TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN BULANAN OLEH PENGURUS STESEN IBU PEJABAT MARDI.
(20hb Januari 2010)
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
Yang di Muliakan Timbalan Pengurus Stesen
Yang di Muliakan Penolong Pegawai Penyelidik
Yang di Muliakan Ketua Pengawal Keselamatan
Yang di Muliakan Barisan Penyelia-Penyelia
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,
PENDAHULUAN
1. Terlebih dahulu sama-samalah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah
S.W.T. kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita semua sekali
lagi berkumpul di dewan ini untuk bersama-sama menjayakan Perhimpunan Stesen MARDI Ibu Pejabat buat kali pertama bagi tahun 2010 (Kali pertama perhumpunan disini ialah pada 20 hb Julai 2009).
2. Tidak terlambat juga saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 dan Selamat Menyambut Tahun Hijrah 1431H kepada tuan-tuan dan puan-puan. Dan juga selamat datang kepada kakitangan baru kestesen ini.
3. Saya ingin mengambil peluang ini untuk berkongsi maklumat serta menyampaikan arahan-arahan terkini dari pihak atasan serta membincangkan beberapa isu yang berkaitan rapat yang perlu kita di laksanakan dan dijayakan.
4.Ketua Pengarah dalam amanat nya telah mengucapkan setinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua kakitangan serta stesen kerana telah menjulang nama MARDI ketahap kecermelangan.Tidak kurang penting bagi saya tuan-tuan dan puan –puan adalah aset yang paling tinggi untuk stesen ini.
5. Untuk makluman tuan /puan MARDI telah genap 40 tahun. Penubuhan MARDI ialah pada 28 hb Oktober 1969. Maka, satu sambutan akan di adakan sempena penubuhan tersebut. Kalau di imbau, penubuhan MARDI telah dirasmikan oleh Allahyarham Tun Abd Razak, Perdana Menteri ketika itu. Pihak MARDI kali ini berhasrat untuk menjemput Datuk Seri Najib Perdana Menteri (PM) untuk mersamikan sambut tersebut. Tarikh yang dicadangkan itu ialah akhir Januari atau awal Februari memandang kelapangan masa yang ada pada PM. Ini juga akan diselaraskan dengan pameran Mardi Science and Technical Exhibition (MSTE). Pastinya ini memerlukan komitmen dari kita semua iaitu dari segi keceriaan dan keselamatan.
6. Selain itu, pihak Kementerian Pertanian juga akan mengadakan acara MAHA 2010 pada 30hb Novemeber – 17 Disember 2010 di MAEPS.
LANGKAH LANGKAH JIMAT CERMAT
6.Bajet 2010 telah di terima baru-baru ini terutamanya bajet mengurus. Adalah di maklumkan bajet kali ini telah berkurangan sebanyak 40 hingga 50% . Maka langkah-langkah jimat telah di jalankan. Pihak stesen sedang dan akan mengambil langkah berbelanja secara berhemah supaya bajet yang ada digunakan sebijak mungkin. Ini terutama nya dalam kerja lebih masa, perjalanan dan pengangkutan (T &T) penggunaan bahan api, utiliti dan lain.Walaubagaimanapun perbelanjaan terhadap baja,racun kimia dan bahan alat gantian yang mustahak tidak dapat tidak hendaklah di buat. Selain itu, pihak stesen telah juga menghadkan perbatuan setiap kakitangan supaya tidak melebehi bajet yang disediakan.
7.Oleh kerana stesen Serdang membekalkan perkhidmatan seperti kenderaan dan pemandu kepada Pusat-Pusat lain, pihak stesen akan berbincang dengan PTJ-PTJ tersebut untuk mengatasi permasaalahan kekurangan bajet pada tahun ini. Ini bagi menjaga kebajikan pemandu-pemandu supaya mendapat T&T dan overtime mereka dapat disegerakan. Ini juga termasuk bahan api yang dibekalkan ke PTJ –PTJ tersebut.
CUTI SECARA ONLINE
8.Baru baru ini pihak Sumber Manusia ada mengeluarkan arahan supaya cuti dibuat secara online.Pihak stesen akan memastikan dahulu kakitangan akan dapat latihan yang secukupnya supaya arahan tersebut dapat dijalankan sepenuhnya. Untuk makluman pihak stesen telah menyiapkan dua unit komputer untuk tujuan. Latihan akan diberikan secara berperingkat. Adalah diharapkan cuti tuan /puan semua akan dapat dijalankan secara online sepenuhnya suatu hari nanti, tetapi buat masa ini masih menggunakan cara biasa iaitu perlu diisikan borang.
Saraan Kerja Tahunan (SKT)
9. Untuk makluman tuan/puan semua pihak pengurusan stesen telah mengadakan mesyuarat baru-baru ini untuk memberi Anugerah Perkhimatan Cemerlang (APC) dan anjakan gaji kepada kakitangan yang layak seperti lulus PTK aras 3 atau 4. Pihak kami akan merekomenkan sesiapa sahaja yang layak dan pada tahun ini kemungkinan mereka yang telah dapat APC boleh dapat sekali lagi sekiranya kerja kerja nya melebehi tahap maksimum.Walaubagaimanapun ia tertakluk kepada Jawatan Kuasa di peringkat MARDI untuk menentukannya.
Susun atur kerja
10. Ada beberapa perubahan telah dan akan berlaku dari segi pengagihan kerja pada tahun ini. Ini kerana seorang ARO kita ia itu En Rohaizad Ramly telah melanjutkan pelajaran dan keduanya penyerahan ladang herba seluas 28 ekar kepada MAEPS.Selain itu ada kakitangan baru yang telah berkhidmat di stesen in ia itu Pn. Noormah Ahmad dari MARDI Kluang.Semuanya perubahan ini akan diatur didalam SKT 2010 tidak lama lagi.
Selain itu, mereka mereka yang telah mendapat KUP akan diluaskan skop dan tanggung kerja mereka selaras dengan gaji mereka.
.
ISU ISU SEMASA
11. Disiplin kakitangan
Beberapa masalah disiplin telah dikenalpasti dikalangan kakitangan stesen Serdang.
a.Masalah tidak dapat menguruskan cuti dengan baik.
Ada dikalangan kakitangan mengambil cuti tanpa memberi tahu MARDI terlebih dahulu.Perkara ini berlaku segelintir kakitangan, walaubagaimanapun tindakan akan tetap diambil diatas sebab kecuaian ini.
b.Masalah Keberhutangan yang tinggi.
Adalah didapati terutamanya kes beban hutang yang tinggi (20%) di kalangan kakitangan stesen ini. Pihak stesen telah mengeluarkan pekekeling supaya kakitangan yang mempunyai tanggung hutang yang berat iaitu melebehi 60% gaji mereka tidak lagi diperakukan untuk pinjaman. Ini adalah bagi mengelakkan kakitangan terjumus masalah disiplin.
c.Masalah dadah
Kes ini pihak stesen memandang sangat serius.Ada kalangan kakitangan terjebak dengan najis dadah dimana baru baru ini pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) telah membuat pemeriksaan terhadap kakitangan disini dengan kerjasama pihak Sumber Manusia. Adalah dimaklumkan semua kakitangan kerajaan adalah diwajibkan menjalani ujian air kencing untuk memastikan mereka bebas dari dadah. Pihak stesen akan memantau masalah ini supaya tidak menjadi parah. Sekiranya ada kakitangan inginkan pemulihan pihalk stesen sedia membantu dan harap tampil kedepan atau berjumpa dengan saya secara peribadi.
d.Masalah tuntutan perbelanjaan perubatan yang tinggi
Pihak stesen telah menerima tuntutan sangat tinggi dan mendadak terhadap tuntutan perbelanjaan perubatan pada awal tahun iaitu bulan Januari dari kakitangan stesen dari sesuatu farmasi. Kami mendapati sesetengah tuntutan itu dibuat secara tidak munasabah dimana membuat tuntutan sebanyak RM300.00 sekali tuntutan melalui resit-resit yang telah di buat pecahan RM50 setiap satu. Pihak stesen sedar bahawa tuntutan perubatan adalah hak tuan/puan walaubagaimana pihak stesen akan menghadkan bayaran mengikut purata bulanan. Walaubagaimanapun kes ini akan dilihat satu per satu tuntutan perbelanjaan perubatan tersebut
12. Latihan Dalaman
Pihak stesen dari masa kemasa ingin meningkatan prestasi atau output kakitangan. Latihan dalam akan diadakan didalam bidang tertentu supaya dapat meningkatkan kecekapan dan keyakinan diri untuk bekerja. Contohnya pihak Pengawal Keselamatan telah diberi tunjuk ajar bagaimana menjalankan kawalan trafik seperti mana tuan/puan dapat lihat hari ini. Selain itu ada beberapa kursus dalam akan dicadangkan seperti pemanduan berhemah akan dapat dijalankan.
Selain itu pihak stesen dengan kerjasama pihak Sumber Manusia akan mengatur kursus kursus untuk kakitangan dimana difikirkan perlu.
13.Jawatan Kuasa Keselamatan Pekerja.
Baru baru ini pihak stesen telah menubuhkan satu jawatan kuasa yang diberi nama Jawatan Kuasa Keselamatan Pekerja. Jawankuasa ini terdiri dari penyelia-penyelia tuan/puan dimana akan melihat serta memperincikan aspek-aspek dan langkah-langkah keselamatan yang akan diambil supaya dapat mengurang risiko terhadap sesuatu pekerjaan yang dijalankan. Ia juga akan menyediakan Standard Operational Procedures (SOP) untuk setiap pekerjaan yang dibuat.
14.Pencapaian Tahap Kecekapan (PTK)
Pekeliling untuk mengambil PTK sudah pun keluar dan tarikh-tarikh tertentu telah dijadualkan oleh pihak MARDI. Tuan/puan boleh merancang dari sekarang untuk mengambil PTK tersebut. Cuma ada beberapa syarat yang telah kenakan iaitu;
a.Seseorang yang telah memohon untuk menduduki PTK pada tahun itu tetapi tidak hadir tanpa sebab munasabab akan dikenalkan panelti dan tidak boleh mengambil PTK pada tahun yang berikutnya.
b.Seseorang yang telah mengambil PTK dan mendapat Aras 3 dalam mana mana bahagian hanya dibenarkan sekali sahaja untuk menduduki PTK pada tahun berikutnya.
c. Seseorang yang telah mengambil PTK dan mendapat Aras 1 atau 2 boleh mengambil didalam peperiksaan PTK pada tahu berikutnya.
16.Nilai Tambah Diri
Sempena tahun baru 2010 dan Tahun Hijrah ini saya berharap kakitangan semua dapat menambah nilai diri masing-masing.Contohnya dari sifat tak aktif kepada proaktif, dari malas ke rajin, dari sifat ponteng kerja atau culas tulang ke rajin bekerja, dari sifat berang ke sabar ; dari memandu cuai kepada pemandu cermat ; dari sifat negatif ke positif dan lain lain. Ini bukan untuk saya, tetapi untuk tuan/puan sendiri. Jadilah tempat kerjaia itu tempat kita mencari rezeki suatu tempat yang baik dan kondusif untuk bekerja.
Saya juga inginkan setiap kakitangan memupuk kerjasama diantara satu sama lain dan kerja berpasukan. Tanamkan semangat semuga satu hari nanti aku akan dapat Pingat Cemerlang.
17. Untuk Kakitangan Islam
Saya sebagai ketua disini ingin menyeru dan mengingatkan diri saya dan kepada semua kakitangan Islam agar menjalankan tanggung jawab dan amanah yang telah diberikan samada sebagai seorang Islam ataupun penjawat awam.
PENUTUP
Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala usaha yang telah dilakukan oleh semua pihak demi menjulang nama baik kita.
Saya berharap tahun ini akan membawa lebih banyak kejayaan kepada kita semua. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut tahun Baru Cina yang akan datang kepada kakitangan Cina stesen ini.yang akan jatuh pada 14 dan 15 Februai dan juga Selamat Menyambut Maulidir Rasul pada 26hb Februari yang akan datang.
Sekian.
Wabillahitaufiq, walhidayah wassalammualaiukum warahmatullah iwabarakatuh.
No comments:
Post a Comment