Perjalanan kami ialah secara langsung ke Kota Madinah transit di Dubai. Lapangan Dubai sungguh besar sekali, lebih besar dari KLIA tetapi sayangnya negera Islam itu menjual banyak arak. Kami sampai Madinah dengan Emirates Airways dan tidak banyak masalah setanding dengan MAS.Sampai di hotel Fayrouz pukul 3.00 pagi, check in 5.00 pagi terus solat subuh. Sampai di Masjid Nabi, kami membuat ziarah Rasullulah. Sembahyang di Masjid Nabawi penuh dengan fadhilat dan pahala dimana sekali sembahyang waktu berjemaah mendapaat 50,000 kali fadhilat. Cuaca sungguh nyaman, tidak begitu panas, hotel sangat dekat ke masjid-cuma 5 minit berjalan sudah sampai.
Di Madinah kami ada dibuat lawatan ke Masjid Quba', Ladang Kurma selain itu melewati Masjid Qiblatain (Masjid Dua Qiblat), Masjid Tujuh (Perang Khandak) dan terus balik ke hotel, keesokan hari kami pergi ke Bukit Magnet. Satu perkara yang begitu ajaib disana berlaku, apabila kenderaan kami di berhenti tetapi bergerak dengan sendiri melalui tarikan yang kuat. Kelajuan kenderaan mencapai 120 km per jam.
Selepas 3 hari di Madinah, kami kemudian bewrtolak ke Makkah dimana miqat di Bir Ali, . Kami sembahyang sunat tahitull masjid dan sembahyang sunat ihram.Perjalanan dari Madinah ke Makkah mengambil masa 5 jam kalau tidak ada apa ap halangan.
Sampai di Makkah kami membuat tawaf iaitu tawaf mengerjakan umrah-tujuh keliling dengan mengiring bahu sebelah kiri.Hakikat nya mendekatkan diri kepada Allah dengan hati kita berpaut ke Kaabah dan menghilangkan nafsu kita yang tujuh itu. Selepas tawaf, kita melalukan saei-iaitu perjalanan sejauh 400 meter diantara Bukit Safa dan Marwah sebanyak tujuh kali. Ini adalah perbuatan Siti Hajar semasa mencari air untuk anak nya Nabi Ismail. Selesai saei, kami bertahalul-cukur rambut.
Sembahyang berjemaah di Baitullah sangat sangat di tuntutan dimana sekali sembahyang berjemaah mendapat 100,000 kali ganjaran. Sesiapa yang melihat sahaja Kaabah mendapat 20 fadhilat, tawaf 40 fadhilat dan mengerjakan ibadah 60 fadhilat lagi. Bayangkan...
Di Makkah, selain pergi sembahyang berjemaah setiap waktu, kami juga pergi melawat Masjid Jakranah (Miqat) , Jabal Nur, Jabal Uhud, Padang Arafah, Jabal Rahmah,Wadi Zubaidah,Muzium Makkah, Kilang Percetakan Al Quran dan Hudaibiyah serta melawat ladang unta.
Pemandangan di didalam Masjidil Haram,Makkah Al Mukarramah |
Anak isteri dan adik ipar yang baru selesai sembahyang di Masijidl Haram |
Saya dan anak saya Maryam Adilla baru selesai sembahyang Asar, cuaca begitu panas 45 darjah C |
Rombongan umrah terdiri dari 29 orang dianjurkan oleh Koperasi Muslimin di ketuai oleh Tn.Hj Jaafar |
Sedang membeli belah atau shopping di sekitar Makkah |
Dihadapan Masjid Terapung, Jeddah selepas mengerjakan umrah dan akan terbang ke Malaysia |
Terima kasih kerana dapat bertemu
Segala keterangan lanjut sila hubungi zainudinhaji@gmail.com. Sila layari blog saya yang lain di http://zainudinmeon.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment