Monday, October 02, 2006

Islam di Malaysia masa kini

Assalamualaikum wrt;

Saudara Muslimin dan Muslimat;

Masa begitu cepat meninggalkan kita. Walaubagaimanapun cabaran demi cabaran telah mencabar umat Islam masakini. Sejak awal tahun bermula umat Islam telah di perlihatkan berbagai bagai isu samada ditanah air kita atau oleh kuasa kuasa besar.

Bermulanya perayaan beberapa tahun kebelakangan ini dengan ’kongsi raya’, depa raya’ dan bermacam macam konotasi umat Islam dinegara kita telah terkeliru dengan keadaan ’raya ’ seperti ini. Walauapun kita menganggapnya tidak mempunyai apa apa kaitan dengan ugama kita tetapi implikasi nya jauh lebih besar bagi generasi kita yang akan datang.

Apa yang kita hendak bangkitkan disini serangan ialah Islam Pluralisme atau Liberalisme yang telah menularka masuk kedalam tanah air kita secara kebetulan atau senyap senyap. Konsep ini amat merbahaya kerana ia menganggap agama agama adalah sama dan setaraf dengan ugama Islam. Sedangkan didalam Al Quran Surah AlMaidah Ayat 3 ”Pada hari ini , telah Ku sempurnakan untuk mu dan telah Kucukupkan kepada kamu ni’matKu dan Kuredhai Islam itu menjadi itu menjadi agama kamu ’.
Menurut alim ulamak dinegara kita, pemahaman pluraralisme seperti berlaku di Indonesia telah menyebabkan munculnya pendapat pendapat yang kontroversi mengenai Islam.Namun begitu juga kita telah mendengar banyak isu berkaitan dengan yang bertentangan dan mencabar kedaulatan ugama kita. Menurut Mufti Perak isu isu mencabar tersebut termasuk gagasan agar Quran dinilai semula dan diolah semula; merayakan perayaan perayaan ugama lain demi perpaduan, mengkritik pengkuatkuasaan undang undang moraldikalangan masyarakat pembelaan terhadap penganut penganut ajaran sesat, kebebasan memilih ugama dan penubuhan Inter Faith Commision (IFC).

Nun jauh di Timur Tengah kita saban hari melihat kebiadapan kaum Yahudi Laknatullah itu menzalimi dan membunuh orang orang Arab Palestin.Tidak cukup itu di Iraq pula umat Islam berperang sesama sendiri angkara pencerobohan Amerika.

Baru baru ini pula ketua ugama Nasrani Laknatullah Pope Benedict menuduh Nabi s.a.w. membawa ajaran Islam dengan kekerasan dan paksaan bukan nya dengan cara berdakwah.

Benar sekali seperti yang dinyatakan di dalam Al Quran bahawa ”orang orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti ugama mereka ” (Al Baqarah:120).

Muslimin Muslimat;

Fenomena fenomena yang kita lihat hari memerlukan umat Islam bersatu padu dan merapatkan saf atau jurang diantara kita. Kita janganlah berpecah belah dan mencari kesalahan orang lain. Kita mestilah memperbaiki diri, keluarga dan masyarakat kita dengan memegang teguh dengan prinsip prinsip Islam yang kita amalkan disamping semangat juang yang tinggi demi keutuhan ugama, bangsa dan negara kita. Kita mesti mengasuh anak anak kita supaya menjadi orang orang berilmu pembela bangsa dan ugama bukan nya anak anak yang suka berpoya poya, kaki dadah, rokok dan berbagai bagai masalah sosial. Dengan melihat isu isu hari ini kita sebagai umat Islam mesti insaf ; sensitif dan jangan alpa kerana musuh sentiasa ingin menjahanamkan kita samada dari luar atau dalam.

Fikirkanlah.

No comments: