Wednesday, March 07, 2012

Penulisan Teknikal

Penulisan bukanlah satu perkara yang mudah. Seseorang hendak menulis tidak boleh dipaksa, ia adalah kehendak dirinya sendiri.Ini kerana menulis memerlukan fikiran, perasaan, masa dan tenaga.Bagi seorang penulis, penulisan akan terbantut sekiranya ada gangguan dimana aliran mindanya akan terputus putus dan tidak dapat di ceritakan dengan baik.

Penulisan teknikal tidak sama dengan penulisan fiksyen. Penulisan teknikal menjurus kepada satu satu topik yang khusus. Ia memerlukan sumber sumber rujukan ilmiah didalam bidang tertentu. Ada kala penulisan teknikal ini jemu, mual dan boring kerana tidak ada sensasi atau emosi didalam nya, tetapi ia merupakan ilmu yang ditulis tak makan dek zaman , tak lekang dek hujan.

Ramai diantara ingin menulis sesuatu. Tetapi tidak tahu cara nya. Menjadi penulis mestilah dipelajari teknik tekniknya supaya tidak terlepas pandang sesuatu yang mustahak. Contohnya struktur kandungannya perlu di fikirkan yang mana dahulu dan yang mana dikemudiankan.

Bagi diri saya telah di pertanggung jawabkan untuk menulis dan menerbitkan dua buku pada tahun ini.Buku ada banyak jenis iaitu buku ilmiah,buku 'coffee table, buku umum dan sebagai nya, Kepercayaan terhadap masyarakat terhadap kita sangatlah tinggi di mana masih banyak bahan bacaan perlu diterbit untuk umum. Masyarakat kita makin lama makin hauskan ilimu. Dahulu kita banyak bergantung kepada bahan bacaan dari luar samada dari Barat atau timur, tetapi kita mesti sedar tidak semua yang di terbit dari luar itu baik. Kita mestilah seiring dengan acuan kita sendiri. Ini kerana cuaca, tanah, alam persekitaran, sosio budaya kita adalah amat berbedza dengan mereka.

Para pendidik dan ilmuan mestilah berganding bahu dan berlumba lumba untuk menerbitkan ilmu yang ada pada dirinya. Tak guna mereka yang ada doktor falsafah,sarjana atau ilmu ilmu yang lain di simpan begitu sahaja. Kalau kita tanya mereka 'kenapa tidak menulis?' jawapannya 'tidak ada masa'. Kalau kita fikirkan semua orang tidak ada masa sehingga semut yang kecil itupun akan berkata tak ada masa.





  

No comments: