islam tidak mungkin lagi disebarkan kepada orang-orang Makkah. Baginda pada masa itu cuba berhijrah ke Taif, untuk mencari perlindungan kepada Bani Thaqif, yang akhirnya malah baginda diusir dengan cara tidak sopan. Baginda dilempari dengan batu dan kotoran, sehingga tubuh baginda berlumuran darah dan kotor. Sehinggakan Zaed bin Harisah menangis, melihatkan keadaan baginda yang sangat menyedihkan itu. Baginda, cuba untuk masuk kembali ke Makkah, meskipun baginda tahu bahawa baginda akan dibunuh, apabila berada di sana. Maka, baginda berusaha mencari perlindungan kepada Mutim bin Adi, salah seorang tokoh pemuda Makkah. Dan beliau sanggup melindungi keselamatan baginda saw. dan dakwah baginda. Sejak itulah, baginda berada dalam perlindungan Mutim bin Adi.
Sejak itu, baginda sering kali mendatangi kabilah-kabilah yang datang ke Makkah untuk menyampaikan dakwah Islam yang baginda bawa. Meskipun risikonya sudah jelas sekali bagi baginda, sebagaimana sumpah baginda: Demi Allah, seandainya mereka boleh meletakkan matahari di tangan kananku, dan bulan di tangan kiri ku, aku tetap tidak akan meninggalkan urusan dakwah ini, sehingga ianya dimenangkan oleh Allah, atau aku dibinasakan dalam usaha untuk menuntutnya . Maka, baginda saw, tetap tidak takut, dan terus-menerus berdakwah meskipun pada masa itu tidak satu pun kabilah yang menerima. Pernah baginda menyampaikan dakwah ini kepada kabilah Amru bin Sasaah, yang pada awalnya bersedia menerima seruan dakwah rasulullah, namun dengan syarat bahawa kepemimpinan setelah baginda mestilah diserahkan kepada kabilah Amru bin Sasaah, namun hal ini dijawab dengan tegas oleh baginda:
Sesungguhnya perkara (kekuasaan kepimpinan) ini merupakan wewenang Allah, yang akan Dia serahkan kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki.
Setelah jawapan itu disampaikan oleh Rasulullah, baginda langsung diusir dari khemah kabilah Amru bin Sasaah. Inilah keadaan dakwah dan keteguhan baginda dan para sahabat dalam menyampaikan risalah dakwah Islam.
Setelah semua itu berlaku, Allah memberikan pertolongan dengan mempertemukan baginda saw. dengan orang-orang Aus dan Khazraj yang datang untuk menunaikan haji ke Makkah. Maka, apabila mereka mendengarkan seruan Rasul untuk mengimaninya, mereka langsung menerimanya, dan setelah itulah terjadi Baiat Aqabah I, yang dilakukan di bukit Aqabah. Dan ini merupakan titik awal perkembangan dakwah Rasulullah saw. yang pertama, sehinggalah dakwah Islam ini sampai ke Yatsrib, (nama Madinah sebelum diubah oleh baginda saw).
Setelah rombongan Aus dan Khazraj kembali ke Madinah, mereka meminta Nabi saw. untuk mengirimkan orang agar mengajarkan Islam kepada mereka di sana. Ketika itulah, baginda saw. Telah mengirim Musab bin Umair. Salah seorang sahabat Rasulullah, yang sebelumnya merupakan pemuda yang kaya raya, tetapi lebih memilih hidup sederhana bersama Rasulullah. Musab lah yang menyampaikan pelajaran Al-Quran kepada penduduk Madinah, sehingga beliau mendapat gelaran sebagai Muqriul Madinah.
Dan ternyatalah dakwah Islam yang disampaikan oleh Musab dan orang-orang Aus dan Khazraj yang telah memeluk Islam itu berjaya merubah public opinion penduduk Madinah, sehinggalah semua orang memperkatakan tentang Islam dan dikatakan juga tidak ada satu pintu rumahpun yang tidak diketuk oleh Musab bin Umair. Akhirnya, bilangan orang yang menyertai Islam menjadi semakin ramai, sehingga mereka mula melaksanakan solat Jumaah yang pertama kalinya di sana.
Berita ramainya penduduk Madinah yang menyertai Islam ini telah menyenangkan hati Rasulullah saw. dan para sahabat yang masih menyertai baginda di Makkah. Dan untuk membuktikan kesiapan Madinah sebagai pusat tegaknya dan pengembangan Islam, maka baginda meminta Musab untuk mengirimkan mereka ke Makkah. Maka, berangkatlah pada musim haji berikutnya, seramai 75 orang. 73 orang terdiri daripada lelaki, dan 3 orang lainnya adalah perempuan. Mereka kemudian sampai di Makkah dan bertemu langsung dengan Nabi, menyatakan sumpah setia yang dikenal dengan Baiat Aqabah II. Baiat ini juga dikenal sebagai sumpah setia untuk hidup dan mati demi Islam dan juga merupakan penyerahan kekuasaan orang-orang Madinah kepada Nabi untuk menjadi Ketua Negara Islam. Dan inilah yang mendorong baginda untuk berhijrah ke Madinah.
Kedua, hijrah Rasulullah saw. ke Madinah bukan untuk melarikan diri, atau menyelamatkan diri dari ancaman orang-orang kafir tetapi adalah untuk menegakkan Islam, sehingga Islam ini menjadi agama dan ideologi yang boleh disebarkan ke seluruh dunia, untuk menyelamatkan dunia daripada kehancuran. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT. dalam surat At-Taubah: 33/Al-Fath: 28/As-Shaf: 9.
Dialah yang mengutus RasulNya dengan (membawa) petunjuk dan agama yang haq, agar Dia memenangkan agamanya, ke atas agama-agama yang lainnya.
Maka, tanpa hijrahnya Rasulullah ke Madinah, Islam tidak akan pernah sampai kepada kita di Malaysia. Sebab, tidak pernah wujud negara Islam yang menyebarkan dakwah ke seluruh dunia. Tetapi dengan hijrahnya baginda saw. ke Madinah, maka sejak masa itulah negara Islam berdiri untuk yang pertama kalinya di Madinah, dan sejak itulah Islam disebarkan dengan dakwah dan jihad ke seluruh dunia. Sehinggalah Islam berkembang dengan cepatnya ke seluruh dunia, yang dimulakan dengan penaklukan wilayah Hejaz (622-632 M.) semasa baginda saw. kemudian secara berterusan, wilayah Syam di taklukkan semasa Umar bin Khattab. Sehinggalah Islam memasuki Eropah, setelah beberapa wilayahnya ditaklukkan pada tahun 696-705 M. pada masa Khilafah Umaiyah. Pada masa yang sama, Islam juga telah sampai di Russia. Dan pada tahun 712, Islam telah sampai di Asia Tenggara.
Tetapi memandangkan pentingnya peristiwa Hijrah Rasulullah saw. ini, maka sememangnya peristiwa ini bukan sekadar menjadi peringatan, melainkan lebih daripada itu. Peristiwa Hijrah tersebut, justeru wajib dijadikan pelajaran, bahawa Islam menjadi agama kita, dan sampai kepada kita bukan merupakan peristiwa kecil, tetapi merupakan peristiwa besar. Kalau bukan kerana pengorbanan Rasul dan para sahabat yang tidak kecil itu, pastilah Islam ini tidak akan sampai ke hari ini. Dan kalau bukan kerana wujudnya orang-orang yang sanggup hidup dan mati demi Islam ini, tentulah Islam ini tidak sampai ke hari ini. Dan kalau bukan kerana wujudnya orang-orang yang rela mengorbankan harta, keluarga dan nyawa mereka, pastinya Islam tidak akan wujud hingga ke hari ini.
Dan oleh itu, kita semua berhutang kepada mereka. Dan kita tidak dapat membayarnya, sebab mereka bukan meminta ganjaran daripada kita. Tetapi, mereka menegakkan Islam dengan seluruh pengorbanan mereka, kerana mereka telah menjual diri mereka kepada Allah, yang jiwa, harta dan semua yang mereka korbankan itu telah dibeli oleh Allah dengan syurgaNya.
Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman itu, diri dan harta mereka, bahawa mereka akan diberi (imbalan) syurga. (Q.s. At-Taubah: 111)
Saat ini , ketika ini Islam telah kehilangan generasi terbaiknya yang sanggup menjual diri, harta dan nyawanya kepada Allah untuk mendapatkan syurga-Nya, dengan menegakkan Islam. Dan inilah yang menyebabkan hilangnya cahaya petunjuk Islam, setelah runtuhya Khilafah Islamiyah, Turki Uthmaniyah, pada 3 Mac 1924. Setelah itu, negeri kaum muslimin berterusan mengalami musibah. Lihatlah bagaimana krisis Palestin, Bosnia, Filipina, Kosovo, Indonesia dan Iraq.
Islam ketika ini memerlukan generasi yang sanggup mengorbankan diri, harta serta nyawa mereka untuk menegakkannya. Kerana sekiranya tanpa itu, Islam mustahil kembali berjaya diperingkat antara bangsa, seperti pada masa baginda dan para sahabat hingga 13 abad kemudian. Maka, semuanya terpulang kepada keimanan dan ketaqwaan tuan-tuan, puan-puan, saudara, saudari dan teman-teman sekelian. Tetapi yang wajib diyakini, bahawa syurga dan neraka itu adalah abadi. Syurga merupakan puncak kenikmatan yang tidak diberikan secara percuma oleh Allah kepada manusia. Kerana itu, semakin tinggi pengorbanan kita, maka semakin besar kenikmatan kita di akhirat kelak. Dan sebaliknya. Akhir kata semoga kita termasuk di antara orang-orang yang sanggup memberikan pengorbanan yang tertinggi demi Islam, semata untuk mencari redha Allah dan syurgaNya. Wallahu alam.

sumber:http://forum35.wordpress.com/2007/01/03/hijrah-rasulullah/

Tuesday, December 15, 2009

Berkaitan Akal

Didalam Kitabul Asrar (Kitab Tauhid) , mengenai akal

" Lemah dari mendapat akan pendapat maka itulah yang didapat".

Tuesday, November 17, 2009

Kamus Istilah

Alhamdullilah, setelah hampir dua tahun baru lah kamus istilah yang diusahakan selesai. Saya telah dipilih untuk menyiapkan kamus tersebut bersama seorang professor dari UPM. Kamus yang dimaksudkan ialah Kamus Istilah :Agronomi. Pada saat akhir kami masukan gambar-gambar yang berkaitan. Adajuga kala susah mencari gambar tersebut. Insya Allah kamus tersbut akan diterbitkan DBP pada tahun hadapan kerana hampir semua entri sudah siap. Kamus ini boleh digunakan di Indonesia, Brunei dan juga Malaysia.

Masih terdapat banyak istilah istilah perlu di terjemahkan ke dalam bahasa Melayu memandangkan vocab dalam bahasa Inggeris sangat banyak. Sekiranya kita mahu memajukan bahasa Melayu perlulah di iringi dengan istilah- istilah dari segala cabang ilmu. Perlu ada pengorbanan yang serius dari kita untuk memajukan bahasa kita walaupun kita tidak nafikan perana Bahasa Inggeris.

Saya berasa integrasi kaum bermula dari bahasa. Kita tidak mahu di Malaysia orang Cina cakap Mandarin atau Hakka, orang India cakap Tamil-mereka boleh berbahasa ibunda dirumah tetapi tidak dikhalayak ramai.

Saya rasa itulah sedikit sumbangan saya untuk generasi yang akan datang.

External Examiner

Saya baru saja menghadiri VIVA seorang pelajar Master. Saya adalah seorang pemeriksa luar atau external examiner untuk pelajar tersebut. Oleh kerana saya 'orang luar' universiti saya di beri peluang dahulu untuk komen manuscript / thesis tersebut. Apa yang saya dapati bahawa

Technically, this thesis contains sufficient data and material to be awarded M.Sc however; there are too many mistakes and comments needed to corrected as well as need to be improved as to meet the university standards and requirements.

Major Comments

1.There is no statement of problem, hypothesis and scope of study in the Introduction (pg 3)

2.There is no experimental objective per se and its connectivity or linkages with each objective in Introduction (pg 3)
3.There are so many references which are not are listed in the REFERENCES; this includes references which are not quoted simply written in REFERENCES.

4There is no general discussions and conclusions which can ‘wrap up’ or summarise overall experiment (pg 111)

5.There is poor interpretation of result which could relate findings with its applications in the Malaysian conditions.

6.Statement given for example …..heavy rain …(pg 69 ) should be supported by rainfall data of a particular location.

7.Some of the comments I have directly pointed out in the manuscript need to be noted.

Minor Comments

1. Some units are not correctly used eg pg 23,29
2. Graph legends are not correct labeled pg. 50
3. Graph symbols are not consistent pg 33
4. Result : write up are not written properly – due to many errors in spelling and
vocabulary. ( eg. should be MAIN season not MEAN season. pg 69,70 …
5. In Experiment 1, last para pg 13 should include molecular analysis
6. List of figures not tally with paging throughout e.g pg iii
7. Graphs are not properly labeled
8. List of graphs did not follow sequence in the text.
9. Tables not fully labelled properly e.g pg 58, 62
10. Figure 1 are not numbered properly
11. For every page there are mistakes which left unchecked.

Pada pendapat saya superviser atau penyelia mestilah memantau penulisan pelajar dan memberi panduan kearah penulis thesis yang betul.

Keputusan peperiksaan tersebut ialah: Pass with major correction.

Sunday, October 25, 2009

Kemantapan Iman

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud;

Sesungguhnya Allah telah menetapkan atas diri anak Adam bahagiannya dari zina. Dia tahu yang demikian itu tanpa dimungkiri. Mata itu berupaya berzina dan zinanya adalah pandangan. Lidah itu berupaya berzina, dan zinanya adalah perkataan. Kaki itu berupaya berzina dan zinanya adalah ayunan langkah. Tangan itu berupaya berzina, dan zinanya adalah tangkapan keras. Hati itu berupaya berkeinginan dan berangan-angan. Sedangkan kemaluan membenarkan atau mendustakan yang demikian itu.”

(HR Al-Bukhari, Muslim ,An-Nasa’I dan Abu Daud)

Wednesday, October 21, 2009

Empat Perkara

Ada empat perkara akan menaikkan derajat seseorang.

1.Kesabaran

2.Kesederhanaan.

3.Kemurahan hati.

4.Akhlak yang baik.

Friday, September 18, 2009

Anak Anak Berhari Raya

Anak anak pangkat cucu beraya di rumah. Sangat seronok nampaknya...

Selamat Hari Raya


Gambar gambar semasa Hari Raya .

Perkara Yang Dilakukan Di Pagi Hari Raya

Di perturunkan perkara perkara berikut.

1.Bangun subuh dan sembahyang subuh.
2.Makan sedikit sebelum pergi sembahyang . Kurma dan air tawar.
3.Pakai pakaian baru dan cantik
4. Pakai wangi-wangian.
5.Pergi ke masjid jalan lain ;balik dari masjid jalan lain.

Semoga kita dapat mengamalkan.InsyaAllah.

