Saturday, August 21, 2010

Tazkirah Ramadhan

AL HamduLillah kita sudah sampai 10 Ramadhan hari ini. Tazkirah dan ceramah diadakan di waktu sebelum zohor, sebebelum sembahyang witir dan juga kuliah subuh.Disini sempat dicatatkan tazkirah tazkirah tersebut supaya dapat ilmu bersama.

Tazkirah 1

ALlah menyuruh manusia beribadat kepadaNya tetapi ramai manusia ingkar.Kita melihat banyak perkara perkara yang mungkar dilakukan oleh manusia- lebih teruk lagi binatang. Perbuatan membuang anak,zina,minum arak, berpoya poya, berempit motor, macam macam lagi. Contohnya binatang pun tidak bunuh anak nya apabila lahir atau membuang nya dimana. Dahulu hanya mereka tinggalkan bayi di masjid, di tepi tangga rumah orang tetapi sekarang mereka lempar bayi tersebut ke dalam tong sampah, tempat pembuangan sampah, dalam sungai dan sebagai nya. Semuanya ini manusia tidak mengikut syariat ALlah dan tidak ada pegagngan hidup.
Berbalik ke puasa, ALlah membuka pintu syurga seluas luasnya pada bulan Ramadhan dan pintu neraka di tutup, syaitan kena rantai.Ketika awal Ramadhan masjid penuh kerana hendak menjalani sembahyang terawaih. Selepas itu masjid akan perlahan lahan berkurangan jemaah nya sehingga tidak sampai satu shaf. Tiap tiap keadaan ini berlaku.Adakah Muslim disini hanya terkejut apabila sampai Ramadhan tiba kemudian sedikit demi sedikit terkejutnya itu semakin pudar.Bagi juga pesta jualan makanan di Bazar Ramadhan -orang sangat sesak seolah olah bulan Ramadhan itu bulan makan dan memenuhi nafsu perut dan tekak.
Didalam Hadis Qudsi :" Ingatlah kepada ALlah dengan taat nescaya Aku sayang kepada nya dan akan ampuni dosanya  tetapi hanya ingat sahaja tetapi tidak taat ; Aku akan turunkan bencana". Contohnya ramai orang sudah kaya tidak ada masa datang kemasjid setelah ALlah kurniakan berbagai nikmat tetapi rugi baru mula nak datang ke rumah ALlah =merintih dan minta doa, Bayangkan bagaimana hipokritnya manusia?
Taat kepada ALlah bermakna menjalankan segala yang wajib -sentiasa menjalankan rukun Islam yang 5 itu disamping dengan amalan amalan sunat - sembahyang sunat, sedeqah dan juga disamping itu  menjauhi larangan Nya.
Semuga kita disayangi ALlah sentiasa.



Tazkirah 2.
Sesungguhnya takut orang orang yang berilmu.Mereka tidak takut kepada orang sembahyang kerana berapa ramai orang sembanyak masih melakukan perkara mungkar.Walaupun sudah mengerjakan ibadah haji masih tidak membesarkan Allah.Ini kerana orang Islam tidak menjunjung sepenuhnya kitab Al-Quran. Hanya semasa puasa dan setiap malam Jumaat baru nak baca.
ALlah mencabar manusia supaya jangan sombong seperti mana makna didalam Surah Iqra -ia itu manusia dijadikan dari seketul daging. Allah memberi pancaindera , mata, telinga, hidung, mata dan hati tetapi tidak menggunakannya.Contohnya selepas mendengar majlis ilmu atau ceramah, ilmu yang didengari atau didapati itu terus hilang dan tidak di amalkan. Ini kerana ilmu itu yang didapati itu diterus masuk dan hubungkan ke hati dimana nikmat iman itu tidak didapati.

Tazkirah 3

Kita sentiasa hendak metadtaddabur ALQuran. Apakah makna TADDABUR itu?Ia bererti renungan yang menyeluruh dengan makna maknanya yang tersirat.Tanda tanda oarng yang mentaddaburkan AlQuran ialah

1. Apabila dibaca AlQuran ditempat -tempat tentu mencucurlah air mata nya.
2.Apabila disebut nama ALlah akan gementarlah hati nya dan bertambah iman nya.
3.Selalu diberi peringatan, dengar dan taat.
4.Selalu ingatkan ayat ayat ALlah yang di baca.

Monday, August 09, 2010

Nikmat Allah

Umar bin Abd. Aziz r.a berkata : Tiada lah memberikan suatu nikmat kepada hamba,kemudian hamba itu mengucap Alhamdu Lillah, melainkan pujian Alhamdu Lillah itu jauh lebih besar nikmat yang diberikan itu.

Al Hikam:m.s 235