Saturday, December 30, 2006

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDHIL ADHA

AIDILADHA dikenali juga sebagai Hari Raya Korban dan ia adalah satu daripada hari kebesaran Islam yang diraikan pada setiap 10 Zulhijah mengikut takwim Hijrah.


Ia dinamakan Aidiladha kerana pada saat itu jutaan umat Islam datang dari seluruh pelusuk dunia dan berkumpul di Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah haji bagi menyempurnakan Rukun Islam kelima dan sebagai menyahut seruan Allah.

Ibadat korban sentiasa dilaksanakan setiap Muslim bersempena selesainya ibadah haji dan juga berlangsungnya Aidiladha. Sebaik saja selesai solat Aidiladha, umat Islam akan bersegera melangsungkan ibadat korban dengan menyembelih binatang ternakan seperti lembu dan kambing, kemudian dagingnya akan diagihkan kepada sanak saudara, jiran tetangga dan golongan fakir.



Allah berfirman bermaksud: "Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah" (Surah al-Baqarah ayat 196). Pada hari ini, umat Islam disunatkan melakukan ibadah korban sebagai memperingati peristiwa Nabi Ibrahim mengorbankan anaknya, Nabi Ismail demi kepatuhan dan ketaatan baginda terhadap perintah Allah.

Di samping itu, menerusi peristiwa ini, jelas membayangkan betapa setiap yang hendak dikorbankan itu mesti sesuatu yang bersifat paling disayangi dan berharga.

Ibadah korban juga boleh melatih perasaan individu Muslim agar jangan bersikap bakhil dan kedekut dalam mengeluarkan harta demi membela dan membantu golongan yang lebih memerlukan seperti orang fakir dan miskin.

Dari segi kelebihan yang akan dikurniakan oleh Allah dalam melakukan ibadah korban ialah mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah, dapat menebus dosa iaitu menerusi setiap titisan darah binatang yang dikorbankan dan binatang ini juga bakal menjadi tunggangan di atas titian sirat dan bulu binatang yang dikorbankan itu juga adalah kebajikan.

Sementara kelebihan ibadah korban dari aspek kemasyarakatan dan kemanusiaan pula ialah dapat mewujudkan suasana harmoni, kerjasama dan kasih sayang sesama Muslim, melahirkan sikap penyayang dan memupuk sifat suka berkorban dan bersedekah untuk membantu golongan yang memerlukan.

Seperkara yang patut diberikan perhatian di dalam melakukan ibadah korban ialah supaya ia dibuat di atas dasar keikhlasan hati dan mengharapkan keredaan daripada Allah semata-mata dan bukan sebagai jalan untuk bermegah-megah dan menunjuk dengan kekayaan yang ada.

Sesungguhnya Allah hanya akan menerima amalan seseorang itu mengikut tahap keikhlasan dan juga ketakwaan dan bukan kepada besar atau kecilnya binatang yang dikorbankan itu.

Firman Allah bermaksud: "Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu" (Surah al-Hajj ayat 37).

Menyedari akan kelebihan ibadah korban itu, maka kita seharusnya berlumba-lumba dan bersegera di dalam melakukannya untuk mendapat keampunan dan keredaan daripada-Nya.

Selain itu umat islam digalakkan
pertingkat amalan pada 10 Zulhijjah
PADA Zulhijjah yang mulia ini, ada satu hari yang dikatakan antara hari yang paling afdal di sisi Allah selain Jumaat iaitu hari ke-9 Zulhijjah yang lebih dikenali hari Arafah. Hari 'Arafah adalah bersempena amalan berwukuf di Padang Arafah adalah satu daripada rukun fardu bagi umat Islam yang menunaikan ibadat haji di Tanah Suci.


Kemuncak daripada itu, hari Arafah adalah satu hari yang Allah akan membebaskan sesiapa yang menghadiri Padang Arafah dan memuliakan hari itu daripada api neraka. Oleh itu, hari keesokannya iaitu Aidiladha adalah hari kesyukuran dan perayaan bagi umat Islam bagi menzahirkan kegembiraan dan kesyukuran ke hadrat Allah.

Kelebihan Hari Arafah tidak hanya terhad kepada jemaah haji yang berada di Tanah Suci, malah kelebihan itu turut dapat dinikmati oleh umat Islam yang tidak mengerjakan ibadat haji di seluruh pelusuk dunia.

Sehubungan itu, umat Islam dianjurkan berpuasa pada 10 Zulhijjah terutama pada Hari Arafah. Tidak diragui lagi bahawa ibadat puasa adalah amalan ibadat yang afdal di sisi Allah berdasarkan sabda Rasulullah yang bermaksud: Berpuasa pada hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan selepasnya. (Hadis riwayat Muslim).

Selain ibadat puasa, umat Islam digalakkan memperbanyakkan amalan salih seperti solat sunat tahjud, bersedekah, membaca al-Quran, amar makruf nahi munkar dan sebagainya. Perlu insaf bahawa setiap amalan yang dilakukan pada hari itu akan digandakan ganjaran pahalanya oleh Allah. Begitu juga amalan yang paling afdal di sisi Allah seperti berjihad pada jalan Allah

Jelas daripada maksud hadis Rasulullah bahawa Hari Arafah dan juga hari sebelumnya pada permulaan Zulhijjah adalah antara hari yang afdal untuk beribadat kepada Allah dengan melakukan segala amalan sunat yang dianjurkan di samping setiap detik yang berlalu pada hari itu adalah masa yang amat mustajab doanya dan digandakan ganjaran pahalanya.

Ibnu Abbas pernah menceritakan bahawa Rasulullah bersabda maksudnya: Tiada suatu hari pun amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari itu iaitu 10 hari pertama Zulhijjah.

Sahabat bertanya: Adakah itu termasuk juga berjihad pada jalan Allah? Jawab Rasulullah: Tidak termasuk berjihad pada jalan Allah melainkan orang yang keluar dengan seluruh jiwa raganya dan tidak membawa pulang apa-apa pun. (Hadis riwayat Bukhari)

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda maksudnya: Tiada suatu hari pun dalam setahun yang amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari kesepuluh Zulhijjah. Oleh itu, hendaklah kamu perbanyakkan zikir tahlil, takbir dan tahmid. (Hadis riwayat Ahmad).



Perhimpunan jutaan manusia pada hari Arafah melambangkan perhimpunan besar yang bakal di hadapi oleh setiap manusia untuk dihisab segala amalan diri di Padang Mahsyar kelak. Oleh itu, setiap insan wajib menghisab diri dan juga bertaubat terhadap segala dosa sebelum Allah pamerkan segala dosa itu di hadapan jutaan manusia di Padang Mahsyar itu.

Dari sudut sejarahnya, ada pendapat yang mengatakan bahawa perkataan Arafah itu berasal daripada pertemuan kembali Nabi Allah Adam dan isterinya Siti Hawa diturunkan ke bumi secara berasingan dan akhirnya mereka bertemu kembali di lembah yang dikenali sekarang dengan Padang Arafah. Ada juga ulama yang menyatakan bahawa ia berasal daripada peristiwa pertemuan Nabi Allah Ibrahim dengan isterinya Siti Hajar dan anaknya Nabi Allah Ismail as yang lama berpisah.

Sebahagian ulama pula berpendapat perkataan Arafah itu adalah hasil pemahaman Nabi Ibrahim yang memahami dan menghayati perintah Allah yang tersirat di dalam mimpinya untuk menyembelih puteranya Nabi Ismail. Oleh itu, hari Wukuf di Arafah juga dikenali sebagai hari Tarwiyah yang bermaksud hari renungan. Hal ini kerana Nabi Ibrahim sentiasa merenung dan mengimbas kembali mimpinya yang berturut-turut dan akhirnya baginda faham (Arafa) maksud mimpi dan terus melaksanakan maksud mimpi itu.

Selanjutnya, perhimpunan secara besar-besaran di Padang Arafah menyaksikan suatu jalinan kemas persaudaraan Islam dan juga kesatuan ummah yang utuh agar mereka bersatu teguh dan bersemangat padu dalam meneruskan kesinambungan Islam untuk bertapak di atas bumi Allah ini, bahkan meneruskan tradisi kecemerlangan Islam yang dirintis oleh generasi Rasulullah dan sahabat serta generasi selepasnya.

Tambahan pula, jalinan yang terbina atas paksi takwa ini dengan pakaian ihram yang sama putih tanpa mengira kedudukan dan pangkat seseorang, umat Islam melupakan segala prejudis perkauman atau kebangsaan, warna kulit, taraf kedudukan, kekeluargaan dan sebagainya. Semuanya ini adalah untuk menyedarkan umat manusia bahawa mereka pada hakikatnya adalah sama rata di sisi Allah yang berasal daripada tanah.

Perhimpunan ini juga diharapkan akan menginsafkan setiap insan yang menghuni bumi Allah bahawa perpaduan yang sebenarnya adalah bertunjangkan takwa dan iman. Ia memantapkan hubungan antara sesama manusia, sekali gus dapat mengikis perasaan prasangka, dendam kesumat, dengki dan lain penyakit hati yang membinasakan ummah.

Setiap Muslim menginsafi bahawa takwa neraca piawaian sebenarnya di sisi Allah, bukannya kekayaan, kedudukan, warna kulit dan sebagainya yang menjadi ukuran kejayaan atau kegagalan seseorang. Dari sini, masing-masing dapat memainkan peranan sewajarnya dalam mengekalkan tali persaudaraan dan bertindak saling kukuh mengukuhkan untuk memartabatkan kembali maruah umat Islam di persada dunia.

Begitulah antara kelebihan terhampar pada 10 Zulhijjah yang sewajarnya direbut setiap Muslim yang benar-benar bertakwa kepada Allah.

Rujukan:Berita Harian (30hb Disember 2006)



Saturday, November 18, 2006

Class of 1981 (B.Agric.Sc) U.P.M


We recently met old friends since we graduated from University of Agriculture Serdang in 1981.We shared nostalgic moments with friends whom we longed for.About 20 of us turn up at MARDI Serdang.

Thursday, November 16, 2006

MAHA 2006

MAHA 2006 is to be held in MARDI, Serdang from 21st Nov. to 26th Nov.2006. This pictures show MAHA before 21st Nov.

Monday, October 02, 2006

Islam di Malaysia masa kini

Assalamualaikum wrt;

Saudara Muslimin dan Muslimat;

Masa begitu cepat meninggalkan kita. Walaubagaimanapun cabaran demi cabaran telah mencabar umat Islam masakini. Sejak awal tahun bermula umat Islam telah di perlihatkan berbagai bagai isu samada ditanah air kita atau oleh kuasa kuasa besar.

Bermulanya perayaan beberapa tahun kebelakangan ini dengan ’kongsi raya’, depa raya’ dan bermacam macam konotasi umat Islam dinegara kita telah terkeliru dengan keadaan ’raya ’ seperti ini. Walauapun kita menganggapnya tidak mempunyai apa apa kaitan dengan ugama kita tetapi implikasi nya jauh lebih besar bagi generasi kita yang akan datang.

Apa yang kita hendak bangkitkan disini serangan ialah Islam Pluralisme atau Liberalisme yang telah menularka masuk kedalam tanah air kita secara kebetulan atau senyap senyap. Konsep ini amat merbahaya kerana ia menganggap agama agama adalah sama dan setaraf dengan ugama Islam. Sedangkan didalam Al Quran Surah AlMaidah Ayat 3 ”Pada hari ini , telah Ku sempurnakan untuk mu dan telah Kucukupkan kepada kamu ni’matKu dan Kuredhai Islam itu menjadi itu menjadi agama kamu ’.
Menurut alim ulamak dinegara kita, pemahaman pluraralisme seperti berlaku di Indonesia telah menyebabkan munculnya pendapat pendapat yang kontroversi mengenai Islam.Namun begitu juga kita telah mendengar banyak isu berkaitan dengan yang bertentangan dan mencabar kedaulatan ugama kita. Menurut Mufti Perak isu isu mencabar tersebut termasuk gagasan agar Quran dinilai semula dan diolah semula; merayakan perayaan perayaan ugama lain demi perpaduan, mengkritik pengkuatkuasaan undang undang moraldikalangan masyarakat pembelaan terhadap penganut penganut ajaran sesat, kebebasan memilih ugama dan penubuhan Inter Faith Commision (IFC).

Nun jauh di Timur Tengah kita saban hari melihat kebiadapan kaum Yahudi Laknatullah itu menzalimi dan membunuh orang orang Arab Palestin.Tidak cukup itu di Iraq pula umat Islam berperang sesama sendiri angkara pencerobohan Amerika.

Baru baru ini pula ketua ugama Nasrani Laknatullah Pope Benedict menuduh Nabi s.a.w. membawa ajaran Islam dengan kekerasan dan paksaan bukan nya dengan cara berdakwah.

Benar sekali seperti yang dinyatakan di dalam Al Quran bahawa ”orang orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti ugama mereka ” (Al Baqarah:120).