Wednesday, September 16, 2009

Hari hari Terakhir Ramadhan


Hari ini adalah 26 Ramadhan. Terasa sangat pantas masa berjalan.Ramadhan akan meninggalkan kita.

Kita mestilah mengikut Nabi .

1. Ikat perut supaya kuat semangat untuk selesaikan tanggung jawab kita.

2.Kejutkan keluarga supaya bangun malam mengerjakan sembahyang malam.

3.Iktikaf dimasjid.

Anggaplah Ramadhan ini terakhir buat kita, kita tidak tahu samada kita dapat Ramadhan pada tahun depan atau tidak.

Akhir sekali :"Jadilah hamba Allah ;jangan jadi hamba Ramadhan".

Semuga kita menjadi orang yang bertaqwa.Insyallah.

Friday, September 11, 2009

Tiga Kecelakaan

Seseorang Muslim itu akan mendapat tiga celaka.

1. Tidak selawat keatas Nabi apabila nama Nabi disebut.

2. Apabila datang bulan Ramadhan dosanya tidak diampuni Allah.

3. Tidak patuh dan taat kepada ibubapa.

WalLah hu a'lam

Tuesday, September 08, 2009

Aqidah Sunnah Wal Jamaah

Berikut, kami paparkan kembali penulisan bekas Mufti Besar Arab Saudi, Syiekh Abdul Aziz bin Baaz rh, mengenai pembahagian Tauhid
::-بيان أقسام التوحيد ، وهي ثلاثة: توحيد الربوبية ، وتوحيد الألوهية ، وتوحيد الأسماء والصفات . أما توحيد الربوبية: فهو الإيمان بأن الله سبحانه الخالق لكل شيء ، والمتصرف في كل شيء ، لا شريك له في ذلك . وأما توحيد الألوهية: فهو الإيمان بأن الله سبحانه هو المعبود بحق لا شريك له في ذلك ، وهو معنى لا إله إلا الله ، فإن معناها: لا معبود حق إلا الله ، فجميع العبادات من صلاة وصوم وغير ذلك يجب إخلاصها لله وحده ، ولا يجوز صرف شيء منها لغيره.وأما توحيد الأسماء والصفات : فهو الإيمان بكل ما ورد في القرآن الكريم ، أو الأحاديث الصحيحة من أسماء الله وصفاته ، وإثباتها لله وحده على الوجه اللائق به سبحانه من غير تحريف ، ولا تعطيل ، ولا تكييف ، ولا تمثيل ؛ عملا بقول الله سبحانه: قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ اللَّهُ الصَّمَدُ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ [الصمد: كاملة] ، وقوله عز وجل: لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ [الشورى: 11] ، وقد جعلها بعض أهل العلم نوعين ، وأدخل توحيد الأسماء والصفات في توحيد الربوبية ، ولا مشاحة في ذلك ؛ لأن المقصود واضح في كلا التقسيمين .
terjemahannya : "Tauhid dibahagikan kepada tiga :
1. Tauhid Rububiyah.
2. Tauhid Uluhiyah.
3. Tauhid Asma' wa Sifat.

Tauhid Rububiyah ialah mengimani bahwa Allah swt adalah pencipta segala sesuatu dan mengurus kesemuanya dan tidak ada sekutu bagiNya dalam hal tersebut.

Adapun Tauhid Uluhiyah ialah mengimani bahwa Allah swt Dialah yang berhak untuk disembah dengan haq, tidak ada sekutu bagiNya dalam hal tersebut. Inilah makna"tidak ada yang layak disembah dengan haq kecuali Allah swt. Maka, segala bentuk ibadah seperti solat, puasa dan yang lainnya, wajib dilaksanakan hanya untuk Allah swt semata. Tidak boleh ada satu bentuk ibadah pun yang ditujukan kepada selain Allah swt.

Selanjutnya, Tauhid Asma' wa Sifat ialah mengimani semua apa yang disebutkan dalam Al-Qur'an dan Hadith2 shahih tentang nama-nama Allah swt dan sifat-sifatNya. Lalu menetapkan itu semua untuk Allah swt tanpa 'tahrif' (mengubah), tanpa ta'thil (meniadakan), takyif (menanyakan bagaimana caranya), dan tanpa tamstil (menyerupakan), sesuai dengan firman Allah swt :-"Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya. " (Al-Ikhlas: 1-4).Dan firman Allah swt : "Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya dan pentadbiranNya) dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. ." (Asy-Syura: 11).

Tetapi ada sebahagian para ulama' yang membahagikan tauhid menjadi dua sahaja iaitu dengan menggabungkan Tauhid Asma' wa Sifat pada Tauhid Rububiyah. Dan tidak ada masalah dalam hal ini, kerana maksud dua macam pembahagian ini sudah jelas. "

Friday, September 04, 2009

KATA HUKAMA

'Jadilah diri kamu sebagai pokok yang tumbuh diatas bukit; kalau tidak boleh- jadilah rumput yang tumbuh menghijau'.

