Tuesday, September 20, 2011

Syukur AlHamdulliLLah-Lawatan Ke India

Penulis baru sahaja dua hari melawat Chennai, India.Pemergian kami adalah diatas jemputan seorang kenalan internet yang hendak membuat sebuah ladang disana. Rasa rasa nya pada awal tak nak pergi ke India sebab banyak kerenah membuat visa.Adalah rumit juga nak masuk negeri orang , tak semudah pergi ke Indonesia atau Thailand. Kita dikehendakki melalui travel agent untuk membuat tempahan hotel di sana. Hotel yang paling murah (3 bintang) berharga RM 450 semalam. Walaubagaimana saya tetap hendak pergi walaupun sudah membeli tiket MAS dari KL ke Chennai (dua hala) RM1,200. Lawatan ini adalah lawatan persendirian, kalau lawatan rasmi kena buat visa di Jalan Duta.
Kami sampai di Chennai pada  pukul 10.30 malam waktu tempatan, penerbangan mengambil kira kira 3 jam 30 minit.Sampai di Chennai, kami mengambil teksi ke hotel. Teksi yang mengangkut kami bukannya limousine tetapi teksi buat India (tengok dalam cerita Tamil 50 tahun dahulu, itu lah teksinya.). Teksi nya sangat usang tetapi masih gagah di jalanraya.
Teksi yang menunggu di lapangan terbang kecil dan tahan lasak

Makanan sarapan pagi di hotel

Pilihan makanan dan buah buahan
Hotel yang kami menginap ialah Radha Regent, tertelak di tengah tengah pekan Chennai.Memang high class, pagi ada breakfast Indian cusine, semua makanan India ada, termasuk capati,aloo, kacang kuda, kari, dan lain lain.

Saya memang tidak kenal orang yang menjemput saya itu tetapi saya berdoa supaya keadaan selamat pergi dan kembali. Doa yang saya amalkan " Ya Allah ya Tuhanku jauhkan kami dari sifat malas, jauhkan kami rasa dukacita, jauhkan kami dari beban hutang dan jauhkan kami dari tipu daya manusia"
Cita cita saya ialah untuk menyampaikan ilmu pertanian yang ada pada saya dan selain itu ingin melihat negeri orang, majukah,mundurkah atau bagaimanakah?


Pada keesokan hari nya (16hb Sept.2011) kami bertolak ke tempat projek ia itu di Thirupati  200 km dari bandar Chennai.Disinilah kita melihat perkembangan seharian masyarakat India .Bandar Chennai tidak habis habis dengan traffic jam, kenderaan seperti motor rota tiga, bas, lori, kereta berasak asak dan bunyi hon ini sentiasa berbunyi dikiri kanan kita, sangat hiruk pikuk.Kereta mewah seperti Mercedes, Honda, BMW sangat jarang jarang dan hampir tiada dijalanraya berbanding dengan kita. Perjalanan kami melalui ke Thirupati melalui Redhills, Thiruvallur dan Thirupati. bandar Thirupati adalah salah satu bandar kuil, disini orang beragama hindu datang untuk sembahyang dan botakkan kepala mereka.
Dalam perjalanan kami dapat melihat bagaimana kesusahan masyarakat desa, anak anak sekolah  tanpa kasut dan kawasan pertanian yang terbiar. Tanaman yang dilihat ialah padi, mangga, tebu, sekoi, dan kekacang. Banyak juga ternakan seperti lembu, kambing di pelihara.
Sampai di Thirupati, saya di dijemput kenalan internet kerumah. Hari telah hampir solat jumaat, saya dan rakan terus ke masjid yang berhampiran. Dikawasan ini orang Islam disini bermahzab sunni. Saya pun pergi sembahyang disana.Apa yang saya lihat orang orang yang datang bersolat yang telah berumur, yang muda muda tiada kelihatan(mungkin pergi belajar) dan kesedaran untuk pergi ke masjid tidak di indahkan. Dirumah rumah sangat daif seperti dalam cerita Allahyarham P.Ramlee 50 tahun dahulu. Setelah solat saya diajak makan tengah hari, nasi beriani lauk kambing dan masakan tempatan.
Saya diajak ke sebuah tempat dimana mereka minat untuk menanam buah naga. Setelah melawat ketempat tersebut dan saya berjanji akan membantu mereka untuk menanam tanaman tersebut kerana ini adalah tanaman yang baru diperkenalkan di India. Maka potensinya sangat besar.
Pada petang hari, kami pun balik ke Chennai dengan kenderaan yang khaskan. Perjalanan memakan hampir 5 jam kembali ke bandar Chennai.Pada keesokan hari kami shopping di "Skywalk", shopping Indian silk  dan sightseeing di Chennai.
Membuat tiang dengan menggunakan tulang empat kerat

Kawasan tanah pertanian yang hendak ditanam buah naga

Buah buahan yang ada dijual di pasaray seperti betik, tembikai dain lain lain.

Apa yang dapat di kongsi bersama ialah
i) Pentadbiran negeri sangat lemah terutamanya didalam kawalan lululintas, pentadbiran bandar pula tidak sistematik dimana peparitan hampir terbenam kalau hujan disebabkan kurang maintenance.
ii)Keadaan kemiskinan sangat menular hingga rakyat terlalu susah untuk mencari pekerjaan dan mencari sesuap nasi.
iii)Kawasan kawasan banyak terbiar walaupun ada banyak tenaga kerja disana.Mereka tak pandai mengambil peluang dari keadaan ini.
iv) Mereka lebih banyak berbelanja kepada barang'kosmetik'
v) Ugama mereka mengalakan supaya duduk dalam kemiskinan.

Kita bersyukur kerana berada didalam iman dan Islam dan negara yang aman dan damai. Walluhu a'lam.

Friday, June 17, 2011

Umrah Yang Penuh Bermakna

Catatan ini dibuat setelah saya baru tiga hari kembali dari menunaikan umrah (1 jun hingga 13Jun 2011)  di Tanah Suci , Kota Madinah al Munawarah dan Kota Makkah al Mukarramah. Umrah kali ini merupakan umrah yang ketiga dilakukan semenjak tahun 1992. Umrah pertama pada tahun 1996, kedua tahun 2002 dan ketiga tahun 2011. Alhamdullillah , Tuhan melapangkan rezeki kami sekeluarga untuk menjalan ibadah tersebut. Walaupun kali telah acapkali ke Tanah Suci namum setiap perjalanan merupakan perjalanan yang baru buat kami dari segi pengalaman, citarasa mahupun ujian. Dulu tambang nya murah RM3,000 sahaja tetapi sekarang ini telah berlipat kali ganda, namum begitu kami tidak jemu jemu akan melangkah kaki ke Tanah Suci untuk beribadah.

Perjalanan kami ialah secara langsung ke Kota Madinah transit di Dubai. Lapangan Dubai sungguh besar sekali, lebih besar dari KLIA tetapi sayangnya negera Islam itu menjual banyak arak. Kami sampai Madinah dengan Emirates Airways dan tidak banyak masalah setanding dengan MAS.Sampai di hotel Fayrouz pukul 3.00 pagi, check in 5.00 pagi terus solat subuh. Sampai di Masjid Nabi, kami membuat ziarah Rasullulah. Sembahyang di Masjid Nabawi penuh dengan fadhilat dan pahala dimana sekali sembahyang  waktu berjemaah mendapaat 50,000 kali fadhilat. Cuaca sungguh nyaman, tidak begitu panas, hotel sangat dekat ke masjid-cuma 5 minit berjalan sudah sampai.

Di Madinah kami ada dibuat lawatan ke Masjid Quba', Ladang Kurma selain itu melewati Masjid Qiblatain (Masjid Dua Qiblat), Masjid Tujuh (Perang Khandak) dan terus balik ke hotel, keesokan hari kami pergi ke Bukit Magnet. Satu perkara yang begitu ajaib disana berlaku, apabila kenderaan kami di berhenti tetapi bergerak dengan sendiri melalui tarikan yang kuat. Kelajuan kenderaan mencapai 120 km per jam.

Selepas 3 hari di Madinah, kami kemudian bewrtolak ke Makkah dimana miqat di Bir Ali, . Kami sembahyang sunat tahitull masjid dan sembahyang sunat ihram.Perjalanan dari Madinah ke Makkah mengambil masa 5 jam kalau tidak ada apa ap halangan.

Sampai di Makkah kami membuat tawaf iaitu tawaf mengerjakan umrah-tujuh keliling dengan mengiring bahu sebelah kiri.Hakikat nya mendekatkan diri kepada Allah dengan hati kita berpaut ke Kaabah dan menghilangkan nafsu kita yang tujuh itu. Selepas tawaf, kita melalukan saei-iaitu perjalanan sejauh 400 meter diantara Bukit Safa dan Marwah sebanyak tujuh kali. Ini adalah perbuatan Siti Hajar semasa mencari air untuk anak nya Nabi Ismail. Selesai saei, kami bertahalul-cukur rambut.
Sembahyang berjemaah di Baitullah sangat sangat di tuntutan dimana sekali sembahyang berjemaah mendapat 100,000 kali ganjaran. Sesiapa yang melihat sahaja Kaabah mendapat 20 fadhilat, tawaf 40 fadhilat dan mengerjakan ibadah 60 fadhilat lagi. Bayangkan...

Di Makkah, selain pergi sembahyang berjemaah setiap waktu, kami juga pergi melawat Masjid Jakranah (Miqat) , Jabal Nur, Jabal Uhud, Padang Arafah, Jabal Rahmah,Wadi Zubaidah,Muzium Makkah, Kilang Percetakan Al Quran dan Hudaibiyah serta melawat ladang unta.
Pemandangan di didalam Masjidil Haram,Makkah Al Mukarramah

Anak isteri dan adik ipar yang  baru selesai sembahyang di Masijidl Haram 

Saya dan anak saya Maryam Adilla baru selesai sembahyang Asar, cuaca begitu panas 45 darjah C

Rombongan umrah terdiri dari 29 orang dianjurkan oleh Koperasi Muslimin di ketuai oleh Tn.Hj Jaafar


Sedang membeli belah atau shopping di sekitar Makkah
Dihadapan Masjid Terapung, Jeddah selepas mengerjakan umrah dan akan terbang ke Malaysia

Terima kasih kerana dapat bertemu 
Segala keterangan lanjut sila hubungi zainudinhaji@gmail.com. Sila layari blog saya yang lain di http://zainudinmeon.blogspot.com/

Monday, February 21, 2011

Ceramah Maulidur Rasul

Ceramah 1.
Penceramah : Ustaz Johari Wahab

Intisari ceramah.
Kenapa kah Rasul s.a.w. itu di utuskan didunia?
1. Mentauhidkan Allah swt.
 Manusia telah jauh terpisah jauh dari landasan ketauhidan setelah wafat nya Nabi Isa a.s. sejak 500 tahun lahirnya Nabi Junjungan . Sehingga ada manusia menyembahnya sebagai anak Tuhan. Maka kedatangan Rasul s.a.w. membetulkan syariat supaya manusia tidak syirik kepada Allah. Dalam konteks sekarang manusia masih syirik kepada Allah seperti mempercayai bomoh, dukun dan pawang.
2.Sesuatu itu tidak membawa kecelakaan atau kebaikan melainkan keizinan Allah.
Manusia suka mempercayai benda yang karut marut seperti apabila terlanggar sesuatu dipercayai membawa kecelakaan atau sial. Sama juga mempercayai  burung hantu, pelesit atau ular di percayai membawa sial dan sebagainya.
3. Melarang menzirah kubur.
Sehingga hari ini. kurafat ini masih ada dimana manusia meminta sesuatu pada yang sudah mati. Ini dilarang sama sekali dalam Islam.Ada orang pergi kekubur dengan meminta nombor ekor, meminta restu dan mengadu itu dan ini.

Ceramah 2.
Penceramah : Dato Dr.Razak Kechik, Presiden MRA.
Intisari ceramah.
1.Kita kena mengkaji setiap aspek Rasul itu samada dari aspek kepimpinan, panglima perang,guru,suami, perangai , akhlak dan tingkah laku. Setiap hati kita membaca  sebanyak 17 kali surah Fatihah. Ayat yang terkandung "tunjukki aku jalan yang lurus dan benar". Adakah kita betul betul berada di jalan yang benar lagi lurus? Atau kita hanya main main menjadikan islam itu Islam jalanan?. Contoh yang paling mudah apabila kita berjanji adakah kita tepati jnnji tersebut? Atau kita berhutang membayar hutang itu kmbali sepenuhnya?Atau kita diberi amanah kita pikul amanah itu dengan baik dan tanggungjawab. Atau apabila kita bercakap adakah kita bercakap benar?. Itu baru contoh yang kecil kecil sahaja. Bagaimana dengan yang seperti tanggung jawab kita sebagai pemimpin, guru, pendidik, pemegang amanah, ketua dan sebagainya. Adakah kita mengikut lunas lunas Islam. Sambungan ayat Fatihah itu ialah "Jalan yang Engkau anugerah ni'mat kepada mereka bukan jalan yang engkau murkai dan jalan yang sesat".Hendak lah kita berdoa senantiasa supaya kita dipimpin kearah jalan para rasul dan nabi.
2.Ayat Hud :80 mengesah para nabi dan sahabat. kita mestilah mengambil iktibar dari perjuangan para salihin yang terdahulu untuk memotivasi kan perjuangan hidup kita. Didalam islam kita ada istilah rehat atau pencen dimana kita dikehendakki melakukan sesuatu kerja itu sehingga selesai dan kemudian membuat  suatu assignment yang lain pula sehingga akhir hayat kita. Istilah pencen ini bukan istilah islam, kerana apabila kita selesai mengerjakan sesuatu itu hendaklah kita melakukan kerja yang lain. Ini dapat difahamkan didalam Ayat kedua terakhir surah AnNasyarah.
3. Wawasan untuk generasi kita akan datang. Semasa lahir nya Nabi, datuk nya Abdul Mutalib memberikan nama rasuli tu "Muhammad". Semua orang bertanya kenapa beliau memberikan itu ? pada ketika seorang pun tidak ada nama seperti itu. Abdul Mutalib menjawab " Aku mahu menjadi cucu aku TERPUJI DI DUNIA DAN AKHIRAT. Begitu juga kita hendak mempunyai wawasan untuk generasi kita supuya menjadi kalangan yang terpuji dan terbaik pada masa yang akan datang.
4.Memudahkan bukan menyusahkan.
Kita lahir didunia ini hendaklah menjadi orang boleh serbaguna dan mudah  membuat apa juga suruhan Allah. Begitu juga sebagai kaki tangan awam atau swasta kita memjadi pemudah cara dalam organisai tersebut bukan orang mkenyusahkan orang lain.
5. Zon selesa-Comfort zone.
Orang Melayu sekarang jangan relax sangat, culas dan malas mengkaji, mengaji dan mencari ilmu serta mempelajari ilmu dunia dan akhirat. Jangan lah santai sini dan sana tanpa mengambil perkara perkara didalam masyarakat- jumud dan mandul dalam ilmu pengetahuan baik mahasiswa ataupun pelajar. Belajar setakat hendak lulus peperiksaan- membaca buku ilmiah jauh sekali. Akhir nya masyarakat dan kaum Melayu Islam itu akan ketinggalan dan rugi. Sekiranya kita bodoh suatu hari nanti kaum lain akan memimpin kita. Janganlah hendaknya kita menuju kehancuran.