Muslimin Muslimat;

Fenomena fenomena yang kita lihat hari memerlukan umat Islam bersatu padu dan merapatkan saf atau jurang diantara kita. Kita janganlah berpecah belah dan mencari kesalahan orang lain. Kita mestilah memperbaiki diri, keluarga dan masyarakat kita dengan memegang teguh dengan prinsip prinsip Islam yang kita amalkan disamping semangat juang yang tinggi demi keutuhan ugama, bangsa dan negara kita. Kita mesti mengasuh anak anak kita supaya menjadi orang orang berilmu pembela bangsa dan ugama bukan nya anak anak yang suka berpoya poya, kaki dadah, rokok dan berbagai bagai masalah sosial. Dengan melihat isu isu hari ini kita sebagai umat Islam mesti insaf ; sensitif dan jangan alpa kerana musuh sentiasa ingin menjahanamkan kita samada dari luar atau dalam.

Fikirkanlah.

Kuliah Ramadhan

Didalam Bulan Ramadhan ada lima perkara yang sangat istimewa;

1. Segala kebaikan terkumpul didalam bulan ini.

2. Segala ketaatan hanya kepada Allah.

3. Segala dosa dihapuskan olleh Allah

4. Segala dosa diampunkan Allah

5. Syurga rindu kepada orang rang beribadat.

Hendak lah kita

1. Senantiasa mengikuti majlis ilmu.

2. Kekalkan sembahyang berjemaah

3. Taat kepada ibu bapa.

4. Menziarahi rakan ibu bapa (sekiranya ibubapa sudah meninggal- bertanya khabar)

5. Menolong orang lain

Ganjaran Allah hanya pada diakhirat kerana;

1. Dunia ini bukan untuk balasan yang hakiki.
2. Dunia terlalu sempit untuk ganjaran Allah
3 Allah hendak memberi ’suprise’ diakhirat nanti sesiapa yang membuat kebaikan selama lamanya.

Tujuh perkara yang hendaklah dilakukan.amalan setiap hari.

1. Mengerjakan solat wajib dan sunat. Solat sunat 9 jenis termasuk Sunat dhuha;rawatib;tahajud, taubat,hajat,tarawih;tasbih setiap hari.
2. Membaca AlQuran sekurang kurangnya 100 ayat– termasuk membaca maknanya sekali
3. Berzikir dan beselawat keatas Nabi
4.Senantiasa bersedaqah walaupun sedikit. Latih anak anak bersedeqah
5. Ikuti majlis ilmu
6.Mengadakan ’post-mortem;’ diri sendiri setiap hari .Check lisan, mata, telinga, perut dan lain lain tentang apa yang telah kita lakukan.
7.Doa – meminta ampun kepada Allah. Ampun dosa dosa kita, diterima segala amalan kita pada hari tersebut. (Elok dilakukan selepas sembahayang sunat hajat).

Monday, August 07, 2006

Pencapaian Tahap Kopetensi (PTK)

Bermula dari 7hb Ogos 2006 hingga 17hb Ogos 2006 kami di kehendakki menjalani PTK.Sebagai seorang penyelidik senior PTK kali ini agak berbedza.Salah satu syarat kursus PTK ialah menyediakan kertas tugasan.
Tajuk yang diberikanan ialah ialah INTERNATIONAL RESEARCH MANAGEMENT

The Government of Malaysia is interested in a collaborative research program with the Government of Thailand on “Stevia as a source of sweetener”. As an expert on Stevia, you are nominated to represent the country to negotiate a joint research initiative with your counterparts in Thailand. On the other hand, Thailand suggested that a network among ASEAN countries be formed for this program. Describe how you would prepare for this negotiation including the approach you would take, the issues to be discussed and the details that would be worked out with your counterpart bearing in mind that Thailand’s initial proposal of a network arrangement among ASEAN.


Tajuk pengucapan awam bagi kursus PTK gred Q52 TK5 adalah "tajuk bebas" dalam bahasa Inggeris. Beberapa tajuk yang terlintas difikiran ialah
1.Heliconia planting and management
2.Mentor mentee program
3.Motivation
4.How to do experiments
5.Stress management.

Tuesday, July 04, 2006

Eleven ways to success

Eleven Points to Success

1.Create Plan

2.Set dateline

3.Do no waste time

4.Good attitude

5.Shun away negative people

6.Stop listening unless they are better than you

7.Have fun

8.Take care of your health

9.Stop thinking other jobs

10.Do for others

11.Tawakkal to Allah.

Penyelidikan Saya



Baru baru saya masuk ke pertandingan ITEX 2006 di KLCC.Poster saya seperti diatas. Seramai 9 orang yang masuk pertandingan tersebut, hanya 3 dapat pingat emas, 1 pingat perak dan 3 pingat gangsa. Saya mendapat gangsa sahaja. Ini lah pertama kali saya masuk ke pertandingan di peringkat antara bangsa. Saya akan cuba lagi untuk menyertainya di masa akan datang.


Sijil ITEX 2006 yang di terima seperti dibawah . Lebih 3000 ciptaan sains dan teknologi telah memasukki pertandingan tersebut. Ciptaan dan inovasi ini adalah aset untuk memacu kejayaan negara dimasa depan. kerajaan membelanjakan berjuta juta ringgit didalam penyelidikan S&T , ini semua untuk kemajuan rakyat dan melonjakkan negara ketahap keintelektualan tertinggi.


Monday, July 03, 2006

Minat Saya




Beberapa minat saya ialah menanam pokok buah buahan, bunga serta melawat ke tempat tempat pelancongan. Selain itu saya akan mengambil gambar untuk kenangan untuk disimpan agar dapat dibuat ingatan. Keindahan sesuatu tempat itu dapat diabadikan didalam bentuk gambar. Gambar gambar keindahan semula jadi, flora dan fauna dapat di simpan bukan hanya menjadi mitos semata mata.

Tuesday, June 27, 2006

Keluarga saya



Anak saya yang bongsu Maryam Afwa 7 tahun bersekolah di Taman Unversiti. Isteri saya mengajar di Sekolah Kebangsaan Sri Serdang. Sudah hampir 20 tahun mengajar. Bandar yang terdekat ialah Seri Kembangan, merupakan sebuah bandar moden diluar kota Kuala Lumpur dan berhampiran dengan Putrajaya.
Univerisiti yang ada ada disini ialah Universiti Putra Malaysia nama lamanya ialah Universiti Pertanian Malaysia.
Bandar bandar yang berhampiran ialah Pucong, Kajang, Bangi serta Cyberjaya.

Tuesday, June 13, 2006

Rakan Saya



Mesyuarat yang diadakan di Pulau Pinang pada 2005 dihadiri oleh mantan Ketua Pengarah, Pengarah serta wakil wakil dari Pusat yang lain. Menjadi amalan biasa mesyuarat ini diadakan setiap tahun untuk membincangkan perihal peruntukan (bajet), pencapaian serta strategi yang akan diambil. Ada diantara rakan didialam gambar tersebut sudah meninggal dunia.

Wednesday, June 07, 2006

Penulisan Saya

Menerima sijil penghargaan dari Timbalan Menteri Pertanian
dan Asas Tani .

1. ZAINUDIN, M. (1981). Performances of tomato (L. esculentum) on three types of soils at different levels of fertilizer application. B.Agr.Sc. Thesis Universiti Pertanian Malaysia.

2. ZAINUDIN, M. (1983). Projek Integrasi. Laporan ke Persidangan Jawatankuasa Sistem Perladangan di Serdang.

3. ZAINUDIN, M. (1983). Kajian Projek Pembangunan MARDI Jalan Kebun (unpublished).

4. ZAINUDIN, M. (1984). Penanaman Cendawan Jerami Padi. Kajian projek Pembangunan (unpublished)

5. ZAINUDIN, M. (1986). Tanaman Penutup Bumi di Dusun buah-buahan.Bil. 20/86. Buletin Penyelidikan.

6. ZAINUDIN, M. (1986). Pembajaan melalui mikro organisma. Bil. 21/86 Buletin Penyelidikan.

7. ZAINUDIN, M. (1987). Corn yield (Zea may). Prediction based on number of `growing days’. A spreadsheet simulation model. M.S. Thesis University of Florida.

8. ABD.RAZAK, S. MASRI, M. SYED MOHAMMAD, S.I. and M. ZAINUDIN, (1989). Current and Future Status of Fruit Physiology Programme at Physiology Workshop, Pusat Latihan MARDI Sept.5,`89.

9. ZAINUDIN, M. and S. AHMAD (1991). Determination of Banana Physiological Maturity by Using Growing Degree Days. Trans of M’sian Plant. Physiology, pg 231-236 Vol. 1. MSPP.

10. RAZIAH, M.L. dan M. ZAINUDIN, (1991). Pengairan Titis yang Murah dan Mudah. Berita Peny. Bil.28/91 m.s. 16.

11. HARON, A.; M.ZAINUDIN, dan S. MAHMUD. (1991). Jambu Air Prospek Penanaman. Maklumbalas Bhg. Promosi MARDI.

12. ZAINUDIN, M. (1991). Pengurusan Sistem Pengairan Di Dusun Pengalaman di MARDI. Kursus Air Dalam Pengeluaran Buah-Buahan Anjuran Jab. Pertanian Johor 24-27 Nov. PLLP Air Hitam. Johor

13. ZAINUDIN, M. (1991). Teknologi Penanaman Jambu. Kursus Pengurusan Dan Pengeluaran Buah-Buahan. PPSMT Serdang.

14. AHMAD, S.; NOROWI, M., SAAD.; and M. ZAINUDIN, (1991). Papaya Expert System Ver. 1.0 (Software). Hari Terbuka MARDI.

15. ZAINUDIN, M. and M.W. SHAMSUDIN., (1991). Cantuman Biji Betik Berita Penyelidikan. Bil. 30 2/192.

16. RAZIAH,M.L. dan M.ZAINUDIN (1992). Latar belakang dan Pemakanan Jambu Batu dalam `Panduan Tanaman Jambu Batu’. Penerbitan MARDI.

17. ZAINUDIN, M. (1992). Pemangkasan dan Latihan Jambu Batu dalam `Panduan Tanaman Jambu’. Penerbitan MARDI.

18. ZAINUDIN, M. (1992). Pengurusan Rumpai dalam `Panduan Tanaman Jambu’. Penerbitan MARDI.

19. ZAINUDIN, M. (1992). Peringkat vegetatif dan reproduktif Belimbing dalam Panduan Menanam Tanaman Belimbing’. Penerbitan MARDI.

20. ZAINUDIN, M. (1992). Growth Analysis of Papaya (Abstract). Int’l. Symp. Hort. Sci. Pattaya May 20-24. Thailand.

21. ZAINUDIN, M. (1992). Dry matter partitioning of papaya. Trans. of M’sian Plant. Physiology pg. 207 213 Vol.2 MSPP

22. LIM.C.G. and M.ZAINUDIN (1992). Commercial Cultivation and Management Of Starfruit and Guava. Nati. Fruit. Symp. Sept 23-24. Genting Highlands.

23. ZAINUDIN, M. (1992). Effects of Ethephon on fruit and development of starfruit. IRPA Nati. Sem. Jan 6-11, 1992 Kuala Lumpur.

24. ZAINUDIN, M. (1992). Effects of GA3 on fruit setting and development of Seedless guava IRPA Natl. Sem. Jan 6-11, 1992 Kuala Lumpur.


25. ZAINUDIN, M. (1992). The response of plant growth regulator to seedless guava. Asia Pacific Plant Physiology Conference Jun 1992. Kuala Lumpur.

26. ZAINUDIN, M. (1992). Effects of GA3 on fruit growth and development of Starfruit. IRPA Natl. Sem. Kuala Lumpur.

27. ZAINUDIN, M. (1992). Effects of ethephon on fruit setting and development of seedless guava. IRPA Natl. Sem. Kuala Lumpur.

28. ZAINUDIN, M. (1992). Fruit drop processes and fruitset in seedless guava.Asia-Pacific Plant Physiology Conf. Kuala Lumpur.

29. ZAINUDIN, M. (1993). Fruit drop processes and fruitset in seedless guava. Comm. Prodn. of fruits and Prpdn. of fruits and vegetables COMHORT 23-26 Nov. 1993 U.P.M.

30. SYED KAMADUDIN S.W. and M. ZAINUDIN (1993). Histological Studies in cocoa and guava. Workshop on Techniques on Techniques and Instrumentation For Plant Physiology 1993 21-22 September `93 IPT.University Malaya.

31. ZAINUDIN, M. (1993). Perkembangan and pengalakkan pucuk muda dalam Jambu Batu. Teknologi Buah-buahan.

32. ZAINUDIN, M; H. TAJUDIN and M. ABD. RAHIM (1993). Mangosteen; The Sungkai Commercial planting of experience Seminar On The Fruit Industry In Malaysia 7-9 September 1993 The Puteri Pan Pacific Hotel, Johor Bahru.

33. ANAS, A.N. and M.ZAINUDIN (1993). Labour and machinery planning tool for orchards. Seminar on The Fruit Industry in Malaysia 7 – 9 September 1993. The Puteri Pan Pacific Hotel, Johor Bahru.

34. ZAINUDIN, M. (1994). Penggunaan Tagetes sp. Keatas pengawalan nematode Pada jambu batu, Berita Penyelidikan.

35. ZAINUDIN, M. (1995). Fruit drop proceses and fruitset in seedless guava. Commercial Horticulture: 67-73.

36. ZAINUDIN, M. (1996). The effects of hydrogen cyanamide (Dormex) on yield of seedless guava. Int’I Conf. Trop Fruit, July 23-26 K.Lumpur.

37. ZAINUDIN, M. and C.J.ATKINSON (1996). Growth response of apple seedling to different shapes and volumes of container. 2nd Asia Pacific Conf. on Plant Physiology. 20-22 Aug. 1996. Kuala Lumpur.

38. ZAINUDIN, M. (1998). Nutrient response of young starfruit seedlings to Limited container volumes and shapes. Soils Science Conf. M”sia Apr. 21-22, Kuala Lumpur.

39. ZAINUDIN, M., IZHAM, A. and SALMA, 1. (1998). Root growth pattern and xylem number distribution of starfruit grown in restricted condition. M’sia Soc. of Plant Physiology Conf. Bangi. Selangor.

40. ZAINUDIN, M. and IZHAM, A. (1999). Manirhizotron observations on root growth and development in starfruit (Averrhoa carambola). M’sian Soil Sci. Conf. Seremban.

41. ZAINUDIN, M. (1999). Heliconia-unik dan menarik. Agromedia Bil.2 m.s. 46-49.

42. ZAINUDIN, M. (2000). Membonsaikan tanaman buah-buahan Agromedia Bil.8. Tahun 2000.

43. AZMAN, S. and ZAINUDIN, M. (2000). Potential use of root restriction in Landscaping. National Horticulture Conf. Landscape Horticulture 26-28th Sept.2000, K. Lumpur.

44. ZAINUDIN, M. (2001). Root restriction for growth control and precocity In starfruit )Averrhoa carambola) Ph.D Thesis. University Putra Malaysia

45. ZAINUDIN, M. (2001). Growth, Precocity and Productivity of Starfruit (Averrhoa carambola) in response to root restrictive membranes Journ. Trop. Agric. Food. Sci 29 (1)7-15.

46. ZAINUDIN, M. (2001). Performance of Starfruit (Averrhoa carambola) in Response to Root Restriction. M’sian Science and Tech. Congress. Kota Kinabalu, Sabah.

47. ZAINUDIN, M. (2002). Pengawalan Pengakaran Pokok Landskap Dapat Mengurangkan Kerosakan Infrastruktur. Agromedia Bil 15. 2002 .

48. ZAINUDIN, M. (2002). Water uptake studies in container grown starfruits Plants. Workshop on Environmental Stress, IDEAL:UPM.

49. ZAINUDIN, M. and A. IZHAM (2002). The response of durian seedlings to two different in-ground geo-textile membrane volumes. Malaysian Society of Plant Physiology.

50. ZAINUDIN, M.; A.AHMAD; K.C. WONG and W.O. WAN OTHMAN (2003). Response of starfruit plants to varying volumes. J.Trp.Agric. and Fd.Sc.31(2) (2003).

51. ZAINUDIN, M.; N.MOHAMED; S.T.CHONG and N.Yunus (2003) .Proceedings of Landscape Seminar. “Towards Development of as Sustainable Garden Nation: Integration of Our Strength. ISBN 967-936-436-4

52. ZAINUDIN, M. (2003). Heliconia and its allies for landscaping IN ZAINUDIN, M.; N.MOHAMED; S.T.CHONG and N.Yunus (editors). Proceedings of Landscape Seminar “Towards Development of as Sustainable Garden Nation: Integration of Our Strength. Pg 149-159.

53. NOROWI.M.H.; ZAINUDIN, M. (2003). Promoting anthropod diversity by Adopting ecological based landscape planning landscaping IN ZAINUDIN, M.; N.MOHAMED; S.T.CHONG and N.Yunus (editors) Proceedings of Landscape Seminar. “Towards Development of as Sustainable Garden Nation: Integration of Our Strength. Pg. 111-118.

54. ZAINUDIN, M. (2003). Effects of different in-ground membrane volumes in response to growth in wax apple (Syzygium samarangsis) National Hort. Conf.2003

55. ZAINUDIN, M. (2003). Pemilihan anak pokok buah buahan uang berkualiti ditapak semaian. Cara mengenalinya dengan mudah. Agromedia Bil.16 2003 Bil. 18.

56. ZAINUDIN, M., AHMAD, I.WONG,K.C. and WAN MOHAMAD, W.O. (2003).Responses of starfruit shoot and root in varying rooting volumes. J.Trp.Agric. and Fd.Sc. 31(2).147-155.

57. ZAINUDIN, M. (2004). Penanaman buah naga di Malaysia. Special Report To The Prime Minister and Agriculture Minister.

58. ZAINUDIN. M (2004). Root Restriction Techniques To Control Tree Size In Wax Apple Fruit Trees In Malaysia. 8th International Symposium on Integrating Canopy, Rootstock and Environmental Physiology in Orchard Systems, Budapest, Hungary. 13 - 18hb Jun 2004

59. ZAINUDIN, M. (2004).Potensi penggunaan bunga melor untuk produk aromaterapi. Special Notes to Ministry of Agriculture .

60. ZAINUDIN, M. (2004). Water uptake studies in container grown starfruit plants (Averrhoa carambola) in Environmental Stress Impact on Tropical Crops eds. Mohd Razi Ismail and W.J.Davies. Proceedings of Workshop.

61. Martini M.Y, R.A Halim, L.Y. Ling and M. Zainudin(2004) Dragon Fruit: Current Status and Potential in Agriculture Congress, 4-7th October 2004, Kuala Lumpur

62. ZAINUDIN, M. (2005). Penanaman buah naga di Malaysia: Potensi dan Cabaran. Buletin Teknologi Tanaman . Jilid.1

63. ZAINUDIN, M (2006). Buah naga : Tanaman Berpotensi Tinggi (2006).Agromedia Bil.19. (2006)

64.ZAINUDIN,M (2006). Tanaman heliconia dan sekutunya didalam perlandskapan(Heliconias and its allies for landscaping) . Buletin Teknologi Bil.4 (belum terbit).

65.ZAINUDIN.M.(2006).Effects of root rsetriction on growth,flowering and water uptake of starfruit. (Kesan pembatasan akar terhadapat tumbesaran, pembungaan dan pengambilan air belimbing besi).J.Trp.and Fd.Sc. (in press)

Tuesday, June 06, 2006

Siapa saya






















1.Bekerja dipejabat kerajaan.
2.Pengalaman bekerja 25 tahun.
3.Sudah berumah tangga.
4.Berasal dari Alor Gajah, Melaka.
5.Sekolah rendah saya ialah Alor English School -tarikh masuk sekolah 1965
6.Sekolah menengah saya Alor Gajah Secondary English School-tarikh masuk 1971 sehingga 1975.
7.Tempat pengajian saya: Universiti Pertanian Malaysia - Diploma Pertanian 1976 ; Bacelor Pertanian (Agronomi) 1981
8. Universiti luar negara: University of Florida (Gaineville,USA) - Master of Science (M.Sc) tamat dalam 1985
9. Lain lain universiti: Wye College, University of London (1995)
10.Pengajian tertinggi : Ph. D (Agronomy)- University Putra Malaysia (2000).
11.Pengkhususan saya: Kajian Akar Tanaman.
12.Penyelidikan saya dahulu: Bidang Buah buahan
13.Penyelidikan saya sekarang: Bidang Agronomi Landskap.
14.Falsafah hidup: Buat baik cegah mungkar
15.Cita cita hidup: "Menjadi muslim sejati".
16.Nostalgia saya: Rahsia
17.Amalan hidup: Dalam susah ada senang; dalam senang ada susah
18.Cita cita keluarga : Anak pertama (sekarang 24 thn.)- Doktor kemudian menteri; anak kedua (sekarang 22 thn.) Jurutera kemudian Usahawan; anak ketiga (sekarang 21 thn.Pensyarah kemudian Profesor; Anak keempat (sekarang 15 thn.) Usahawan kemudian Jutawan; Anak kelima (sekarang 7 thn) Doktor kemudian Profesor
19.Kereta saya : Tidak kecil tidak besar
20.Keinginan saya: Menulis sekurang kurang lima buku.
21.Tahun saya ke tanah suci:1992
22.Tahun kedua ke tanah suci :2008
23.Perkara yang tidak suka:Buang masa dan cerita kosong
24.Perkara yang saya suka: Bagaimana hendak baiki hidup didunia dan akhirat
25.Tempat yang saya paling suka:Tempat yang nyaman
26.Warna yang paling suka: biru;kuning;oren;merah jambu;magenta
27.Role model saya:Orang orang berilmu lagi wara'
28. Tempat yang pernah dilawati: USA, UK, Belgium, Turkey; Hungary; China; Jepun;Thailand; Arab Saudi
29. Tempat tempat yang ingin dilawati: Australia; New Zealand; Afrika Utara; Switzerland; Asia Tengah;Canada, Latin Amerika
30.Cerita yang saya ingat: Cerita cerita P. Ramlee
31.Masa yang saya gementar sekali:Selepas viva master di US
32.Masa yang seronok sekali: Mendapat segulung ijazah Ph D di konvokesyen 2000.
34.Masa yang paling boring: Gaji lambat
35. Tempat yang terakhir saya lawati : Sabah, Malaysia