SELEPAS RAMADHAN

Assalamu'alaikum warahmatullah.Sahabat-sahabat! Kita teruskan 'ibadat Ramadhan' sebagaimana biasa. Perkara yang sama, tiada bezanya. Yang berbezanya hanya satu iaitu "tiada lagi solat Tarawih", yang lain semua ada.Tidakkah kita pernah mendengar pesanan RasuluLlah saw bahawa amalan yang amat disukai di sisi Allah ialah amalan yang sedikit tetapi berterusan.
Kita teruskan 'ibadat Ramadhan'......DENGAN

1. Memakai pakaian TAQWA sebagai pakaian utama dalam kehidupan seharian kita. Taqwa dengan maksud melaksanakan apa yang diperintah dan menjauhi apa yang dilarang oleh ALlah.
2. Menunaikan solat fardu secara berjamaah.
3. Membaca dan metadabbur al-Quran walaupun bebarapa ayat setiap hari.
4. Menunaikan solat sunat Dhuha 2, 4, 6 atau 8 rakaat.
5. Bersedekah/infaq fi SabiliLlah dan membantu orang miskin.
6. Menunaikan solat sunat Rawatib.
7. Menunaikan solat Malam/QiamuLlail dengan menunai solat Tahajjud, Taubat dan lain-lain. Tutup dengan solat Witir sebanyak 3 rakaat atau lebih.
8. Mengamalkan puasa sunat.
9. Menyampaikan Tazkirah/ilmu dan dakwah Islamiah.
10. Berzikir dan berdoa.

Marilah kita jadikan kerajinan dan semangat serta kesungguhan di bulan Ramadhan sebagai “spark” untuk meneruskan kerajinan di sebelas bulan yang mendatang.

Tuesday, September 01, 2009

Tujuh Malam Yang Teristimewa

1.Malam Lailatul Qadar

2.Malam Nisfu Syaaban

3. Malam Ashura

4. Malam Arafah

5.Malam Isra Mikraj

6.Malam Dua Hari Raya (AidilFitri dan AidilAdha)

7.Malam Jumaat.

Hendaklah kita berdoa "teguhkan iman;ampunkan dosa dan jauhkan azab neraka".

Wednesday, August 26, 2009

Penyucian Diri

Tujuan hidup seorang Muslim ialah berbakti dan beribadat kepada Allah “Tidak Aku Jadikan Jin dan Manusia melainkan beribadat kepada Ku” (Surah Az Zariyat: 56 ). Syaitan akan cuba sedaya upaya melewengkan manusia supaya terkeluar dari landasan. Oleh itu manusia hendaklah sentiasa berwaspada dari bisikan atau desakan hawa nafsu.

Dunia sekarang sudah maju dengan kemajuan sains dan teknologi. Tetapi adakah manusia mengikut kehendak dan syariah Allah?. Surah Al-Asr menyebutkan bahawa “Manusia itu sentiasa didalam keadaan rugi, kecuali mereka beramal sholeh dan berpesan dengan kesabaran”.

Ada beberapa cara untuk manusia untuk maju ke depan untuk menuju destinasi yang abadi iaitu syurga.

Pertamanya SEDAR. Hati kita sentiasa peka dan sedar dari kelalaian. Kita dapat mengetahui dimana bahayanya dan sebagainya supaya kita dapat mengambil tindakan.

Keduanya HATINYA MELIHAT NIKMAT. Kita hendaklah sentiasa melihat nikmat yang diberi dan dikurniakan oleh Allah s.w.t. Nikmat yang diberikan itu sebenar tidak terkira oleh kita, terlalu banyak seperti nikmat kesihatan, nikmat rezeki, nikmat pancaindera. Maka kita akan sedar betapa banyak kekurangan ibadah kita berbanding dengan nikmat nikmat yang telah diberikan oleh Allah Taala.

Ketiganya CINTA KEPADA ALLAH; untuk menyucikan diri kita hendaklah sentiasa kasih demi cinta kepada Allah dengan sentiasa patuh dan tunduk kepada SuruhanNya. Kita berasa hina diri sekiranya tidak mampu mengerjakan suruhan Allah tadi.

Keempat SENANTIASA BERISTIGFAR. Untuk menutup kesalahan dan kejahatan yang lepas. Hati manusia hendaklah betul-betul bersih umpama emas, dengan beristigfar sedikit demi sedikit kotoran itu akan hilang. Kita hendaklah melakukan dengan bersungguh-sungguh, jangan sambil lewa. Sucikan hati dengan taubat nasuha.

Kelima REDHA DITIMPA MUSIBAH. Manusia hendaklah redha apabila menerima keadaan dukacita, sakit dan sebagainya. Kerana sebahagian dosa yang dilakukan itu, diuji dengan musibah.

Sekiranya kelima-lima proses penyucian diri tidak dibuat didunia ini proses penyucian akan bermula di alam barzah – iaitu kubur. Tiga perkara dapat bersihkan dosa iaitu sholat orang yang beriman terhadap jenazah. Kedua melalui siksaan kubur ketiga amalan-amalan yang dilakukan / dihadiahkan oleh orang Islam seperti haji, puasa, sedeqah dan doa. Ulama sepakat bahawa hadiah sedeqah dan doa yang diberikan oleh Islam sampai kepada simati.


Selepas di alam barzah manusia akan melalui beberapa peringkat penyucian diri.

