Kami sampai di Chennai pada pukul 10.30 malam waktu tempatan, penerbangan mengambil kira kira 3 jam 30 minit.Sampai di Chennai, kami mengambil teksi ke hotel. Teksi yang mengangkut kami bukannya limousine tetapi teksi buat India (tengok dalam cerita Tamil 50 tahun dahulu, itu lah teksinya.). Teksi nya sangat usang tetapi masih gagah di jalanraya.
Teksi yang menunggu di lapangan terbang kecil dan tahan lasak |
Makanan sarapan pagi di hotel |
Pilihan makanan dan buah buahan |
Saya memang tidak kenal orang yang menjemput saya itu tetapi saya berdoa supaya keadaan selamat pergi dan kembali. Doa yang saya amalkan " Ya Allah ya Tuhanku jauhkan kami dari sifat malas, jauhkan kami rasa dukacita, jauhkan kami dari beban hutang dan jauhkan kami dari tipu daya manusia"
Cita cita saya ialah untuk menyampaikan ilmu pertanian yang ada pada saya dan selain itu ingin melihat negeri orang, majukah,mundurkah atau bagaimanakah?
Pada keesokan hari nya (16hb Sept.2011) kami bertolak ke tempat projek ia itu di Thirupati 200 km dari bandar Chennai.Disinilah kita melihat perkembangan seharian masyarakat India .Bandar Chennai tidak habis habis dengan traffic jam, kenderaan seperti motor rota tiga, bas, lori, kereta berasak asak dan bunyi hon ini sentiasa berbunyi dikiri kanan kita, sangat hiruk pikuk.Kereta mewah seperti Mercedes, Honda, BMW sangat jarang jarang dan hampir tiada dijalanraya berbanding dengan kita. Perjalanan kami melalui ke Thirupati melalui Redhills, Thiruvallur dan Thirupati. bandar Thirupati adalah salah satu bandar kuil, disini orang beragama hindu datang untuk sembahyang dan botakkan kepala mereka.
Dalam perjalanan kami dapat melihat bagaimana kesusahan masyarakat desa, anak anak sekolah tanpa kasut dan kawasan pertanian yang terbiar. Tanaman yang dilihat ialah padi, mangga, tebu, sekoi, dan kekacang. Banyak juga ternakan seperti lembu, kambing di pelihara.
Sampai di Thirupati, saya di dijemput kenalan internet kerumah. Hari telah hampir solat jumaat, saya dan rakan terus ke masjid yang berhampiran. Dikawasan ini orang Islam disini bermahzab sunni. Saya pun pergi sembahyang disana.Apa yang saya lihat orang orang yang datang bersolat yang telah berumur, yang muda muda tiada kelihatan(mungkin pergi belajar) dan kesedaran untuk pergi ke masjid tidak di indahkan. Dirumah rumah sangat daif seperti dalam cerita Allahyarham P.Ramlee 50 tahun dahulu. Setelah solat saya diajak makan tengah hari, nasi beriani lauk kambing dan masakan tempatan.
Saya diajak ke sebuah tempat dimana mereka minat untuk menanam buah naga. Setelah melawat ketempat tersebut dan saya berjanji akan membantu mereka untuk menanam tanaman tersebut kerana ini adalah tanaman yang baru diperkenalkan di India. Maka potensinya sangat besar.
Pada petang hari, kami pun balik ke Chennai dengan kenderaan yang khaskan. Perjalanan memakan hampir 5 jam kembali ke bandar Chennai.Pada keesokan hari kami shopping di "Skywalk", shopping Indian silk dan sightseeing di Chennai.
Membuat tiang dengan menggunakan tulang empat kerat |
Kawasan tanah pertanian yang hendak ditanam buah naga |
Buah buahan yang ada dijual di pasaray seperti betik, tembikai dain lain lain. |
Apa yang dapat di kongsi bersama ialah
i) Pentadbiran negeri sangat lemah terutamanya didalam kawalan lululintas, pentadbiran bandar pula tidak sistematik dimana peparitan hampir terbenam kalau hujan disebabkan kurang maintenance.
ii)Keadaan kemiskinan sangat menular hingga rakyat terlalu susah untuk mencari pekerjaan dan mencari sesuap nasi.
iii)Kawasan kawasan banyak terbiar walaupun ada banyak tenaga kerja disana.Mereka tak pandai mengambil peluang dari keadaan ini.
iv) Mereka lebih banyak berbelanja kepada barang'kosmetik'
v) Ugama mereka mengalakan supaya duduk dalam kemiskinan.
Kita bersyukur kerana berada didalam iman dan Islam dan negara yang aman dan damai. Walluhu a'lam.
1 comment:
Abah, should put some pictures. How exactly in the place you visited
Post a Comment