Allah mewajibkan kepada mu berbuat taat, padahal yang sebenarnya hanya mewajibkan kepadamu masuk syurgaNya (tiada mewajibkan apa-apa kepadamu hanya semata mata supaya kamu masuk ke dalam syurga).
Sebenarnya segala kewajipan kewajipan yang diwajibkan oleh Allah kepada semua hamba itu semata mata untuk kepentingan dan kemasalahatan hamba hamba itu sendiri, sedang Allah sedikitpun tidak apa kepentingan atau kemudaratan.
Abul Hassan Asshadily berkata " Hendaknya engkau mempunyai satu wirid, yang tidak engkau lupa selama lamanya, iaitu mengalahkan hawa nafsu dan cintakan Allah".
Petikan :Al Hikam m.s.231
No comments:
Post a Comment