1. Ketakutan di hari Akhirat / Qiamat
2. Ketakutan di Hari Mahsyar
3. Syafaat dari Nabi. Adakah di sepakat bahawa hafiz quran boleh memberi syafaat sehingga 10 orang.
4. Keampunan Allah s.w.t

Sekiranya seseorang itu tidak dapat keampunan Allah Taala, memang sungguh malang nasibnya, kerana akan dicampakkan ke dalam neraka nauzubilah!.

Maka marilah kita berazam untuk mempertingkatkan keazaman untuk bergerak dan melonjak paradigma kepada yang lebih tepat iaitu “Kembali kepada jiwa mutmainnah “ jiwa bersih.

Destinisasi kita yang abadi dan klimaks adalah memasukki syurga Allah Taala.

Monday, August 24, 2009

SMS Ramadhan

Sungguh seronok apabila kita mendapat SMS dari kawan sahabat handai. Ia berbunyi demikian;

1. "Salam 1 Ramadahan semoga bulan al Mubarak ini dapat dimanafaatkan sepenuhnya.Ampun maaf bersama dipinta'.

2."Sebening air wudhuk,sesuci AlQuran,semerdu zikir dialun,seindah solat 5 waktu,setenang hati rasa tiada benci dan dendam".

3." May Allah assists us all in rushing towards good deeds. May all of us our efforts and prayers in this blessed month be accepted by Allah. May Allah bless us in respond to the invitation He extends to us during this blessed month and blessedall of us with His choicest favours and gifts during these special days. Wishing you and families and to all humanity.I hope that this sacred month is a source of blessing and happiness and that all good works are accepted.

4."Wishing you a month of Rahmat.4 weeks of Baraqah, 30 days of Forgiveness,720 Hours of Purification,43200 mins of Guidance,259200 seconds of Nur . A new Ramadhan is Allah's way saying: one more time.Live life.Make a difference.Touch a heart,Encourage a mind and inspire a soul"

5."Indahnya manusia kerana hati dan indahnya hati kerana ikhlas.Amalan Ramadhan didahulukan. Pencapaian Akhirat di Utamakan"

6."Sekian lama menanti kini ramadhan kembali lagi; ganjaran berganda menanti bekalan kemudian hari."

Di Naikkan Pangkat

Al hamdullillah di dalam bulan Ramadhan ini kita telah mendapat berita gembira bahawa kenaikan pangkat ke Pegawai Penyelidik Prinsipal (Q54) telah berjaya. Sungguh besar ertinya kerana sekian lama bertungkus lumus kerja-keras dengan menjalankan penyelidikan serta menulis kertas- kertas teknikal serta membuat kerja-kerja yang di arahkan oleh organisasi dan diluar organisi , menjalankan kerja kerja suka rela NGO dan lain lain lagi . Apa yang kita mahu bukan wang ringgit semata mata tetapi pengiktirafan atau recognition terhadap apa yang telah kita lakukan.
Pada mula- mula dahulu (sejak 4 tahun yang lepas) setelah interview, keputusan nya gagal. Pihak pengurusan suruh kita merayu, tetapi kita tidak mahu kerana kita ada maruah diri untuk tidak berbuat demikian. Dulu pernah kita merayu hampir tiga kali tetapi dibakulsampahkan. Rasa mual, geram, frust dan tidak seronok juga ada apabila kita mendapat keputusan gagal. Tetapi kita mesti ingat sesuatu pemberian berjaya atau gagal itu ada manafaatnya.
Sebagai seorang Muslim, kita diajar dua perkara. Kalau mendapat rezeki atau kejayaan kita bersyukur; kalau dapat musibah atau kegagalan kita mesti bersabar.

Terima kasih kita ucapkan kepada mereka yang telah mendoakan kejayaan ini.

Akhirnya " Apabila engkau menuntut upah/pahala untuk sesuatu amal perbuatan,pasti engkau juga akan dituntut kesempurnaan dan keikhlasan dalam amal perbuatan itu. Dan bagi seseorang yang merasa belum sempurna, harus merasa cukup puas jika ia telah selamat dari tuntutan"
(Terjemahan Al Hikam)

Wednesday, August 19, 2009

Ramadhan Al -Mubarak


Cinta Sejati

Para wali dan sufi memandang puncak kecintaan sejati kepada Allah itu ialah dengan mencintai kematian. Menurut mereka, kalau seseorang sudah mencintai kematian , bermakna mereka telah memiliki cinta sejati kepada Allah.

Diriwayatkan suatu hari Nabi s.a.w. menceritakan tentang Nabi Ibrahim a.s. ketika saat nyawanya akan diambil. Ibrahim bertanya kepada Malaikat Maut "Apakah seorang kekasih akan mematikan kekasihnya?". Lalu Allah s.w.t. menjawab melalui Malaikat Maut "Apakah engkau berfikir seorang pencinta tidak mahu berjumpa dengan kekasihnya?. Ibrahim a.s menjawab "kalau begitu, sekarang ambillah nyawaku.".

Tuesday, August 18, 2009

Apa itu Cinta?


Cinta itu laksana pohon didalam hati.Akarnya adalah ketundukan kepada kekasihnya yang dicintai; dahannya adalah mengetahuinya;rantingnya adalah ketakutan kepadanya, daun-daun nya adalah malu kepada nya,buahnya adalah ketaatan kepada nya; dan air yang menghidupnya adalah menyebut namaya. Jika didalam cinta ada satu bahagian yang kosong,berarti cinta itu berkurang.

Imam Ibnu Qayyim AlJauzah.

Tuesday, July 14, 2009

Perginya Seorang Adik

Pada hari Ahad 13hb Julai 2009, keluarga kami iaitu Keluarga Hj Meon di kejutkan pemergian seorang saudara perempuan ke rahmatullah. Beliau di maksudkan ia lah Zainah Hj Meon yang berumur 48 tahun. Beliau menghadapi kanser payudara hampir setahun yang lalu. Beliau meninggalkan enam orang anak dan yang masih kecil sekali berumur 6 tahun.
Adik perempuan saya pendiam orang nya dan tak banyak kerenah atau komplen. Dia dan suaminya Abu Hasan hidup sederhana di Taman AU Keramat. Jenazah adik saya itu selamat di kebumikan pada pukul 11.30 pagi di tanah perkuburan Islam Lembah Keramat disaksikan adik beradik yang lain. Semuga rohnya dicucuri rahmat dan berada di samping orang orang sholeh dan sholehah. Amin.

Sunday, June 28, 2009

Pantun Pengantin



Isteri cantik permainan mata

Isteri budiman sangat mulia

Bukan mayang kelopak mayang

Mayang bersemai halusnya anyaman

Bukan sayang berkasih sayang

Sayang suami isteri bersulamkan iman.

Ikan belida didalam batu

Masuk kejalan seenak sendiri

Ayah dan bonda mengiring restu

Aman bahagia suami isteri

Di tepi kali saya menyinggah

Menghilang penat menahan jerat

Orang tua jangan disanggah

Agar selamat dunia akhirat




Thursday, June 25, 2009

Winner or Loser?

The winner is always part of the answer;
The loser is always part of the problem.

The winner always has a program;
The loser always has an excuse.

The winner says, "Let me do it for you";
The loser says, "That's not my job".

The winner sees an answer for every problem;
The loser sees a problem in every answer.

The winner goes through a problem;
The loser goes around a problem and never gets to it

The winner says, "it may be difficult, but it's possible";
The loser says, "it may be possible, but it's too difficult".

The winner makes committment;
The loser makes promises

The winner says, "there ought to be a better way to do it"
The loser says, "that's the way it's always done here"

Quiters never win;
Winners never quit

Thursday, May 14, 2009

Menjadi Pemeriksa Luar (External Examiner)

Aku telah di minta sebuah universiti tempatan untuk menilai seorang pelajar di peringkat sarjana.Penghormatan atau tugas ini telah diberikan kepada ku memandang pengalaman, bidang ketrampilan dan pernah menyelia pelajar pelajar sarjana. Walaupun aku bukan seorang pensyarah, tetapi aku telah 'mengeluarkan' dan melatih beberapa orang siswazah. Tugas sebagai penilaian luar bukan lah susah sangat memandangkan aku selalu dan banyak menilai kertas kertas teknikal, semi-teknikal dan penulisan popular.
Dulu aku malas dan tak tahu menulis kerana sangat kurang idea. Tetapi sekarang, dengan banyak membaca serta perbincangan dengan berbagai pihak tambahan pula bahan bacaan dari internet membuat aku sering menulis baik dalam penulisan artikel, blog dan lain-lain.

Menjadi penilai aku mesti memastikan bahan manuskrip yang di tulis, dibincang serta persembahannya mestilah berkualiti dan sampai ketahap yang tinggi. Aku tidak boleh berkromponi dengan fakta. Yang salah tetap salah dan sebaliknya.

Aku berpendapat ramai pelajar pelajar memerlukan khidmat penilai terutama sebelum mereka menghantar tesis kepada pihak senat atau pemeriksa.

Apa yang aku dapat rumuskan bahawa;

1. Seseorang pelajar mesti lah cermat menggunakan gaya bahasa, pemikiran kritikal, serta dapat 'menangkap' idea orang lain untuk di muatkan dalam dalam tesisnya.
2, Untuk menulis kertas teknikal memerlukan telaah yang banyak dan mendalam. Janganlah diciplak idea orang tetapi dapat mencerna serta sintesis untuk kegunaan kita.
3. Matlamat kajian, keputusan,perbincangan dan penutup mestilah ada kaitan diantara satu sama lain, Jangan dibiarkan tergantung gantung dan mesti ada 'link'.

Wednesday, May 13, 2009

Lagu Bulan

Nikmati lah lagu ini...


Tumbuhan Juga Berzikir

Bukti Saintifik Tumbuhan Juga Berzikir

Sebuah majalah sains yang terkenal, Journal of Plant Molecular Biologist telah memuatkan sebuah artikel mengenai penelitian sekumpulan cendekiawan terhadap tumbuhan. Mereka mendapati sebahagian flora mengeluarkan bunyi halus yang tidak mampu didengari telinga manusia dan bunyi tersebut berjaya dirakam menggunakan alat perakam yang tercanggih.

Setelah tiga tahun mengkaji, para saintis berjaya menganalisis denyutan suara tersebut sehingga menjadi isyarat-isyarat bersifat cahaya elektrik menggunakan osiloskop. Mereka mendapati denyutan cahaya itu berulang lebih daripada 1000 kali dalam satu saat. SubhanAllah!

2501165227_0bee9b35ca

Cendekiawan Barat tercengang dan masing-masing tergamam dengan sebuah fenomena luar biasa seperti ini. Mana mungkin tumbuhan bersuara? Profesor William Brown yang mengetuai kajian tersebut mengumumkan bahawa tiada tafsiran ilmiah mampu dilakukan mengenai fenomena itu. Menurut beliau, hasil kajian tersebut telah diserahkan kepada universiti-universiti dan pusat kajian di Amerika serta Eropah namun tiada yang sanggup menafsirnya.

Setelah penemuan tersebut dihadapkan kepada pakar-pakar dari Britain, kajian yang hampir menemui jalan buntu itu berjaya ditafsirkan. Salah seorang daripada kumpulan pakar tersebut merupakan seorang ilmuwan Muslim yang berasal dari India. Penelitian selama lima hari dilakukan dan saintis berbangsa Inggeris terpaksa menyerah. Saat itulah ilmuwan Muslim tersebut mengatakan “Kami umat Islam tahu tafsir dan makna fenomena ini. Malah, kami ketahuinya sejak 1400 tahun yang lampau”.

Semua bijak pandai yang hadir tersentak dengan kata-kata tersebut dan meminta agar diperjelaskan lagi. Saintis Muslim itu lantas membaca tafsir surah Al-Israa ayat 44 yang bermaksud “Dan tidak ada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun”.

Prof. William Brown kemudiannya menemui ilmuwan Islam tersebut untuk membincangkan perkara ini. Ilmuwan itu pun menerangkan kepadanya mengenai Islam dan menghadiahkan sebuah Al-Quran berserta terjemahannya kepada profesor tersebut.

Beberapa hari kemudian Prof. William mengadakan sebuah ceramah di Universiti Carnich. Beliau menjelaskan bahawa selama 30 tahun bekerja belum sekalipun beliau temui fenomena begitu dan tiada seorang pun yang berani menafsirkan penemuan tersebut. Malah, tiada kejadian alam yang lain yang mampu menafsir maksud fenomena itu. Maka pada akhir ceramahnya beliau melafazkan kalimah syahadah di hadapan para hadirin.

Kalam-Nya mengisahkan pelbagai perkara sebelum sains

Kalam-Nya mengisahkan pelbagai perkara sebelum sains

Terjemahan artikel ini ke dalam Bahasa Indonesia dimuatkan di dalam majalah QIBLATI edisi ke-11 tahun 2006. Lihatlah bagaimana sains membenarkan Islam, sebuah agama yang syumul. Maha Suci Allah, segala pujian hanya layak diberikan kepada-Nya. Sedangkan tumbuhan pun tidak putus bertasbih, bagaimana pula dengan kita selaku khalifah alam? Sebuah peringatan yang cuba saya kongsi bersama semua terutama diri sendiri yang masih banyak khilaf…

Saturday, May 09, 2009

Temuduga Naik Pangkat Q54







Aku telah terima surat panggilan untuk temuduga naik pangkat ke jawatan pegawai penyelidik prinsipal Q54. Peperiksaan Pencapaian Tahap Kecekapan (PTK) telah hampir 4 tahun lulus dengan mendapat keputusan ARAS 4 bagi kedua dua kertas umum dan ketrampilan. Kali ini sudah hampir 4 kali telah ditemuga untuk jawatan tersebut.
Semua krieteria telah dipenuhi samada sumbangan, penulisan teknikal mahupun ketrampilan kerja, tetapi masih gagal untuk mendapat kejayaan. Wbp aku tetap bersabar kerana kemungkinan aku bukan orang 'favourite'. Dengan pendapatan yang ada sekarang alHamdullilah cukup untuk menyara anak isteri.
Sekarang masih ada 3 orang yang sedang belajar. Seorang di tahun tiga di UIA membuat Teaching English Second Language (TESL). Setahun lagi akan habis pengajiannya. Serang lagi masih membuat kursus persediaan sijil kemahiran dalam 'heavy equipment' untuk ke diploma di Tractor Academy. Tanggung dan biayaan sendiri bayar RM400 sebulan.
Seorang lagi masih di tahun empat sekolah rendah.Sekolah Kebangsaan Sri Serdang.

Apa yang hendak disediakan semasa temuduga nanti?
Bersedia dengan beberapa maklumat seperti konsep 'One-Malaysia', CFT, BOT, NAP3 dan lain lain lagi.Bagaimakah hendak majukan organisasi? (soalan yang biasa ditanyakan).

Kita mestilah terus bekerja tanpa mengira sangat kedudukan dan pangkat. Apa yang penting ialah 'output' hasil kerja yang telah diamanahkan selama ini.Adakah ia telah mencapai sasaran atau bagaimana.
Naik pangkat bermakna lebih banyak tanggung jawab. Bukan hanya di pandang dengan kenaikan wang gaji tetapi ia lebih kepada akauntabiliti, integriti dan kepimpinan didalam bidang keterampilan.