Monday, November 10, 2008

Menjadi Tetamu Allah






























































































Bulan Haji akan sampai tidak lama lagi. Sekarang masih di Bulan Zulkaedah ia itu bulan bulan pendirian teguh, dimana pada bulan lepas syawal kita merayakan Aidil Fitri.Sebulan sebelumnya kita telah menjalankan ibadat puasa.

Jadi di bulan haji kita betul betul siapkan niat untuk menjalankan ibadah tersebut.Selain menjalankan wajib dan rukun haji kita juga disarankan untuk mengerjakan perkara sunat sunat semasa menjalankan haji.

1.Mengerjakan haji dan umrah
2.Berpuasa sunat 1 hingga 9 Zulhijjah. Sangat besar ganjaran nya sisi Allah untuk siapa yang mengetahui.
3.Memperbanyakkan talbiah
4.Solat sunat - hajat, tasbih,syukur, istikharah,dhuha, wudhu, taubat,qabliah,ba'diah
5.Qorban
6.Sedeqah
7.Silaturahim.

Membuat haji hendak kerana Allah jangan kerana yang lain sebab

1. Mungkin melancong
2.Untuk mempamerkan berapa kali haji sudah dibuat
3.Untuk berniaga
4. Mengemis-meminta minta.

Friday, October 31, 2008

Tetamu Allah

Alhamdullilah kali ini saya dan isteri akan berangkat ke Tanah Suci, Makkah Al Mukarramah pada 26 November 2008. KT 81 pukul 3.30 petang. Saya begitu seronok sekali apabila berjaya terpilh kali kedua kesana. Haji yang pertama ialah pada 1992 semasa itu saya berumur lebih kurang 36 tahun. Saya dengar memang banyak perubahan telah berlaku disana. Rasa nya sangat rindu untuk kesana.Kalau boleh malam ini saya nak berangkat.

Memanglah kerja haji ini bukan perkara yang mudah. perlu belajar selok belok nya dahulu. Tahu yang mana wajib dan yang mana rukun.Kerana kalau salah buat yang wajib dan rukun kedua duanya ada implikasi terhadap ibadat tersebut yakni dam nya ia itu dari secupak beras hingga ke seekor unta.

Kali ini saya banyka buat persediaan berkenaan bacaan sunat,doa, caan quraan, sembahyang sunat hajat, tasbih,syukur, taubat dan lain. Minta doa supaya kuatkan dan teguhkan iman dunia dan akhirat, kesihatan anak dan keluarga , murahkan rezeki, di permudahakan Allah mengerkakan ibadat dan lain lain nya.

Dulu semasa di Makkah pernah bermimpi berjumpa Nabi Ibrahim. Rambut dan janggutnya putih dan menunjukkan satu tangga yang sangat tinggi bewarna hijau dari dunia hingga kelangit kepada saya. Rupa nya pada ketika itu sangat tua dan memakai jubah putih dan tutup kepala putih, dan menunggang kuda putih. Dia memberi tahu bahawa dia Nabi Ibrahim yang membuat Kaabah itu dan anaknya Ismail.

Kali ini saya ingin berdoa supaya dapat bermimpi dan berjumpa Nabi Muhammad s.a.w.

Ya Allah perkenankan lah doa hamba mu ini.Amin.

Monday, October 27, 2008

PANTUN

Pantun Bicara

Pemanis kata selamat datang;
Awal Bismillah pembuka bicara;
Tuan umpama bintang cemerlang;
Mencurah ilmu menabur jasa

Tuan laksana cahaya bulan;
Menyinari yang kian suram;
Walau tinggal bintang diawan;
Tinggi lagi budi kalian;

Mengkudu ditanam yang tumbuh selasih;
Dingin disirami air dikali;
Diringi ucapan terima kasih;
Pakar berbudi kami hargai.

Sekalung Budi

Akar keladi melilit selasih;
Selasih tumbuh dihujung taman
Kalungan budi junjugan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman

Dai pu;ang ke Daik
Sehari hari berkebun pisang
Budi baik dibalas baik
Dalam hati dikenang orang;

Dari mana hendak kemana;
Tinggi rumput dari padi;
Hari mana bulan mana;
Dapat kita bersama lagi.