Wednesday, February 09, 2011

Benar Kah Tema Maulidir Rasul 1432H Bercanggah Dengan Islam

Saya ada terbaca satu tulisan berkaitan tema Maulidir Rasul 1432H ia itu 1 Malaysia 1 Ummah. Komen nya begini

Tema Maulidur Rasul bertentangan dengan Islam?



3 Rabiul Awal 1432H.


Oleh: WFAUZDIN NS






SLOGAN `1 Malaysia 1 Ummah' dikatakan menjadi tema sambutan Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan tahun ini. Biasalah, kerajaan sekarang semuanya mahu dijadikan `1 Malaysia' dengan berbagai jenama `1 Malaysia' di tempelkan. Apa yang tidak kena dengan thema `1 Malaysia 1 Ummah' ini?



Pertamanya, kita diberitahu bahawa konsep 1 Malaysia adalah menunjukkan kesamarataan di antara semua kaum dan agama di negara ini. Konsep ini kononnya memberi keadilan kepada semua kaum dan agama. Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan lain-lain, begitu juga semua agama seperti Islam, Kristian, Budha, Hindu dan lain-lainnya adalah terdapat di dalam konsep 1 Malaysia. Ertikata, konsep 1 Malaysia meliputi semua kaum dan agama di negara ini.




Apa pula yang dimaksudkan dengan `Ummah' di dalam konteks Islam? Di dalam Islam, yang dimaksudkan dengan Ummah itu adalah semua penganut agama Islam. Adakah penganut agama Kristian, Budha, Hindu dan selain dari Islam itu termasuk di dalam konteks `Ummah'? Jawapannya sudah pasti tidak. Kristian bukan Ummah yang sama dengan Ummah Islam. Kristian tentulah ada Ummahnya sendiri iaitu Umat Kristian. Begitu juga dengan agama yang lainnya.




Sambutan Maulidur Rasul adalah sambutan yang berhubung kait dengan Nabi Muhammad SAW iaitu sambutan bercorak keagamaan di dalam Islam. Justeru itu, wajarkah konsep `1 Malaysia' dicampur adukkan di dalam sambutan keagamaan Islam seperti ini? `1 Malaysia 1 Ummah' bermaksud semua agama yang terkandung di dalam konsep 1 Malaysia itu adalah 1 Ummah dengan Islam? Betulkah begitu? Adakah kita mengiktiraf semua agama yang terkandung di dalam konsep 1 Malaysia adalah 1 Ummah dengan kita sebagai umat Islam?


Saya merasakan tema sedemikian tidak tepat sama sekali malahan ianya amat bertentangan. Umat Islam tidak boleh disamakan dengan Umat ugama lain, jauh sekali untuk disatukan. Saya berharap agar pihak-pihak berkenaan lebih berhati-hati dengan memilih thema bagi program atau sambutan keagamaan yang melibatkan ugama Islam yang maha suci ini. Jangan kerana terlalu inginkan kemegahan di dalam jenama 1 Malaysia, kita satukan kesemuanya./wfauzdin.blogspot.com

Ulasan: Apakah pandangan mufti dan ulama' kita?Sejauh manakah kita mengetahui Konsep 1 Malaysia?

Saturday, January 29, 2011

World Muslims Population in 2030

  • Muslims to make up quarter of world's projected population of 8.3billion


  • 72 countries already have one million or more Muslims

  • Britain to have more Muslims than Kuwait by 2030
The Muslim population in the UK will almost double to 5.5million within 20 years, it has been claimed.


Immigration and high birth rates will mean nearly one in ten Britons will be Muslim by 2030, according to a worldwide study about the spread of Islam.
And the forecasts mean Britain will have more Muslims than Kuwait.




MUSLIM POPULATION IN THE U.S.


The number of Muslims in the U.S. is expected to double in the next 20 years to 6.2million from 2.6million today.

There will be as many Muslims in America as there are Jews or Episcopalians today, if the predictions are correct.

Currently 0.8 per cent of the U.S. population is American, but by 2030 that is expected to rise to 1.7 per cent.

The reports authors warned that political change in the U.