I am very fascinated by this Islamic Channel and I browse everyday.
http://wwitv.com/tv_channels/b6343.htm
sila lawat.
Thursday, November 08, 2012
Wednesday, October 17, 2012
SUDAH KAH BAHASA MELAYU DI MARTABATKAN?
Warga Malaysia perlu bersama pulih citra bahasa negara
Cuba renungkan kenapakah sesudah 55 tahun kemerdekaan Malaysia, kita masih membicarakan usaha memartabatkan bahasa kebangsaan? Apakah selama tempoh lebih lima dekad kemerdekaan bangsa dan negara kita, rakyatnya atau kita di pelbagai agensi, institusi organisasi, awam dan swasta, masih tidak faham atau tidak berasa peminggiran terhadap bahasa kebangsaan itu sama ertinya dengan ‘lupa diri’ atau sikap acuh tidak acuh terhadap jati diri negara mahupun bangsa sendiri?
Sifat kebangsaan
Mungkinkah kita sesama kita masih tidak menghayati bahawa bahasa kebangsaan itu adalah simbol kepada kehidupan kebangsaan dalam semua ranah kehidupan dan citra negara bangsa? Fahamkah kita sesebuah negara bangsa itu ditandai sifat kebangsaan dan ada pegangan yang kukuh terhadap tonggak-tonggak kenegaraan sebagaimana termaktub dalam keluhuran Perlembagaan.
Aspek bahasa menjadi semakin penting dalam gagasan 1Malaysia kerana ia berteraskan kepada prinsip Perlembagaan (dan Rukun Negara), selain prinsip penerimaan dan keadilan sosial. Bahasa adalah tonggak kenegaraan. Jadi kenapa pula rakyat sendiri memandang sepi, tanpa penuh komitmen memikul peranan dan tanggung jawab bersama?
Jika Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan sudah menetapkan satu bahasa negara dan itulah Dasar Bahasa Negara, susah sangatkah bagi kita memahami apa yang dimaktubkan? Fasal itu menyatakan: “Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen”. Perkara 152 (6) pula menegaskan: “Dalam Perkara ini, maksud rasmi ertinya apa-apa jua maksud Kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam”. Peruntukan itu mengabsahkan status bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Kedudukannya merentasi bahasa-bahasa kaum dan sukuan. Bahasa Melayu bukan bahasa orang Melayu atau pribumi saja lagi, tetapi bahasa kita, bahasa negara kita. Cintai bahasa kebangsaan menunjukkan cinta kita kepada negara.
Apa guna fungsi bahasa Melayu diperkukuh lagi dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, jika sampai sekarang pun kita tidak terpanggil untuk mendaulat dan memartabatkannya? Ketetapan undang-undang itu secara langsung meletakkan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia; bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi bagi melaksanakan maksud-maksud Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Rakyat Malaysia tidak dilarang menggunakan, belajar atau mengajar bahasa-bahasa lain. Jadi apa yang kita susah-susahkan dengan keperluan bangsa Malaysia itu menguasai bahasa asing termasuk bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa dunia yang lain? Belajarlah dan kuasailah. Perlembagaan telah memberikan panduan yang jelas. Tetapi barang diingat yang mana patut kita junjung dan yang mana patut dikelek, sebab kesatuan dan persatuan bangsa kita atau perpaduan negara hanya boleh dicapai melalui bahasa milik bersama.
Peranan, tanggungjawab semua
Berdasarkan tuntutan undang-undang tadi, setiap ‘batu jemala’ rakyat Malaysia wajib menjunjungnya, tidak patut berdolak-dalik lagi, meletakkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa keperluan negara dan bahasa kehidupan bangsa Malaysia. Pada hemat penulis, semua pihak sekarang perlu menilai semula peranan dan tanggungjawab masing-masing. Jika belum, maka haluankan semula bahtera persepsi anda dan buat satu anjakan paradigma, penuhi segera tuntutan bahawa bahasa Melayu itu menjadi bahasa rasmi; bahasa Melayu itu menjadi bahasa kebangsaan; bahasa kebangsaan itu menjadi bahasa pengantar pendidikan; menjadi bahasa ekonomi, perniagaan, perdagangan dan industri; menjadi bahasa ilmu tinggi, sains dan teknologi dan bahasa itu juga bahasa kesusasteraan, kesenian, kebudayaan, agama dan falsafah.
Malaysia mempunyai Dasar Bahasa Negara tersendiri, bukan pelbagai bahasa secara laissez faire. Ada dasar-dasar berbeza di negara masing-masing. Bandingkan status bahasa kita dengan dasar bahasa di India, Singapura, Jepun, China, Korea, Thailand, United Kingdom, Jerman, Perancis, Indonesia dan lain-lain. Bahasa kebangsaan kita memiliki kehebatan dan keunikan tersendiri dan kita patut berterima kasih kepada leluhur pejuang silam kerana menjadikan BM sebagai bahasa negara, tepat dipilih atas sifat lingua franca, tradisi ilmu dan fakta sejarah.
Kini Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) digerakkan lagi sebagai suatu kesinambungan program sejak awal kemerdekaan bermula pada era 1960-an. Tema BBK yang mula diperkenalkan pada 2010 mempromosikan ‘1Bahasa, 1Bangsa, 1Negara’ sangat kena pada tempatnya. Kita adalah satu bangsa, yakni bangsa Malaysia, kita hanya ada satu negara yakni satu Malaysia dan negara bangsa ini akan kehilangan keperibadian tanpa satu bahasa nusa bangsa.
Pemahaman terhadap fungsi bahasa Melayu seharusnya ada pada semua peringkat dan lapisan rakyat, kepemimpinan politik, agensi, institusi, organisasi dan sebagainya kerana ada kebersamaan peranan.
Apabila disebut ‘Bahasa Menunjukkan Bangsa’ atau ‘Bahasa Jiwa Bangsa’, natijah di sebaliknya ialah bagaimana citra Malaysia itu terserlah jati diri bangsanya berbahasa, bahasa bagi bangsa Malaysia.
Suasana sekarang menuntut semua pihak menghayati apakah pula makna ‘bangsa Malaysia’ dan ‘negara bangsa’? Bukankah fungsi komunikatif bahasa kebangsaan dan fungsi rasminya bermaksud “satu bahasa kebangsaan bagi seluruh negara bangsa Malaysia?”
Perbandingan dengan bahasa Kebangsaan Jepun
Setiap diri kita seharusnya berasa malu apabila membandingkan status bahasa kebangsaan kita dengan status bahasa kebangsaan di Jepun atau Korea. Apakah kita hanya boleh bermegah semata-mata kerana berasa bahawa pencapaian umum bahasa kebangsaan kita itu telah berkembang pesat dan meningkat kualitinya, misalnya dalam pentadbiran kerajaan, pendidikan, bidang perundangan dan kehakiman, walhal belum sepenuhnya dan tidak digunakan secara meluas dalam segala bidang kehidupan? Apakah kita boleh berbangga dengan mengatakan isu bahasa sudah selesai disebabkan jaminan kedudukannya di dalam Perlembagaan, sedangkan kemajuannya belum tercapai penuh?
Sikap memandang ringan, tidak mempedulikan, meminggir dan mengambil mudah tidak akan mendukung konsep ‘Kesatuan Dalam Kepelbagaian’ itu. Kita tahu dunia satu bahasa (monolingual) sudah tiada lagi. Maka selain daripada bahasa Inggeris, sebenarnya orang Malaysia juga perlu menguasai bahasa-bahasa yang lain mengikut keperluan, misalnya Arab, Sepanyol dan Perancis. Tetapi yang mana satu kita junjung? Bahasa dikaitkan dengan jati diri, maruah bangsa dan keagungan tamadun bangsa. Apakah sikap sebenar kita terhadap bahasa? Apakah ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ atau kitalah bangsa tanpa jiwa bahasa? Kita dibelit belenggu rendah diri, sesekali dihambat sikap pasif dan tabiat negatif.
Sikap pinggir bahasa negara
Penekanan berlebihan terhadap penggunaan bahasa Inggeris tanpa disedari kadang-kadang menjadikan kita sendiri yang meminggirkan bahasa negara, wujudnya situasi menang-kalah - menang bahasa Inggeris, kalah bahasa Melayu. Citra kenegaraan dan kebangsaan kita seolah-olah diambil alih bahasa Inggeris. Kita gagal menterjemahkan konteks keperluan penggunaan bahasa, di mana yang perlu dan yang mana satu. Mahukah wajah kita bertopengkan budaya asing? Usaha memperkuatkan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu/Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) Kementerian Pelajaran itu hendaklah disejajarkan di semua institusi pendidikan dan sektor berkaitan.
Perkasa bahasa sendiri
Kitalah rakyat dan bangsa Malaysia. Kitalah juga warganegara Malaysia itu. Pelbagai usaha mesti dilakukan bersama ke arah memulih citra bahasa negara kita sendiri akibat daripada hilang sikap megah bahasa, gemar memandang hak orang lebih sempurna. Kita kurang berusaha mengangkat kehebatan citra sendiri. Bisakah kita berganding bahu berbimbing tangan memartabatkan dan memperkasakan bahasa sendiri dengan pengukuhan BM itu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi?
Jika kita pula memiliki visi dan misi melangkah ke hadapan, ayuh gerakkan perancangan strategik, sinergi dan rangkaian kerja melakukan tindakan dan sokongan mengisi keperluan pengantarabangsaannya. Malaysia akan menjadi sebuah negara maju. Tetapi tidak terpanggilkah oleh kita bahawa apabila negara kita maju maka bahasa negara kita ikut maju, seiring sederap menjadi salah satu bahasa komunikasi antarabangsa bersifat supranasional.
Jati diri, keperibadian dan sahsiah bangsa terletak di atas satu bahasa negara yang berada di martabatnya, mantap dan perkasa. Matlamat tersebut hanya akan dapat dicapai melalui kesepakatan dan peranan bersama institusi, agensi, organisasi dan rakyat Malaysia seluruhnya.
Ditulis oleh bekas Ketua Pengarah DBP (1994-2004), bekas Ketua Pengarah Kebudayaan (1981-1989) dan AJK GAPENA (sejak 2004).

Thursday, August 30, 2012
Manusia Yang Tidak Percaya Kepada Tuhan
Jika tahun lepas Prof Stephen
Hawking pernah membuat kenyataan bahawaalam ini bukan dicipta oleh Tuhan. Kali ini dia buat hal lain
pula dengan mengatakan "Syurga itu ialah cerita dongeng".
Ahli kosmologi iaitu Professor Stephen Hawking percaya bahawa tiada
kehidupan selepas kematian, dan bahawa konsep syurga adalah "cerita
dongeng" bagi orang yang takut mati.
Dalam sebuah wawancara yang diterbitkan dalam Guardian, Hawking -
pengarang buku tahun 1988 yang laris (terjual sebanyak 9 juta salinan) 'A
Brief History of Time' - berkata bahawa ketika otak berhenti berfungsi, itu
saja lah (habis lah cerita).
"Saya menganggap otak sebagai komputer yang akan berhenti berfungsi
apabila komponennya gagal," katanya. "Tidak ada syurga atau akhirat untuk
komputer rosak, ianya hanyalah cerita dongeng bagi orang-orang yang takut
kegelapan."
Hawking, 69, yang telah bertahan selama hampir lima dekad dengan
penyakit motor neuron yang doktor percaya akan membunuhnya ketika dia masih di
awal 20-an, berkata beliau tidak takut mati. Dia juga mengatakan bahawa
memiliki kehidupan dengan prospek kematian dari penyakit yang tidak dapat
disembuhkan itu telah akhirnya menyebabkan dia menikmati kehidupan yang lebih
seronok.
"Saya tidak takut mati, tapi saya tidak terburu-buru untuk mati.
Saya punya begitu banyak yang ingin saya lakukan dulu," katanya.
Hawking menjadi sasaran kritikan dari kalangan agama ketika buku yang
dikeluarkannya pada tahun 2010, 'The Grand Design' berpendapat bahawa
tidak perlu bagi pencipta untuk menjelaskan kewujudan alam semesta.
Dalam wawancara Guardian - dilakukan sebelum kuliah minggu ini pada
pertemuan Google Zeitgeist di London, di mana dia akan menjawab soalan, "Mengapa kita di
sini" - Hawking menolak kehidupan selepas kematian dan menekankan perlunya
orang ramai untuk menyedari potensi penuh mereka di Bumi.
Ketika ditanya apa nilai untuk mengetahui mengapa kita di sini, Hawking
menjawab, "Alam semesta ditetapkan oleh Sains tetapi Sains mengatakan
kepada kita bahawa kita tidak boleh menyelesaikan persamaan, langsung dalam
abstrak. Kita harus menggunakan teori pilihan semulajadi Darwin yang berkesan
dimana masyarakat yang paling mungkin untuk bertahan hidup. Kami memberikan
mereka nilai yang lebih tinggi. "
Ketika ditanya apa yang dia temukan paling indah dalam Sains, Hawking
berkata, "Sains itu indah ketika membuat penjelasan sederhana tentang
fenomena atau sambungan antara pengamatan yang berbeza. Contohnya Helix
berganda dalam biologi, dan persamaan dasar fizik."
Hawking mengatakan bahawa kewujudan kita turun pada kesempatan murni,
dan tujuan seseorang itu haruslah untuk "mencari nilai terhebat dari
tindakan kita."
Note: I think this atheist is not thankful to Allah and did not learn from the past histories what happened if you go against Allah!.
Wednesday, August 15, 2012
Tradisi balik kampung mungkin berakhir?
Jika bernostalgia mengenai lagu raya dan balik kampung menjelang Syawal, anak mungkin mempunyai persepsi lain. Apalah yang ada pada dendangan Tan Sri P Ramlee, Puan Sri Saloma, Datuk Ahmad Jais dan Sanisah Huri?
Apalah yang ada pada Syawal di desa selain makan ketupat, rendang, tengok sawah, ziarah kubur, duit raya dan jumpa nenek!
Mereka akan ketawa mendengar lagu raya 60-an kerana iramanya dikatakan lawak dan mungkin aneh!
Mereka akan hairan memikirkan zaman orang tua yang sudah semakin sayup dan aneh kedengaran. Kanak-kanak sekarang sudah asing daripada persekitaran orang tua sendiri.
Mereka tidak tahu bagaimana memikat keciap di sawah atau membakar belalang dan ubi kayu ketika bendang semakin kontang. Ada yang terperanjat melihat etok direbus dan dikunyah pada petang Syawal.
Hidup sudah berubah dan zaman lalu tidak mungkin mengembalikan kesegalaannya.
Memang benar pengakuan Jane Healy menerusi Endangered Minds, bahawa kanak-kanak kini semakin kosong dan longlai. Mereka tidak kreatif dan kurang mesra alam. Semuanya berpunca daripada kehidupan moden di kota.
70 peratus kanak-kanak berada di kota dan kawasan urban. Mereka mangsa keadaan kerana segala bentuk permainan disediakan, bukan mencari sendiri seperti kita alami 30 tahun lampau. Mereka memadai dengan menekan alat kawalan jauh untuk memilih siaran paling menarik menerusi televisyen satelit.
Mereka dibesarkan dengan Ipad, Ipod dan telefon bimbit pintar. Permainan hanya di hujung jari, berbanding kita yang terpaksa ke sawah, pinggir bukit, menyelam di sungai dan tali air. Kita lasak mencari keseronokan zaman lampau, mereka bergasak menerusi permainan video digital!
Jangan ceritakan soal makan ubi bakar di kebun getah atau meratah sotong salai bersama rakan selepas sunat Tarawih, mereka akan ketawa kerana kehidupan kita yang dianggap membosankan.
Mereka menjadi mangsa keadaan, terperangkap dalam jeriji besi untuk tujuan keselamatan. Kanak-kanak kota sering ditetapkan waktu untuk belajar, bersukan, aktiviti kokurikulum, mahupun ke pusat beli-belah bersama keluarga.
Dunia mereka hanya di rumah dan sekolah. Mereka tidak mempunyai alam lain lagi. Mereka sejak bayi diasuh berada dalam kawalan bagi memastikan keselamatan kerana bandar besar seperti Kuala Lumpur selalu dikaitkan sebagai ganas, kejam, penuh jenayah dan terancam.
Golongan muda generasi Y dan Z menjadi pewaris Starbucks yang sentiasa melihat dunia dengan persaingan, bukan persamaan. Mereka ada hak eksklusif tersendiri untuk memiliki bilik tidur berasingan sesama adik beradik dan kurang mengerti dengan nasib yang dialami oleh jiran.
Mereka jauh berbeza generasi kita dulu yang mungkin lima jam berada di luar rumah semata-mata untuk mengaji al-Quran, memikat burung atau menjadi ahli dikir barat peringkat kampung yang tentunya memiliki perasaan kebersamaan erat.
Kita dulu menjadi milik masyarakat kampung dan jika pun melakukan kesalahan menghisap rokok di belakang kedai kopi, sesiapa saja berhak untuk mencubit atau menjentik telinga di khalayak ramai.
Keadaan kini sudah jauh berubah. Generasi pasca reformasi 1999 lebih akrab dengan digital, bersendirian ke dunia tanpa sempadan, melontarkan pandangan menerusi Facebook dan Twitter, sekali gus mereka sebahagian daripada empat juta pengundi baru dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Mereka mempunyai sikap tersendiri. Tidak terlalu nostalgik. Mereka menerima propaganda dengan fikiran penuh tanda tanya. Generasi baru yang mungkin kurang kreatif seperti disuarakan Jane Healy tapi mempunyai sinikal tersendiri. Mereka kurang mengenang budi dan tidak semestinya berita yang disogokkan, diterima sepenuhnya.
Apabila timbul isu balik kampung menjelang lebaran, mereka sering bertanya apakah ayah dan ibu akan terus balik kampung jika nenek dan datuk tiada lagi?
Kini, giliran kita pula untuk bertanya kepada diri sendiri; apakah kampung masih ada di hati kita menjelang 2020?

Friday, June 15, 2012
Israk dan Mikraj
Mengenang kembali peristiwa Israk dan Mikraj adalah satu mukjizat kepada RasulLulah. Peristiwa itu berlaku di waktu malam, kenapa tidak berlaku waktu siang?.Apakah perkara yang sangat pengajaran yang kita dapat dari peristiwa itu?Itu adalah antara inti pati khutbah Jumaat yang di sampaikan oleh Us Azhar Ali di masjid Kompleks Pertanian Serdang.
Allah menjadi peristiwa itu diwaktu MALAM bagi orang orang yang mahu percaya.Walaupun ALlah telah memberi mukjizat kepada nabi nabi terdahulu berlaku diwaktu siang namun orang kafir dan tidak beriman masih meragui nya.Bagi kita sebagai umat Islam memperyainya keran ia telah tertulis didalam Surah Al Isra.
Perkara yang sangat penting untuk umat Islam dari peristiwa Israk dan Mikraj itu ialah sembahyang lima waktu, wbp pada mulanya telah di fardhukan 50 rakaat. Nabi telah di perlihatkan bagaimana rupa nya surga dan neraka. Di surga Nabi dapat melihat tanaman yang berbuah sebiji kemudian dari sebiji itu menjadi tujuh dan dari tujuh itu menjadi seratus- itu lah umpama mereka yang berseqah dan perempuan yag di cangkuk payudara keatas- itu lah perempuan yang berzina dan tidak menutup aurat. Selain itu Nabi telah berjumpa dengan ruh ruh Nabi terdahulu seperti Nabi Adam, Musa, Ibrahim, dan lain-lain.
Itu lah sedikit sebanyak saya dapat catatkan.
Seadanya;
zainudinhaji@gmail.com
blog saya yang lain http://gurukucemerlang.blogspot.com/ dan http://reddragonfruits.blogspot.com/

Thursday, May 31, 2012
Dewasakah Kah Tauhid Kita?
Seseorang muslim itu belum tentu telah dewasa tauhidnya kepada ALlah swt walaupun umurnya sudah dewasa.Mentauhidkan ALlah perlu pengertian dan pemahaman ilmu tauhid yang mendalam.Ini kerana seseorang itu tidak mudah sampai kepada pengertian tauhid itu yang sebenar benar nya sekiranya beliau tidak belajar melalui guru atau mendengar kelas/ceramah ugama.
Mengikut Syaikh Ibnu Atho'illah dalam bukunya Al Hikam "Pendekatan pengabdian Pada Khaliq" bahawa
"Apabila engkau ketika diberi merasa gembira kerana pemberian, dan jika ditolak merasa sedih kerana penolakan, maka ketahuilah yang demikian itu sebagai tanda adanya sifat keanak-anakan pada mu, dan belum bersungguh dalam kehambaanmu kepada ALlah".
sambungnya..
"Apabila engkau ingin dibukakan oleh ALlah pintu harapan, maka perhatikanlah kebesaran nikmat-nikmat dan rahmat ALlah yang berlimpahlimpah kepada mu. Bila engkau ingin dibukakan bagimu pintu ketakutan, maka perhatkan amal perbuatanmu yerhadap ALlah".
Segala puji bagi ALlah dan kelemahandari diri saya sendiri.
Seadanya.

Monday, April 30, 2012
NUR IMAN
Andai kamu mendapat nur iman nescaya kamu melihat akhirat.Segala yang dilihat itu dizahirkan oleh Allah.Sekiranya kamu ada mata pasti kamu tidak dapat melihat sekiranya Allah tidak menciptakan cahaya.Perumpamaan tersebut, disiang hari kita dapat melihat oleh kerana adanya cahaya matahari; tetapi pada waktu malam gelita kita tidak melihat walaupun kita ada mata kerana tidak ada cahaya.
Nur iman itu adalah anugerah Illahi kepada seseorang hamba nya.Allah menciptakan kita untuk kita memperhatikan segala ciptaan Allah yang Maha Berkuasa bukan hanya terhenti kepada sesuatu ciptaan itu sahaja.Melihat segala yang dipandang itu kita 'pulangkan' kepada Pencipta Nya. Begitu juga kudrat,pendengaran,nyawa, tahu (ilmu) dan berkata kata itu semua kepunyaan Allah. Jadi segala yang di pinjamkan kepada kita akan di persoalkan diakhirat nanti. Seseorang yang berani melakukan dosa, tidak nampak akhirat kerana ia di tidak diberi akan Allah NUR IMAN itu.
Segala pertanyaan zainudinhaji@gmail.com

Wednesday, March 07, 2012
Penulisan Teknikal
Penulisan bukanlah satu perkara yang mudah. Seseorang hendak menulis tidak boleh dipaksa, ia adalah kehendak dirinya sendiri.Ini kerana menulis memerlukan fikiran, perasaan, masa dan tenaga.Bagi seorang penulis, penulisan akan terbantut sekiranya ada gangguan dimana aliran mindanya akan terputus putus dan tidak dapat di ceritakan dengan baik.
Penulisan teknikal tidak sama dengan penulisan fiksyen. Penulisan teknikal menjurus kepada satu satu topik yang khusus. Ia memerlukan sumber sumber rujukan ilmiah didalam bidang tertentu. Ada kala penulisan teknikal ini jemu, mual dan boring kerana tidak ada sensasi atau emosi didalam nya, tetapi ia merupakan ilmu yang ditulis tak makan dek zaman , tak lekang dek hujan.
Ramai diantara ingin menulis sesuatu. Tetapi tidak tahu cara nya. Menjadi penulis mestilah dipelajari teknik tekniknya supaya tidak terlepas pandang sesuatu yang mustahak. Contohnya struktur kandungannya perlu di fikirkan yang mana dahulu dan yang mana dikemudiankan.
Bagi diri saya telah di pertanggung jawabkan untuk menulis dan menerbitkan dua buku pada tahun ini.Buku ada banyak jenis iaitu buku ilmiah,buku 'coffee table, buku umum dan sebagai nya, Kepercayaan terhadap masyarakat terhadap kita sangatlah tinggi di mana masih banyak bahan bacaan perlu diterbit untuk umum. Masyarakat kita makin lama makin hauskan ilimu. Dahulu kita banyak bergantung kepada bahan bacaan dari luar samada dari Barat atau timur, tetapi kita mesti sedar tidak semua yang di terbit dari luar itu baik. Kita mestilah seiring dengan acuan kita sendiri. Ini kerana cuaca, tanah, alam persekitaran, sosio budaya kita adalah amat berbedza dengan mereka.
Para pendidik dan ilmuan mestilah berganding bahu dan berlumba lumba untuk menerbitkan ilmu yang ada pada dirinya. Tak guna mereka yang ada doktor falsafah,sarjana atau ilmu ilmu yang lain di simpan begitu sahaja. Kalau kita tanya mereka 'kenapa tidak menulis?' jawapannya 'tidak ada masa'. Kalau kita fikirkan semua orang tidak ada masa sehingga semut yang kecil itupun akan berkata tak ada masa.

Tuesday, January 17, 2012
Creative People
Characteristics of Creative People
1.Have a wide range of interests
2.Combine facts and ideas in unique ways
3.Have a high tolerance for frustration, chaos and complexity
4.Are patient while waiting for the “eureka moment”
5.Expert to receivebunches and intuitive thoughts
6.Act on bunches and intuitive thoughts even if they don’t understand
7.Honour and trust their creative process
8.Are self starters.
Brain Waves and Creativity
1. Delta waves. Fully alert, conscious,ready for action. Left brain activity
2. Alpha waves:Alert but relax,associated with creativity.Right brain activity
3. Theta waves.Deep sleep,fully relaxed.Rapid eye movement (REM).Concentrating task for long time.
4.Beta waves: Deep ,nondreaming sleep, not associated with creativity.
Parts of the Brain
1.Left side: Responsible for logical,linear thought,not associated with creativity.
2.Right side: Abstract terms,creativity,associate with creativity.
Anti-writer | Writer |
Why bother? I’m never going to get published anyway | I love writing and I will be successful as an author |
I can never relax | I am learning to be relaxed, creative person |
I just don’t have time to write with my busy schedule | I know there is timein my day to write and I will find it. |
This paper/essay has been rejected four times already.What’s the point in sending it out again? | If persist,I will eventually find an editor who likes my work. |
Subscribe to:
Posts (Atom)