Monday, September 24, 2007

Peristiwa Yang Berlaku di Akhir Zaman

Saya ada terbaca di http://www14.brinkster.com/akiranagasaki/frame/hadis40/hadis03.htm berkenaan peristiwa peristiwa yang akan berlaku di akhir zaman.
Saya sangat gembira sekali sekiranya muda mudi dan kaum terpelajar kita dapat memainkan peranan sebagai daii' ICT kerana mereka boleh menyumbangkan fikiran, karya karya yang berguna untuk orang orang Islam dan ummat Muslimin.

Saya terlihat di banyak blog muda mudi kita menulis perkara perkara yang mungkar dan yang membazir tanpa mengira akhlak mereka.

Dengan adanya internet kita boleh mengambil kesempatan untuk menyampaikan sesuatu yang baik tanpa memerlukan penat lelah atau wang ringgit. Diharap pemuda pemudi kita membuat blog yang berguna samada didalam bahasa Malaysia atau Inggeris supaya boleh di manafaatkan saudara saudara kita yang memerlukan maklumat bahasa dari segi bahasa, hobi dsb.

Gunalah masa dan tenaga untuk kebaikan ugama dan negara.