Monday, October 02, 2006

Kuliah Ramadhan

Didalam Bulan Ramadhan ada lima perkara yang sangat istimewa;

1. Segala kebaikan terkumpul didalam bulan ini.

2. Segala ketaatan hanya kepada Allah.

3. Segala dosa dihapuskan olleh Allah

4. Segala dosa diampunkan Allah

5. Syurga rindu kepada orang rang beribadat.

Hendak lah kita

1. Senantiasa mengikuti majlis ilmu.

2. Kekalkan sembahyang berjemaah

3. Taat kepada ibu bapa.

4. Menziarahi rakan ibu bapa (sekiranya ibubapa sudah meninggal- bertanya khabar)

5. Menolong orang lain

Ganjaran Allah hanya pada diakhirat kerana;

1. Dunia ini bukan untuk balasan yang hakiki.
2. Dunia terlalu sempit untuk ganjaran Allah
3 Allah hendak memberi ’suprise’ diakhirat nanti sesiapa yang membuat kebaikan selama lamanya.

Tujuh perkara yang hendaklah dilakukan.amalan setiap hari.

1. Mengerjakan solat wajib dan sunat. Solat sunat 9 jenis termasuk Sunat dhuha;rawatib;tahajud, taubat,hajat,tarawih;tasbih setiap hari.
2. Membaca AlQuran sekurang kurangnya 100 ayat– termasuk membaca maknanya sekali
3. Berzikir dan beselawat keatas Nabi
4.Senantiasa bersedaqah walaupun sedikit. Latih anak anak bersedeqah
5. Ikuti majlis ilmu
6.Mengadakan ’post-mortem;’ diri sendiri setiap hari .Check lisan, mata, telinga, perut dan lain lain tentang apa yang telah kita lakukan.
7.Doa – meminta ampun kepada Allah. Ampun dosa dosa kita, diterima segala amalan kita pada hari tersebut. (Elok dilakukan selepas sembahayang sunat hajat).

No comments: