Thursday, May 14, 2009
Menjadi Pemeriksa Luar (External Examiner)
Dulu aku malas dan tak tahu menulis kerana sangat kurang idea. Tetapi sekarang, dengan banyak membaca serta perbincangan dengan berbagai pihak tambahan pula bahan bacaan dari internet membuat aku sering menulis baik dalam penulisan artikel, blog dan lain-lain.
Menjadi penilai aku mesti memastikan bahan manuskrip yang di tulis, dibincang serta persembahannya mestilah berkualiti dan sampai ketahap yang tinggi. Aku tidak boleh berkromponi dengan fakta. Yang salah tetap salah dan sebaliknya.
Aku berpendapat ramai pelajar pelajar memerlukan khidmat penilai terutama sebelum mereka menghantar tesis kepada pihak senat atau pemeriksa.
Apa yang aku dapat rumuskan bahawa;
1. Seseorang pelajar mesti lah cermat menggunakan gaya bahasa, pemikiran kritikal, serta dapat 'menangkap' idea orang lain untuk di muatkan dalam dalam tesisnya.
2, Untuk menulis kertas teknikal memerlukan telaah yang banyak dan mendalam. Janganlah diciplak idea orang tetapi dapat mencerna serta sintesis untuk kegunaan kita.
3. Matlamat kajian, keputusan,perbincangan dan penutup mestilah ada kaitan diantara satu sama lain, Jangan dibiarkan tergantung gantung dan mesti ada 'link'.
Wednesday, May 13, 2009
Tumbuhan Juga Berzikir
Sebuah majalah sains yang terkenal, Journal of Plant Molecular Biologist telah memuatkan sebuah artikel mengenai penelitian sekumpulan cendekiawan terhadap tumbuhan. Mereka mendapati sebahagian flora mengeluarkan bunyi halus yang tidak mampu didengari telinga manusia dan bunyi tersebut berjaya dirakam menggunakan alat perakam yang tercanggih.
Setelah tiga tahun mengkaji, para saintis berjaya menganalisis denyutan suara tersebut sehingga menjadi isyarat-isyarat bersifat cahaya elektrik menggunakan osiloskop. Mereka mendapati denyutan cahaya itu berulang lebih daripada 1000 kali dalam satu saat. SubhanAllah!
Cendekiawan Barat tercengang dan masing-masing tergamam dengan sebuah fenomena luar biasa seperti ini. Mana mungkin tumbuhan bersuara? Profesor William Brown yang mengetuai kajian tersebut mengumumkan bahawa tiada tafsiran ilmiah mampu dilakukan mengenai fenomena itu. Menurut beliau, hasil kajian tersebut telah diserahkan kepada universiti-universiti dan pusat kajian di Amerika serta Eropah namun tiada yang sanggup menafsirnya.
Setelah penemuan tersebut dihadapkan kepada pakar-pakar dari Britain, kajian yang hampir menemui jalan buntu itu berjaya ditafsirkan. Salah seorang daripada kumpulan pakar tersebut merupakan seorang ilmuwan Muslim yang berasal dari India. Penelitian selama lima hari dilakukan dan saintis berbangsa Inggeris terpaksa menyerah. Saat itulah ilmuwan Muslim tersebut mengatakan “Kami umat Islam tahu tafsir dan makna fenomena ini. Malah, kami ketahuinya sejak 1400 tahun yang lampau”.
Semua bijak pandai yang hadir tersentak dengan kata-kata tersebut dan meminta agar diperjelaskan lagi. Saintis Muslim itu lantas membaca tafsir surah Al-Israa ayat 44 yang bermaksud “Dan tidak ada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun”.
Prof. William Brown kemudiannya menemui ilmuwan Islam tersebut untuk membincangkan perkara ini. Ilmuwan itu pun menerangkan kepadanya mengenai Islam dan menghadiahkan sebuah Al-Quran berserta terjemahannya kepada profesor tersebut.
Beberapa hari kemudian Prof. William mengadakan sebuah ceramah di Universiti Carnich. Beliau menjelaskan bahawa selama 30 tahun bekerja belum sekalipun beliau temui fenomena begitu dan tiada seorang pun yang berani menafsirkan penemuan tersebut. Malah, tiada kejadian alam yang lain yang mampu menafsir maksud fenomena itu. Maka pada akhir ceramahnya beliau melafazkan kalimah syahadah di hadapan para hadirin.
Terjemahan artikel ini ke dalam Bahasa Indonesia dimuatkan di dalam majalah QIBLATI edisi ke-11 tahun 2006. Lihatlah bagaimana sains membenarkan Islam, sebuah agama yang syumul. Maha Suci Allah, segala pujian hanya layak diberikan kepada-Nya. Sedangkan tumbuhan pun tidak putus bertasbih, bagaimana pula dengan kita selaku khalifah alam? Sebuah peringatan yang cuba saya kongsi bersama semua terutama diri sendiri yang masih banyak khilaf…
Saturday, May 09, 2009
Temuduga Naik Pangkat Q54
Aku telah terima surat panggilan untuk temuduga naik pangkat ke jawatan pegawai penyelidik prinsipal Q54. Peperiksaan Pencapaian Tahap Kecekapan (PTK) telah hampir 4 tahun lulus dengan mendapat keputusan ARAS 4 bagi kedua dua kertas umum dan ketrampilan. Kali ini sudah hampir 4 kali telah ditemuga untuk jawatan tersebut.
Semua krieteria telah dipenuhi samada sumbangan, penulisan teknikal mahupun ketrampilan kerja, tetapi masih gagal untuk mendapat kejayaan. Wbp aku tetap bersabar kerana kemungkinan aku bukan orang 'favourite'. Dengan pendapatan yang ada sekarang alHamdullilah cukup untuk menyara anak isteri.
Sekarang masih ada 3 orang yang sedang belajar. Seorang di tahun tiga di UIA membuat Teaching English Second Language (TESL). Setahun lagi akan habis pengajiannya. Serang lagi masih membuat kursus persediaan sijil kemahiran dalam 'heavy equipment' untuk ke diploma di Tractor Academy. Tanggung dan biayaan sendiri bayar RM400 sebulan.
Seorang lagi masih di tahun empat sekolah rendah.Sekolah Kebangsaan Sri Serdang.
Apa yang hendak disediakan semasa temuduga nanti?
Bersedia dengan beberapa maklumat seperti konsep 'One-Malaysia', CFT, BOT, NAP3 dan lain lain lagi.Bagaimakah hendak majukan organisasi? (soalan yang biasa ditanyakan).
Kita mestilah terus bekerja tanpa mengira sangat kedudukan dan pangkat. Apa yang penting ialah 'output' hasil kerja yang telah diamanahkan selama ini.Adakah ia telah mencapai sasaran atau bagaimana.
Naik pangkat bermakna lebih banyak tanggung jawab. Bukan hanya di pandang dengan kenaikan wang gaji tetapi ia lebih kepada akauntabiliti, integriti dan kepimpinan didalam bidang keterampilan.