Wednesday, April 03, 2013

Wisata Ke Bandung

Pada musim cuti sekolah  yang lalu kami pergi melancong ke Bandung.Kami bertolak pada hari Jumaat (21/3) balik (23/3) dengan kapal terbang Air Asia dan turun di Bandara Hussain SastraNegara, Bandung Internasional. Airport nya kecil bersebelahan dengan markas tentera udara Indonesia. kami sampai pukul 8.00 pagi, setelah checkout kami pergi ke pusat bandar untuk sarapan pagi di restoran. kami sempat sembahyang subuh di LCCT Sepang sebelum berangkat.Perjalanan kami di anggotai dengan enam keluarga saya termasuk cucu dan anak menantu.

Selepas sarapan pagi kami dibawa ke Kope tempat jual baju, telekung -sebuah tempat tersuruk dekat lapangan terbang. Ramai pengunjung ke sana, tetapi kami tak beli pun. Kami ke Pasar Baru, tempat membeli   belah yang paling masyur di Bandung. Disini shopping bermula.Sungguh seronok shopping disini kerana banyak barang dijual dengan harga yang sangat berpatutan. Ketika itu nilai tukaran wang 1 Juta Rupiah bersamaan RM311.   Pada hari tersebut saya tidak bersembahyang Jumaat kerana kami adalah dalam perjalanan. Kalau nak sembahyang juga kena sembahyang jamak zohor qasar dengan qasar asar. Waktu zohor disini ialah pukul 12.00 waktu Indonesia barat (WIB). Rupanya ada sebuah masjid terletak di tingkat 7 di bangunan Pasar Baru itu. Kami makan tengah di tingkat 5, makanan masakan sunda.Rasanya sungguh enak, nasi di taruh dalam bakul dan banyak ulam-ulaman serta ikan.

Selesai shopping di Pasar Baru lebih pukul 2, kami bertolak ke Puncak.Perjalanan mengambil masa 6 jam. Sepanjang perjalanan kami melihat banyak kedai kedai kecil di sepanjang jalan. Kenderaan nya kebanyakan motosikal tidak putus putus. jalan nya pula kecil dan kereta dipandu laju laju, manakala jalan nya dua hala sahaja-susah hendak memotong. Jalan ke Puncak mendaki bukit buku dan sesampai di sana hari sudah malam, hampir pukul 8 .00 mala.Cuaca nya sangat sejuk.Villa yang kami sewa itu berhampiran dengan SAFARI.Cuma yang tak seronok 'water heater' nya tidak berfungsi, jadi kena jerang air panas untuk mandi.





Flora dan fuana  terdapat di Puncak

Anak bongsu ,Maryam Af'wa di Puncak


SiKecil Sara semasa di Puncak



Rombongan kami didepan villa, Puncak




Pada kesokan paginya, kami di sediakan sarapan pagi-nasi kuning dan sambal serta air teh.Setelah check-out dari villa kami terus ke Safari. Tiket masuk ke Safari ialah 200,000 Rupiah lebih kurang RM66.00. Van kami mula bergerak masuk ke Safari untuk melihat binatang liar secara 'live' . Kami dapat melihat bermacam binatang liar disini dipanggil satwa seperti gajah,kuda, llama, pelanduk,rusa, harimau, badak .badak air,gajah, kuda belalang,singa, kijang,kancil, kerbau liar, lembu liar atau berbagai bagai lagi. Sejurus kami keluar dari tempat binatng liar, kami mengambil tempat untuk melihat acara -acara yang diadakan seperti pertunjukan gajah dengan pembalakan, pertunjukan ikan lum-lumba, pertunukan cowboy, pertunjukan pendulum-hayun dan lain.Disana ada disediakan tram dan cable-car dimana boleh melihat suasana  keseluruhan kawasan. Saya mengambil tram dengan harga 10,000 Rp (RM3.00) untuk pergi pusing-pusing. Akhirnya kami tengok 'live show' cowboy. Sungguh seronok kerana peserta nya terlatih, bukan itu sahaja binatang seperti kuda, lembu, itik .ayam,tikus, burung enggang, di latih. Letupan yang di letupkan nampak 'real' dan mengakumkan. Setakat ini orang Malaysia masih belum sampai ketahap ini lagi.Saya seronok kesini walaupun sudah dua kali datang.(Cerita live drama itu berkisar dari gangguan keatasseorang gadis red indian, kemudian terjadi perbalahan antara kaum cowboy dan red indian tersebut. Maka berlakulah drama tembak menembak, memanah, pengemboman, dan kejar mengejar.)

Selesai di Safari Puncak kami beredar ke Bandung semula. Kami ingin pergi Tangkuban Perahu dan Kampung Daun tetapi tidak kesampaian kerana jalan 'macet' dan hari hujan.Kami lantas tidur di hotel NOVOTEL. Dan keesokkan hari kami terus shopping semula di Pasar Baru, Secret, Grande, Bali Heaven
dan makan tengah hari di AMPERA di Jalan Sukarno-Hatta.

Pengalaman yang di pelajari :

1.Pembangunan rata-rata di Indonesia belum sampai ke peringkat yang boleh dibanggakan walaupun hasil negara begitu banyak seperti minyak,bahan mentah , minerals dan sebagainya.

2.Polar kemiskinan begitu ketara sekali, dijalanan ada saja orang menjual itu dan ini, bermain muzik, untuk mencari sesuap nasi.Begitu juga di lapangan terbang mahupun diluar kedai beli belah. Yang miskin bertambah miskin, dan yang kaya bertambah kaya.

3. Infrastruktur seperti jalan raya masih sempit, bangunan baru sangat sedikit kelihatan,kenderaan seperti motorsikal sungguh banyak sekali.

4. Di TV rancangan hiburan sangat banyak sekali, seperti pesta rock dan nyayian membuat anak muda tergila-gila dan lupa daratan.

5.Iklan di TV banyak sekali berkaitan dengan rokok. Kelihatan setiap corok orang merokok.

6.Sistem pengangkutan masih di tahap rendah, 'macet' (traffic jam) sangat berluasa. Motorsikal ditumpangi oleh 2-3 orang adalah perkara biasa.

7. Penjual jalanan memaksa kita membeli barangan nya.

Yang seronok;

1. Banyak makanan yang enak-enak  tetapi awas jangan salah makan nanti terkena ceret beret.
2. Barang- barang 'branded' dan 'factory outlet'  masih murah kerana tukaran wang kita.