Friday, July 05, 2013

Pergi Umrah Lagi

Saya berhasrat untuk melakukan umrah melalui Baitul Muqaddis, Palestin pada bulan Mac 2013. Saya ingin melihat dan bersembahyang di Masjidil Aqsa, tetapi oleh kerana beberapa sebab, saya tidak jadi pergi kesana. Namun saya tekad membuat umrah seperti biasa  pada akhir bulan Mei 2013-cuti sekolah.Kali ini umrah saya dapat rasakan 'penuh' kerana dapat mengerjakan sembahyang berjemaah di Masjid Nabawi di Madinah Al Munawarah dan Masjid Haram di Makkah Al Mukarramah, cuma saya tertinggal satu sembahyang jemaah di Makkah, semasa saya datang dari Madinah.
Pemandangan lapangan terbang Jeddah, Saudi Arabia. Pemandangan dari dalam pesawat.

Bergambar bersama bapa mertua,ibu mertua dan isteri didepan jabal Uhud, Madinah

Pemandangan  di depan kilang percetakan AlQuran


Pemandangan didepan Masjid Ja'ranah

Didalam Masjidil Haram

Di depan Baitullah, Kaabah

Hendak minum air zamzam

Bersama pekerja air zamzam

Turun dari escalator Masjidil Haram

Bersama isteri dan ibu mertua depan Masijidil Haram

Depan pintu King Abdul Aziz, pintu No.1

Suasana selepas sembahayang


Lampu 'chandelier' didalam Masijidil Haram, bergarispusat 10 meter
Di depan Masijid Rahmah, Masjid  Terapung Atas Laut, Jeddah


Di Madinah hotel kami tidak jauh dari Masjid Nabi, lebih kurang 10 minit sahaja. Jadi tak menjadi masalah untuk berulang alik.Cuaca sangat panas lebih kurang 38-40 Centigrade, tetapi masih OK. Hari pertama kami dibawa ke masjid Quba, melawat ladang kurma, melawat masjid Tujuh, Qiblatain dan sebagainya. Diriwayatkan sesiapa yang pergi ke masijid Quba dan bersembahyang di sana mendapat satu umrah. Pada masa lapang saya pergi sendiri saya naik teksi atau van. Harga tambang 10-15 riyal pergi balik. Pengunjung-pengunjung sangat ramai , boleh dikatakan semacam musim haji. Masing-masing kumpulan membawa bendera, takut-takut ada jemaahnya yang hilang. Berbagai peringkat umur ada- yang muda, tua, kecil, ada juga membawa kereta roda. Sungguh meriah. Sekarang ini kenderaan seperti basa tidak boleh parkir di tepi masjid, semua kenderaan parkir jauh -jauh sebab jemaah terlalu ramai. Kita mesti berhati hati dan camkan betul-betul dimana bas kita perking , kalu tidak susah nak jumpa.  Kali ini tak pergi Bukit Magnet, katanya dah tutup, banyak 'accident'.  Di Madinah tidak banyak membeli belah, cuma membeli kurma. Kami membeli kurma yang berjenis sedap yang disimpan didalam 'fridge' rasa nya lemak lemak manis, tak jemu makannya.Di Madinah, boleh dikatakan pembangunan nya sudah siapa termasuk hotel, kedai-kedai, jalanraya dan pembangunan masijid, cuma ada sedikit pembangunan untuk hotel tetapi tidak menghalang lalu lintas.
Saya sembahyang di Masjid Nabi bersama mertua saya manakala isteri dengan ibunya. Selesai sembahyang kami pulang ke hotel, berehat dan shopping. Tinggal di Madinah tidak lama, cuma 3-4 hari sahaja kemudian kami bertolak ke Makkah, miqat di Bir Ali untuk membuat umrah.

Sampai di Makkah bas kami tidak dibenarkan pergi ke hotel kerana jalan terlalu sesak pada malam itu.Pihak polis memang sudah bersedia di persimpangan dengan radio car , menahan kenderaan yang masuk. Kami didalam bas berasa susah hati  kerana tidak boleh sampai ke hotel, bagaimana?  Travel agent kami cuba hubungi rakan di Makkah, dan kami cuba ikut jalan alternatif, nasib sampai ke hotel dengan selamat. Setelah makan malam dan membawa masuk barang barang ke bilik, kami terus membuat tawaf dan saei, kemudian tahalul. Manusia  pada malam itu sangat luar biasa ramainya, entah dari mana datangnya, Makkah seumpama siang, tiada malamnya, senantiasa ada orang yang mengerjakan tawaf, saei dan sembahyang-tidak henti-henti.Itu lah kebesaran Allah. kalau tidak mahu beribadat, orang lain akan melakukan nya.pkoknya siapa buat dia dapat.
Kali ini mengerjaka umrah bukan seperti dahulu, tempat nya semakin sempit dan orang terlalu ramai, kerana pada masa ini pembangunan Masjid Haram sedang berlaku, 24 jam tanpa henti. Semasa membuat umrah yang kedua, ibadah saei terpaksa naik kereta roda- upahnya nya 50 riyal, kerana tapak kaki saya sudah tidak mampu untuk menapak. Ibu dan bapa mertua saya juga terpaksa di tolak membuat umrah, dari dan balik ke hotel sehingga selesai, upahnya 250 riyal.Selesai umrah dan sembahyang, seperti biasa kami pergi shopping di Makkah Tower atau Ben Dawwod (supermarket).
Ada perkara-perkara yang tidak boleh lupa semasa mengerjakan umrah kali, dimana ada jemaah yang 'kehilangan' pasport selepas check-out keluar dari lapangan terbang Jeddah. Jenoh kami menunggu dalam bas, hapir 2-3 jam, tapi pasport masih tak dapat di cari. Akhirnya....tiga hari baru dapat jumpa terselit didalam beg sampah yang disimpai dalam begnya.


Saya sempat membeli buku 'The Sealed Nectar' sebagai kenanangan abadi  pergi umrah kali ini.





Kita jangan sayangkan duit, kerana rezeki itu dari Allah.Allah lah yang memberi segala-galanya,Kita hendaklah bersyukur dengan nikmat yang Tuhan berikan.Jangan berasa kedekut kerana dengan menjalan ibadah umrah dapat menghapuskan dosa-dosa kita yang lalu. Dengan mengerjakan ibadah umrah kita dapat memfokuskan amalan dengan sepenuh, berbedza cara amalan di tanah air. Apa yang saya kagum ialah mereka berlumba-lumba mengerjakan ibadat, alunan suara imam dalam bacaan secara 'live', panggilan azan yang berkumandang masih segar dalam ingatan.

Amin