Al hamdullillah di dalam bulan Ramadhan ini kita telah mendapat berita gembira bahawa kenaikan pangkat ke Pegawai Penyelidik Prinsipal (Q54) telah berjaya. Sungguh besar ertinya kerana sekian lama bertungkus lumus kerja-keras dengan menjalankan penyelidikan serta menulis kertas- kertas teknikal serta membuat kerja-kerja yang di arahkan oleh organisasi dan diluar organisi , menjalankan kerja kerja suka rela NGO dan lain lain lagi . Apa yang kita mahu bukan wang ringgit semata mata tetapi pengiktirafan atau recognition terhadap apa yang telah kita lakukan.
Pada mula- mula dahulu (sejak 4 tahun yang lepas) setelah interview, keputusan nya gagal. Pihak pengurusan suruh kita merayu, tetapi kita tidak mahu kerana kita ada maruah diri untuk tidak berbuat demikian. Dulu pernah kita merayu hampir tiga kali tetapi dibakulsampahkan. Rasa mual, geram, frust dan tidak seronok juga ada apabila kita mendapat keputusan gagal. Tetapi kita mesti ingat sesuatu pemberian berjaya atau gagal itu ada manafaatnya.
Sebagai seorang Muslim, kita diajar dua perkara. Kalau mendapat rezeki atau kejayaan kita bersyukur; kalau dapat musibah atau kegagalan kita mesti bersabar.
Terima kasih kita ucapkan kepada mereka yang telah mendoakan kejayaan ini.
Akhirnya " Apabila engkau menuntut upah/pahala untuk sesuatu amal perbuatan,pasti engkau juga akan dituntut kesempurnaan dan keikhlasan dalam amal perbuatan itu. Dan bagi seseorang yang merasa belum sempurna, harus merasa cukup puas jika ia telah selamat dari tuntutan"
(Terjemahan Al Hikam)
No comments:
Post a Comment