Wednesday, May 13, 2009

Tumbuhan Juga Berzikir

Bukti Saintifik Tumbuhan Juga Berzikir

Sebuah majalah sains yang terkenal, Journal of Plant Molecular Biologist telah memuatkan sebuah artikel mengenai penelitian sekumpulan cendekiawan terhadap tumbuhan. Mereka mendapati sebahagian flora mengeluarkan bunyi halus yang tidak mampu didengari telinga manusia dan bunyi tersebut berjaya dirakam menggunakan alat perakam yang tercanggih.

Setelah tiga tahun mengkaji, para saintis berjaya menganalisis denyutan suara tersebut sehingga menjadi isyarat-isyarat bersifat cahaya elektrik menggunakan osiloskop. Mereka mendapati denyutan cahaya itu berulang lebih daripada 1000 kali dalam satu saat. SubhanAllah!

2501165227_0bee9b35ca

Cendekiawan Barat tercengang dan masing-masing tergamam dengan sebuah fenomena luar biasa seperti ini. Mana mungkin tumbuhan bersuara? Profesor William Brown yang mengetuai kajian tersebut mengumumkan bahawa tiada tafsiran ilmiah mampu dilakukan mengenai fenomena itu. Menurut beliau, hasil kajian tersebut telah diserahkan kepada universiti-universiti dan pusat kajian di Amerika serta Eropah namun tiada yang sanggup menafsirnya.

Setelah penemuan tersebut dihadapkan kepada pakar-pakar dari Britain, kajian yang hampir menemui jalan buntu itu berjaya ditafsirkan. Salah seorang daripada kumpulan pakar tersebut merupakan seorang ilmuwan Muslim yang berasal dari India. Penelitian selama lima hari dilakukan dan saintis berbangsa Inggeris terpaksa menyerah. Saat itulah ilmuwan Muslim tersebut mengatakan “Kami umat Islam tahu tafsir dan makna fenomena ini. Malah, kami ketahuinya sejak 1400 tahun yang lampau”.

Semua bijak pandai yang hadir tersentak dengan kata-kata tersebut dan meminta agar diperjelaskan lagi. Saintis Muslim itu lantas membaca tafsir surah Al-Israa ayat 44 yang bermaksud “Dan tidak ada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun”.

Prof. William Brown kemudiannya menemui ilmuwan Islam tersebut untuk membincangkan perkara ini. Ilmuwan itu pun menerangkan kepadanya mengenai Islam dan menghadiahkan sebuah Al-Quran berserta terjemahannya kepada profesor tersebut.

Beberapa hari kemudian Prof. William mengadakan sebuah ceramah di Universiti Carnich. Beliau menjelaskan bahawa selama 30 tahun bekerja belum sekalipun beliau temui fenomena begitu dan tiada seorang pun yang berani menafsirkan penemuan tersebut. Malah, tiada kejadian alam yang lain yang mampu menafsir maksud fenomena itu. Maka pada akhir ceramahnya beliau melafazkan kalimah syahadah di hadapan para hadirin.

Kalam-Nya mengisahkan pelbagai perkara sebelum sains

Kalam-Nya mengisahkan pelbagai perkara sebelum sains

Terjemahan artikel ini ke dalam Bahasa Indonesia dimuatkan di dalam majalah QIBLATI edisi ke-11 tahun 2006. Lihatlah bagaimana sains membenarkan Islam, sebuah agama yang syumul. Maha Suci Allah, segala pujian hanya layak diberikan kepada-Nya. Sedangkan tumbuhan pun tidak putus bertasbih, bagaimana pula dengan kita selaku khalifah alam? Sebuah peringatan yang cuba saya kongsi bersama semua terutama diri sendiri yang masih banyak khilaf…

1 comment:

Unknown said...

Subhanallah