Ceramah Ustaz Don Danial Don Biyazid Sempena Maulidur Rasul di MARDI Ibu
Pejabat pada 5hb Februari 2013 bersamaan 24 R’Awal 1434H
Ceramah di anjurkan bersama Pusat Sumber Manusia MARDI (SM) dan Persatuan Kebajikan Kakitangan Islam MARD
(PKKIM) di auditorium MARDI Ibu Pejabat.
Intisari ceramah:
1. Setiap utusan
Allah iaitu para Rasul dan Nabi pasti diuji oleh Allah. Di dalam AlQuran
diceritakan bahawa Nabi Yunus tidak disukai oleh kaumnya begitu hebat sekali
sehingga nabi tersebut terpaksa pergi merantau jauh meninggal kaumnya. Beliau menaiki kapal
sehingga beliau dibuang kelaut dan dimakan oleh ikan nun (Surah As Shafaat : 144 ).) setelah diundi beberapa kali. Didalam
perut ikan (Surah As Shaffat: 145) Nabi Yunus berdoa sehingga beliau di muntahkan
kedarat. Doa tersebut berbunyi :
Ertinya :"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah
melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari
orang yang membuat zalim."SURAH AL-ANBIYA (21):87.
Begitu juga nabi Nuh Alaihi Salam telah menyampaikan risalah Allah selama 1000
tahun tetapi kaumnya ingkar dimana hanya 90 orang yang menjadi pengikut beliau.
Nabi Nuh terpaksa membuat kapal besar atau bahtera tetapi telah diejek-ejek oleh kaumnya. Setelah banjir
berlaku kapal nabi Nuh belajar dan beliau membaca
Maksudnya ‘Dengan
nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya'. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani."(Surah Hud 11:
41)
Demikianlah
cobaan dan keingkaran nabi-nabi ini telah dikisahkan diadalam Al-Quran.
Keingkaran ini juga dilakukan sendiri oleh anak nabi Nuh sendiri.
Para hadirin dan hadirat mendengar ceramah di auditorium MARDI Ibu Pejabat.
|
2. Untuk mengamalkan sunnah Nabi, kita
sebagai seorang Muslimin atau Muslimat mestilah tahu siapa nabi Muhammad
sebenar. Erti sebenar mengenal nabi itu ialah dari segi peribadi, risalah yang
di bawa atau diutuskan, akhlak, tutur kata dan sebagai. Contohnya Nabi sebagai
pemimpin, ketua keluarga, ketua perang, mengetahui sahabat-sahabat nya serta
mukjizat-mukjizatnya dan sifat-sifat yang ada pada Nabi (Siddiq, Tabligh,
Amanah, Fatanah). Sesiapa yang tidak mahu mengenal nabi bererti hatinya
menjadi keras.
3. Untuk
mengekalkan mahabbah didalam keluarga atau organisasi sentiasa seorang Muslim
atau Muslimat itu member ucapan ‘SALAM”. Ucapan ini hendaklah sentiasa diungkap
kerana dapat mengelakkan syak wasangka diantara sesame kita. Kita hendaklah sentiasa sebarkan SALAM.
Diantara salah satu tanda diakhir zaman ini ialah orang mukmin hanya
mengucapkan salam kepada orang yang kita kenal sahaja.
4. Diantara mukjizat-mukjizat pada Nabi
s.a.w. iaitu pokok berjalan kearah Nabi
Daripada Jabir bin abdillah r.a.
menceritakan bahawa kami pernah melalui sebuah lembah yang luas dalam
perjalanan kami.baginda ingin membuang air tetapi tidak ada dinding yang akan
melindungi nabi s.a.w.baginda pergi kepada dua batang pokok di kawasan itu dan
memegang salah satu daripada daunnya sambil berkata:"hai pokok,ikutlah aku
dengan izin allah!pokok itu lantas mengikuti nabi s.a.w. seperti unta yang
dicucuk hidungnya sehingga dapat disuruh dengan mudahnya.setelah itu nabi
s.a.w. pergi kepada pokok yang kedua lalu melakukan perkara yang sama.baginda
berkata kepada kedua-dua pokok itu."sekarang kalian berdua bersatulah
untuk melindungiku dengan izin Allah."maka kedua-dua pokok itu bersatu
untuk melindungi nabi s.a.w. yang sedang membuang air.saya yang merasa terkejut
dengan pengalaman itu bergerak menjauhi tempat itu .pada waktu saya hampir
duduk ,saya melihat rasulullah sudah berada di hadapan saya dan kedua-dua pokok
itu sudah berada tempat asalnya."(Riwayat Muslim)
5.
Janganlah kita menjadi seperti orang-orang terdahulu kerana telah diberikan
kita tetapi mendustainya.
Surah Al Mujadallah 22: “ Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum
yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan
orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang
yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau
saudara-saudara mereka ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah
telah menetapkan iman dalam hati mereka dan telah menguatkan mereka dengan
semangat pertolongan daripadaNya dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga
yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya.
Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat
pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah!
Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang
Berjaya”.
6. Akhir
sekali penceramah memberi kata-kata dari AlQuran
Surah An Nisaa: 64. “Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul
pun melainkan supaya dia ditaati dengan izin Allah dan kalaulah mereka ketika
menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon
ampun kepada Allah dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah
mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani”
Semoga kita mendapat pelajaran dari
apa yang disampaikan. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment