Friday, June 15, 2012

Israk dan Mikraj

Mengenang kembali peristiwa Israk dan Mikraj adalah satu mukjizat kepada  RasulLulah. Peristiwa itu berlaku di waktu malam, kenapa tidak berlaku waktu siang?.Apakah perkara yang sangat pengajaran yang kita dapat dari peristiwa itu?Itu adalah antara inti pati khutbah Jumaat yang di sampaikan oleh Us Azhar Ali di masjid Kompleks Pertanian Serdang.


Allah menjadi peristiwa itu diwaktu MALAM bagi orang orang yang mahu percaya.Walaupun ALlah telah memberi mukjizat kepada nabi nabi terdahulu berlaku diwaktu siang namun orang kafir dan tidak beriman masih meragui nya.Bagi kita sebagai umat Islam memperyainya keran ia telah tertulis didalam Surah Al Isra.


Perkara yang sangat penting untuk umat Islam dari peristiwa Israk dan Mikraj itu ialah sembahyang lima waktu, wbp pada mulanya telah di fardhukan 50 rakaat. Nabi telah di perlihatkan bagaimana rupa nya surga dan neraka. Di surga Nabi dapat melihat tanaman yang berbuah sebiji kemudian dari sebiji itu menjadi tujuh dan dari tujuh itu menjadi seratus- itu lah umpama mereka yang berseqah dan perempuan yag di cangkuk payudara keatas- itu lah perempuan yang berzina dan tidak menutup aurat. Selain itu Nabi telah berjumpa dengan ruh ruh Nabi terdahulu seperti Nabi Adam, Musa, Ibrahim, dan lain-lain.


Itu lah sedikit sebanyak saya dapat catatkan.


Seadanya;


zainudinhaji@gmail.com


blog saya yang lain http://gurukucemerlang.blogspot.com/ dan http://reddragonfruits.blogspot.com/