Showing posts with label cinta Allah. Show all posts
Showing posts with label cinta Allah. Show all posts

Monday, July 05, 2010

Kewajipan Dalam Agama Hanya Mewajibkan Masuk Syurga

Allah mewajibkan kepada mu berbuat taat, padahal yang sebenarnya hanya mewajibkan kepadamu masuk syurgaNya (tiada mewajibkan apa-apa kepadamu hanya semata mata supaya kamu masuk ke dalam syurga).

Sebenarnya segala kewajipan kewajipan yang diwajibkan oleh Allah kepada semua hamba itu semata mata untuk kepentingan dan kemasalahatan hamba hamba itu sendiri, sedang Allah sedikitpun tidak apa kepentingan atau kemudaratan.
Abul Hassan Asshadily berkata " Hendaknya engkau mempunyai satu wirid, yang tidak engkau lupa selama lamanya, iaitu mengalahkan hawa nafsu dan cintakan Allah".

Petikan :Al Hikam m.s.231

Tuesday, May 04, 2010

Orang Arif Cinta Pada Allah

Orang 'ariff yang mengenal dan cinta pada ALlah

1. Sesiapa yang benar benar mengenal ALlah maka pasti melihatNya pada tiap tiap sesuatu.

2.Sesiapa yang fana' dengan ALlah pasti ia lupa (ghaib) dengan segala sesuatu.

3.Sesiapa yang cinta pada ALlah tidak akan mengutamakan sesuatu yang lainNya.

Amin.