Monday, February 21, 2011

Ceramah Maulidur Rasul

Ceramah 1.
Penceramah : Ustaz Johari Wahab

Intisari ceramah.
Kenapa kah Rasul s.a.w. itu di utuskan didunia?
1. Mentauhidkan Allah swt.
 Manusia telah jauh terpisah jauh dari landasan ketauhidan setelah wafat nya Nabi Isa a.s. sejak 500 tahun lahirnya Nabi Junjungan . Sehingga ada manusia menyembahnya sebagai anak Tuhan. Maka kedatangan Rasul s.a.w. membetulkan syariat supaya manusia tidak syirik kepada Allah. Dalam konteks sekarang manusia masih syirik kepada Allah seperti mempercayai bomoh, dukun dan pawang.
2.Sesuatu itu tidak membawa kecelakaan atau kebaikan melainkan keizinan Allah.
Manusia suka mempercayai benda yang karut marut seperti apabila terlanggar sesuatu dipercayai membawa kecelakaan atau sial. Sama juga mempercayai  burung hantu, pelesit atau ular di percayai membawa sial dan sebagainya.
3. Melarang menzirah kubur.
Sehingga hari ini. kurafat ini masih ada dimana manusia meminta sesuatu pada yang sudah mati. Ini dilarang sama sekali dalam Islam.Ada orang pergi kekubur dengan meminta nombor ekor, meminta restu dan mengadu itu dan ini.

Ceramah 2.
Penceramah : Dato Dr.Razak Kechik, Presiden MRA.
Intisari ceramah.
1.Kita kena mengkaji setiap aspek Rasul itu samada dari aspek kepimpinan, panglima perang,guru,suami, perangai , akhlak dan tingkah laku. Setiap hati kita membaca  sebanyak 17 kali surah Fatihah. Ayat yang terkandung "tunjukki aku jalan yang lurus dan benar". Adakah kita betul betul berada di jalan yang benar lagi lurus? Atau kita hanya main main menjadikan islam itu Islam jalanan?. Contoh yang paling mudah apabila kita berjanji adakah kita tepati jnnji tersebut? Atau kita berhutang membayar hutang itu kmbali sepenuhnya?Atau kita diberi amanah kita pikul amanah itu dengan baik dan tanggungjawab. Atau apabila kita bercakap adakah kita bercakap benar?. Itu baru contoh yang kecil kecil sahaja. Bagaimana dengan yang seperti tanggung jawab kita sebagai pemimpin, guru, pendidik, pemegang amanah, ketua dan sebagainya. Adakah kita mengikut lunas lunas Islam. Sambungan ayat Fatihah itu ialah "Jalan yang Engkau anugerah ni'mat kepada mereka bukan jalan yang engkau murkai dan jalan yang sesat".Hendak lah kita berdoa senantiasa supaya kita dipimpin kearah jalan para rasul dan nabi.
2.Ayat Hud :80 mengesah para nabi dan sahabat. kita mestilah mengambil iktibar dari perjuangan para salihin yang terdahulu untuk memotivasi kan perjuangan hidup kita. Didalam islam kita ada istilah rehat atau pencen dimana kita dikehendakki melakukan sesuatu kerja itu sehingga selesai dan kemudian membuat  suatu assignment yang lain pula sehingga akhir hayat kita. Istilah pencen ini bukan istilah islam, kerana apabila kita selesai mengerjakan sesuatu itu hendaklah kita melakukan kerja yang lain. Ini dapat difahamkan didalam Ayat kedua terakhir surah AnNasyarah.
3. Wawasan untuk generasi kita akan datang. Semasa lahir nya Nabi, datuk nya Abdul Mutalib memberikan nama rasuli tu "Muhammad". Semua orang bertanya kenapa beliau memberikan itu ? pada ketika seorang pun tidak ada nama seperti itu. Abdul Mutalib menjawab " Aku mahu menjadi cucu aku TERPUJI DI DUNIA DAN AKHIRAT. Begitu juga kita hendak mempunyai wawasan untuk generasi kita supuya menjadi kalangan yang terpuji dan terbaik pada masa yang akan datang.
4.Memudahkan bukan menyusahkan.
Kita lahir didunia ini hendaklah menjadi orang boleh serbaguna dan mudah  membuat apa juga suruhan Allah. Begitu juga sebagai kaki tangan awam atau swasta kita memjadi pemudah cara dalam organisai tersebut bukan orang mkenyusahkan orang lain.
5. Zon selesa-Comfort zone.
Orang Melayu sekarang jangan relax sangat, culas dan malas mengkaji, mengaji dan mencari ilmu serta mempelajari ilmu dunia dan akhirat. Jangan lah santai sini dan sana tanpa mengambil perkara perkara didalam masyarakat- jumud dan mandul dalam ilmu pengetahuan baik mahasiswa ataupun pelajar. Belajar setakat hendak lulus peperiksaan- membaca buku ilmiah jauh sekali. Akhir nya masyarakat dan kaum Melayu Islam itu akan ketinggalan dan rugi. Sekiranya kita bodoh suatu hari nanti kaum lain akan memimpin kita. Janganlah hendaknya kita menuju kehancuran.

Wednesday, February 09, 2011

Benar Kah Tema Maulidir Rasul 1432H Bercanggah Dengan Islam

Saya ada terbaca satu tulisan berkaitan tema Maulidir Rasul 1432H ia itu 1 Malaysia 1 Ummah. Komen nya begini

Tema Maulidur Rasul bertentangan dengan Islam?



3 Rabiul Awal 1432H.


Oleh: WFAUZDIN NS






SLOGAN `1 Malaysia 1 Ummah' dikatakan menjadi tema sambutan Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan tahun ini. Biasalah, kerajaan sekarang semuanya mahu dijadikan `1 Malaysia' dengan berbagai jenama `1 Malaysia' di tempelkan. Apa yang tidak kena dengan thema `1 Malaysia 1 Ummah' ini?



Pertamanya, kita diberitahu bahawa konsep 1 Malaysia adalah menunjukkan kesamarataan di antara semua kaum dan agama di negara ini. Konsep ini kononnya memberi keadilan kepada semua kaum dan agama. Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan lain-lain, begitu juga semua agama seperti Islam, Kristian, Budha, Hindu dan lain-lainnya adalah terdapat di dalam konsep 1 Malaysia. Ertikata, konsep 1 Malaysia meliputi semua kaum dan agama di negara ini.




Apa pula yang dimaksudkan dengan `Ummah' di dalam konteks Islam? Di dalam Islam, yang dimaksudkan dengan Ummah itu adalah semua penganut agama Islam. Adakah penganut agama Kristian, Budha, Hindu dan selain dari Islam itu termasuk di dalam konteks `Ummah'? Jawapannya sudah pasti tidak. Kristian bukan Ummah yang sama dengan Ummah Islam. Kristian tentulah ada Ummahnya sendiri iaitu Umat Kristian. Begitu juga dengan agama yang lainnya.




Sambutan Maulidur Rasul adalah sambutan yang berhubung kait dengan Nabi Muhammad SAW iaitu sambutan bercorak keagamaan di dalam Islam. Justeru itu, wajarkah konsep `1 Malaysia' dicampur adukkan di dalam sambutan keagamaan Islam seperti ini? `1 Malaysia 1 Ummah' bermaksud semua agama yang terkandung di dalam konsep 1 Malaysia itu adalah 1 Ummah dengan Islam? Betulkah begitu? Adakah kita mengiktiraf semua agama yang terkandung di dalam konsep 1 Malaysia adalah 1 Ummah dengan kita sebagai umat Islam?


Saya merasakan tema sedemikian tidak tepat sama sekali malahan ianya amat bertentangan. Umat Islam tidak boleh disamakan dengan Umat ugama lain, jauh sekali untuk disatukan. Saya berharap agar pihak-pihak berkenaan lebih berhati-hati dengan memilih thema bagi program atau sambutan keagamaan yang melibatkan ugama Islam yang maha suci ini. Jangan kerana terlalu inginkan kemegahan di dalam jenama 1 Malaysia, kita satukan kesemuanya./wfauzdin.blogspot.com

Ulasan: Apakah pandangan mufti dan ulama' kita?Sejauh manakah kita mengetahui Konsep 1 Malaysia?