Thursday, May 31, 2012

Dewasakah Kah Tauhid Kita?

Seseorang muslim itu belum tentu telah dewasa tauhidnya kepada ALlah swt walaupun umurnya sudah dewasa.Mentauhidkan ALlah perlu pengertian dan pemahaman ilmu tauhid yang mendalam.Ini kerana seseorang itu tidak mudah sampai kepada pengertian tauhid itu yang sebenar benar nya sekiranya beliau tidak belajar melalui guru atau mendengar kelas/ceramah ugama.
Mengikut Syaikh Ibnu Atho'illah dalam bukunya Al Hikam "Pendekatan pengabdian Pada Khaliq" bahawa

"Apabila engkau ketika diberi merasa gembira kerana pemberian, dan jika ditolak merasa sedih kerana penolakan, maka ketahuilah yang demikian itu sebagai tanda adanya sifat keanak-anakan pada mu, dan belum bersungguh dalam kehambaanmu kepada ALlah".

sambungnya..

"Apabila engkau ingin dibukakan oleh ALlah pintu harapan, maka perhatikanlah kebesaran nikmat-nikmat dan rahmat ALlah yang berlimpahlimpah kepada mu. Bila engkau ingin dibukakan bagimu pintu ketakutan, maka perhatkan amal perbuatanmu yerhadap ALlah".


Segala puji bagi ALlah dan kelemahandari diri saya sendiri.

Seadanya.

zainudinhaji@gmail.com