Lagu

Thursday, October 02, 2008

Hari Raya 1429H

Hari Raya Aidilfitri tahun ini telah jatuh pada 1 oktober 2008. Besar maknanya hari raya ini. Pertama dapat beraya di kedua dua tempat iaitu di Teluk Intan dan Melaka. Ramai sanak saudara di temui dan makan minum rendang dan kueh raya. Kali ini trafik OK tak macam raya lepas, kami terperangkap dalam kesesakan jalan raya.
Sebahagian gambar raya bersama keluarga dan sanak saudara.














Wednesday, September 17, 2008

Sajak Yang Menyentuh Perasaan-Andainya Ramadhan Ini Terakhir Buat Ku

Andai Ini Ramadhanku Yang Terakhir

www.iluvislam.comoleh: ubiquitious

Marhaban Ya Ramadhan oleh Ar-Royan

Wahai insan, renunglah engkau akan nasib diri
Wahai qalbu, sedarkah engkau akan gerak hati
Wahai aqal, terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi
Andai ini merupakan Ramadhan ku yang terakhir kali
Buatku sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
Tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
Pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
Kematian...adalah sesuatu yang pasti.....

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya aku sibuk berzikir"a'la bizikrallahi tat mainnal qulub"[Bukankah dgn berzikir itu hati akan menjadi tenang..]
Biarpun anak tekakku kering kehausan air
Tentu aku tak akan jemu melagukan syair
Rindu mendayu..Merayu...Kepada-NYA Tuhanku yang satu...Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir

Tentu solatku dikerjakan di awal waktu
Solat yang dikerjai...
Sungguh khusyuk lagi tawadhu'Tubuh, minda, dan qalbu...bersatu memperhamba diri
Mengadap Rabbul Jalil...
Menangisi kecurangan janji "innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan aku persiakan walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tak akan dipersia begitu saja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal ku dendang...bakal ku syairkan

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malammu aku sibukkan dengan
Berterawih...
Berqiamullail...
Bertahajjud...
Mengadu...
Merintih...
Meminta belas kasih...."sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MUtapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
Oleh itu duhai Ilahi...Kasihanilah daku hamba-MU yang...
Hina..
Dhaif..
Jahil..
Lagi Banyak Dosa ini..
Menikmati bulan yg dirindui oleh nabi dan sahabatNya..
Moga setiap langkah ku zuhud kepada MU..
Moga ku istiqamah di ramadhan ini..
ANDAI AKU TAHU INI RAMADHAN TERAKHIR………

Tuesday, September 16, 2008

Anak Kami Berjaya

Hari yang di tunggu tunggu telah tiba. Setelah mendidik mereka bertahun tahun lama nya kini masa nya telah sampai untuk mereka mendapat segulung ijazah. Anak saya Muhammad Khairul dan anak menantu Nadiah telah mendapat Ijazah Perubatan (MBBS) dan Muhammad Khairil pula mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam Eletrik dan Elektronik . Masing masing telah mendapat ijazah dari Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti Tun Husin Malaysia.




















Bagi mereka masih mendidik anak, jangan lah jemu. Nasihat dan berilah pelajaran dengan secukupnya. Saya selalu berpesan kepada mereka " kita bukan orang kaya, abah tak dapat meninggal harta, ini harta yang boleh abah bagi kau orang--pelajaran". Ini juga merupakan kata kata arwah ayah saya kerana dengan ilmu saja kita boleh maju dan hidu di kemudian hari; lain lah orang kaya , mereka ada harta dan pangkat berjuta juta ringgit.
Mendidik anak anak sangat lah rumit. Boleh dikatakan setiap anak itu mempunyai perangai yang berbeza beza.Tidak sama mendidik anak zaman sekarang berbanding dengan 20 tahun yang lalu. Dulu tak ada handphone,ASTRO, komputer, cyber cafe....entah macam macam lagi.Budak budak sekarang rasa senang dan apa yang hendak boleh dapat.
Pengalaman saya ialah ibubapa hendaklah memberi panduan kepada anak anak jangan di ikut apa yang anak itu mahu dan jangan terlalu keras sangat. Lembut jangan dipijak keras jangan lah patah. Ibu juga memainkan peranan yang penting dalam membentuk sahsiah anak anak. Selalu periksa buku mereka terutama diwaktu sekolah rendah. Bijak atau bodoh anak ini boleh dilihat dari kecil lagi.