Wednesday, August 26, 2009

Penyucian Diri

Tujuan hidup seorang Muslim ialah berbakti dan beribadat kepada Allah “Tidak Aku Jadikan Jin dan Manusia melainkan beribadat kepada Ku” (Surah Az Zariyat: 56 ). Syaitan akan cuba sedaya upaya melewengkan manusia supaya terkeluar dari landasan. Oleh itu manusia hendaklah sentiasa berwaspada dari bisikan atau desakan hawa nafsu.

Dunia sekarang sudah maju dengan kemajuan sains dan teknologi. Tetapi adakah manusia mengikut kehendak dan syariah Allah?. Surah Al-Asr menyebutkan bahawa “Manusia itu sentiasa didalam keadaan rugi, kecuali mereka beramal sholeh dan berpesan dengan kesabaran”.

Ada beberapa cara untuk manusia untuk maju ke depan untuk menuju destinasi yang abadi iaitu syurga.

Pertamanya SEDAR. Hati kita sentiasa peka dan sedar dari kelalaian. Kita dapat mengetahui dimana bahayanya dan sebagainya supaya kita dapat mengambil tindakan.

Keduanya HATINYA MELIHAT NIKMAT. Kita hendaklah sentiasa melihat nikmat yang diberi dan dikurniakan oleh Allah s.w.t. Nikmat yang diberikan itu sebenar tidak terkira oleh kita, terlalu banyak seperti nikmat kesihatan, nikmat rezeki, nikmat pancaindera. Maka kita akan sedar betapa banyak kekurangan ibadah kita berbanding dengan nikmat nikmat yang telah diberikan oleh Allah Taala.

Ketiganya CINTA KEPADA ALLAH; untuk menyucikan diri kita hendaklah sentiasa kasih demi cinta kepada Allah dengan sentiasa patuh dan tunduk kepada SuruhanNya. Kita berasa hina diri sekiranya tidak mampu mengerjakan suruhan Allah tadi.

Keempat SENANTIASA BERISTIGFAR. Untuk menutup kesalahan dan kejahatan yang lepas. Hati manusia hendaklah betul-betul bersih umpama emas, dengan beristigfar sedikit demi sedikit kotoran itu akan hilang. Kita hendaklah melakukan dengan bersungguh-sungguh, jangan sambil lewa. Sucikan hati dengan taubat nasuha.

Kelima REDHA DITIMPA MUSIBAH. Manusia hendaklah redha apabila menerima keadaan dukacita, sakit dan sebagainya. Kerana sebahagian dosa yang dilakukan itu, diuji dengan musibah.

Sekiranya kelima-lima proses penyucian diri tidak dibuat didunia ini proses penyucian akan bermula di alam barzah – iaitu kubur. Tiga perkara dapat bersihkan dosa iaitu sholat orang yang beriman terhadap jenazah. Kedua melalui siksaan kubur ketiga amalan-amalan yang dilakukan / dihadiahkan oleh orang Islam seperti haji, puasa, sedeqah dan doa. Ulama sepakat bahawa hadiah sedeqah dan doa yang diberikan oleh Islam sampai kepada simati.


Selepas di alam barzah manusia akan melalui beberapa peringkat penyucian diri.

1. Ketakutan di hari Akhirat / Qiamat
2. Ketakutan di Hari Mahsyar
3. Syafaat dari Nabi. Adakah di sepakat bahawa hafiz quran boleh memberi syafaat sehingga 10 orang.
4. Keampunan Allah s.w.t

Sekiranya seseorang itu tidak dapat keampunan Allah Taala, memang sungguh malang nasibnya, kerana akan dicampakkan ke dalam neraka nauzubilah!.

Maka marilah kita berazam untuk mempertingkatkan keazaman untuk bergerak dan melonjak paradigma kepada yang lebih tepat iaitu “Kembali kepada jiwa mutmainnah “ jiwa bersih.

Destinisasi kita yang abadi dan klimaks adalah memasukki syurga Allah Taala.

No comments: